ShareThis

Sunday, January 2, 2011

26 Nov - 1 Dis - Menghadiri Sosialisma Asia Tenggara 2010 di Manila



















Socialisma 2010 Asia Tengara Tahun ini dianjurkan oleh Parti PLM (Parti massa Buruh)Filipina dan diadakan di Universiti Philippines di Manila antara 27 hingga 28 November 2010. Delegasi Malaysia terdiri dari saya, Zaidi Musa Ahli Perwakilan Negeri PSM kelantan dan Pachiletchumy dari PSM Jelapang. Program ini turut dihadiri oleh wakil dari Philippines, Indonesia, Thailand, Vietnam, Australia, Nepal dan Sweden.Antara topik-topik yang dibincang adalah mengenai Strategi Sosialisma abad ini, isu feminisma dan alam sekitar.

Saya turut membentang 3 kertas dalam program ini yang dihadiri oleh lebihkurang 150 orang delegasi. Selain itu, pada masa ini, perjuangan kelas pekerja dan pelajar giat berlaku. Protes pekerja kontrak dan pelajar semakin terjadi-jadi dengan mogok dan demonstasi. Kami turut menyertai program ini. Kepada mereka yang berminat mengenai tiga kertas yang dibentang oleh saya, boleh menghubungi saya melalui arul.psm@gmail.com.

Friday, December 3, 2010

24-11-10 Sandiwara berterusan dalam kes PROTES




Kes PROTES kenaikan harga barangan dan minyak tahun 2008 berterusan dengan seorang ASP diserang bertubi-tubi oleh Peguam kami kerana berbohong di mahkamah. Selain itu, polis masih belum dapat membuktikan bahawa wujud perhimpunan pada hari tersebut.

23 November - Mesyuarat Infra bincang kekecewaan mengenai Jalan Sunway Semenyih




Hari ini, saya telah membawa usul mengenai Jalan Sunway Semenyih yang belum siap dan disokong oleh Sdr Shamsul. Kami cukup kecewa dengan kelewatan jalanraya dan menuntut JKR memberikan penjelasan. Disebabkan JKR tidak hadir, isu ini ditangguh kepada mesyauarat depan.

Selain itu, isu-isu dibawah telah dikemukan oleh saya

22 Oktober 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ - NOVEMBER 2010


Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Bandar Tasik Semenyih


• Lampu jalan tidak ada sepanjang jalan ke Broga. Ada kawasan yang masih gelap sahaja.
• Jalan Keluar Broga/ Semenyih berhampiran Dengan Lampu Isyarat Semenyih/Broga Berlubang.Mohon Untuk Baiki Jalan Tersebut
-
ii) Bandar Rinching

Seksyen 1
• Papan Tanda Di Fasa 1 Masih Belum Dibaik Pulih walaupun di fasa lain sudah dibuat

Seksyen 3
• Semua paip bomba tertanggal dan tidak berfungsi
• Lampu Jalan Tidak Bernyala Dari kalan Utama Seksyen 2 Sehingga Seksyen 3
• Container-Kontainer kosong diletakkan di kawsan tanah lapang seksyen 3.

Seksyen 4

• Jalan Di Lorong 4/8 Perlu Dibaiki.

iii) Pelangi Semenyih

• Bonggol di simpang 3 telah dihapuskan dan satu bonggol baru telah dibina berhampiran dengan simpang Aman Villa. Mohon memasang kembali bonggol di simpang 3 berdekatan dengan tangki air ( 10 kaki dari simpang villa aman)


Sekian Terima Kasih



S.Arutchelvan
Ahli Majlis

22 November - AGM Persatuan Penganut Sri Sithi Vinayagar




Setelah tidak aktif untuk lebih satu tahun, satu mesyuarat AGM telah diadakan untuk memilih kepimpinan baru. Satu barisan kepimpinan telah dilantik dalam AGM ini untuk menerajui aktiviti antaranya kelas pendidikan untuk pelajar sekolah yang miskin. Saya mengendalikan AGM ini dengan cara seperti termaktub dalam perlembagaan Persatuan ini.Dua orang pemimpin baru yang dilantik adalah Ashok untuk Jawatan Pengerusi dan Ramalingam untuk Jawatan Setiausaha. Semoga kepimpinan baru ini dapat mengerakkan aktiviti.

22-11-10 Mesyuarat Khidmat Bandar bincang prestasi Alam Flora

Mesyuarat khidmat bandar 80% masa hari ini berbincang mengenai prestasi kontrakter Alam Flora dan bagaimana menyingkirkan kontrakter ini dan diganti dengan mereka yang boleh jalankan kerja dengan betul. Selain itu, saya turut mengutarakan isu-isu dibawah


S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


23 November 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR MPKJ BAGI NOVEMBER 2010

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1. Pelangi Semenyih

• Masih Terdapat Kegiatan Pembuangan Sampah Haram Di Jln 3/15 Berhampiran Dengan Tangki Air. Mohon Untuk Meletakkan Papan Tanda “Dilarang Membuang Sampah” atau buat sesuatu.
• Terdapat Banyak Gerai Haram Yang Di Dirikan Di Sekitar Jalan Persiaran Utama Taman Pelangi Semenyih. Mohon Ambil Tindakan.

2. Taman Tasik Semenyih
• Terdapat Lebih Kurang 20 – 30 Ekor Anjing Liar. Mohon Ambil Tindakan Di Jln 4, Dewan Mediatasi, Rumah Kosong Jln 4/8 Dan 4/9 Taman Tasik Semenyih
• Pokok Mohon Dicantas Di Jalan 6 Di Kawasan Lapang, Mohon Ambil Tindakan Kerana Ini Merupakan Aduan Yang Telah Diutarakan Dan Keadaan Pokok Yang Tinggi Membahayakan Rumah Di Kawasan Persekitaran.
• Berkaitan Dengan Maintaenance Padang Bola Sepak Di kawasan Semi D Taman Tasik Semenyih Siapakah Yang Perlu Lakukan penyelenggaran ? Pihak MPKJ Atau pihak Penduduk ?

3. Bandar Rinching

Seksyen 1
• Sisa Makananan Di Buang Ke Dalam Longkang Dan Menyebabkan Longkang Berbau Busuk Di Belakang Rumah Jalan ½ B. Mohon Ambil Tindakan

Seksyen 3

• Sampah Di Ambil Tidak Mengikut Jadual Yang Ditetapkan di Seksyen 3. Hanya dikutip dua kali seminggu walaupun jadual yang patut dikutip adalah tiga minggu sekali.
Seksyen 4
• Tanah Mendap Dan Menyebabkan Air Bertakung Di Taman Permainan Bersebelahan Dengan Surau Al-Makmur Seksyen 4 Bandar Rinching.

Seksyen 5

• Mohon Pihak MPKJ Dapat Menanam Bunga Di Sepanjang Jalan Utama Seksyen 5 Bandar Rinching. Ini akan mencantikan suasana dan landskap kawasan ini.

Seksyen 6 (Kamal Hashim 017-2130811)
• Mohon Untuk Membersihkan Kawasan Persekitaran (Rumput Dan Pokok) Di Jalan Utama Antara Kilang Dan Rumah Kedai Dengan Kawasan Seksyen 6 Bandar Rinching
• Mohon Untuk Memotong Pokok Di Sepanjang Jalan Masuk Ke Seksyen 6.

4. Pangsapuri Sri Haneko, Jalan Sungai Lalang , Semenyih
• Tidak ada tong sampah besar di tempat ruang membuang sampah di Pangsapuri. Pemaju tidak melaksanakan walaupun berjanji
• Perlu bantuan MPKJ untuk membersihkan sampah yang terjerat antara kawasan Pangsapuri dengan longklang utama di luar. Sampah terjerat kerana dawai menjerat sampah dan ia perlu dibersihkan.
5. Taman Sri Tanjung
• Mohon untuk memotong pokok yang telah mati di jln 10 dan jln 1 Taman Sri Tanjung. Hal ini kerana dikhuatiri ranting akan patah dan akan membahayakan penduduk

Sekian Terima Kasih

S.Arutchelvan
Ahli Majlis

21 November - Ramalingam menabur budi buat rumah terbuka





Pengerusi PSM Semenyih, Sdr. Ramalingam bersama keluarga beliau tahun ini mengajak semua komrad PSM, CDC ke rumah beliau untuk merayakan Hari Deepavali dan kemenangan perjuangan Ladang Sungai Rinching. Program diantara kawan ini cukup mesra dan makanan pun banyak juadah.

21-11-10 Kursus Latihan ke 2 untuk Bendahari dan Setiausaha Cawangan







Ini merupakan tahun kedua PSM mengadakan khusus untuk Setiausaha dan Bendahari cawangan. Program khusus ini dilancarkan oleh pengerusi PSM Dr. Nasir yang berucap mengenai peranan penting yang perlu dimainkan supaya parti tetap relewan dan dinamik. Pada tahun ini, program diadakan di Pejabat DUN Kota Damansara. Seramai 30 orang Setiausaha dan bendahari menghadiri khusus ini. Khusus kali ini lebih kepada bagaimana membuat dokumentasi untuk memberi laporan tahunan ROS, bagaimana beberapa keputusan penting diambil dan bagaimana memantapkan kewangan cawangan. Saya bersama Bendahari Kehormat A.Sivarajan mengendalikan semua sesi selama 7 jam.