ShareThis

Friday, May 9, 2008

Operasi Jumpa Rakyat – Bandar Rinching Fasa 2




Pada 4hb. Mei, bertempat di Dewan Orang ramai Bandar Rinching, Pasukan Sukarelawan PSM diketuai oleh Sdr. Arul turun padang untuk menemui orang ramai dan mengambil aduan-aduan dari penduduk setempat. Sebanyak empat meja aduan telah dibuka untuk mengambil aduan-aduan penduduk .

Ini merupakan satu janji yang dibuat semasa pilihanraya dan walaupun kalah, namun khidmat masyarakat di DUN Semenyih akan terus diteruskan. Sambutan daripada orang ramai juga amat mengalakkan. Salah seorang penduduk bernama Krishnan mengatakan selama 20 tahun beliau tinggal disana, tidak ada seorang pun wakil ralyuat yang pernah turun selepas pilihanraya untuk mengetahui masalah mereka

Para penduduk telah mengutarakan masalah yang dihadapi oleh mereka kepada Sdr. Arul dan rakan-rakan PSM Semenyih yang hadir. Antara masalah yang dikemukakan adalah tekanan air paip yang rendah di kawasan itu, padang permainan yang becak dan masalah remaja. Selepas pertemuan dalam dewan, pasukaran sukarelawan PSM terus ke padang untuk meninjau masalah yang dihadapi.

No comments: