ShareThis

Friday, December 3, 2010

20 November - Deepavali disambut meriah di Bandar Rinching








Hari ini saya, PSM dan MPP zon 18 menjadi Tuan Rumah menyambut Hari Deepavali di Bandar Rinching Seksyen 5. Walaupun pada awalnya cemas kerana makanan sampai lewat tetapi akhirnya program berjalan lancar sehingga 11 malam. Ramai mengunjung dari kawasan sekitar. Turut datang dari jauh adalah peneroka dari kampung Berembang, Ampang. Selain ucapan, ada juga slide show mengenai program aktiviti di DUN Semenyih.Dalam ucapan saya , saya mengisahkan mengenai mengapa Deepavali dirayakan dan juga mengenai isu air. Turut hadir adalah Bendahari kehormat dan Ahli Majlis SHah Alam, Sdr. Sivarajan dan ADUN Kajang Sdr. Cikgu Lee.

20-11-10 Dikunjung pemberita Komunis dari Jerman Timur



Hari ini saya ditemubual oleh sebuah suratkhabar Sosialis Jerman. Aktivis yang hadir adalah Gunter Willing yang kini menetap separuh masa di Thailand dan separuh masa di Jerman.

Saya ditemubual mengenai keadaan perkembangan PSM dan hala tujunya. Beliau juga menceritakan mengenai keadaan di negara Jerman dan apa yang telah terjadi kepada Parti Komunis Jerman Timur. Beliau juga kagum bahawa ramai aktivis PSM adalah aktivis muda.

19 Nov - Mesyuarat MPP bincang kempen kembalikan hak air selangor




Hari ini mesyauarat MPP zon 18 membincangkan mengenai masalah Syabas dan Kerajaan negeri mengenai isu air. Ramai yang terkejut apabila mengetahui gaji Pengarah Syabas yang mendapat pendapatan lebih RM 16,000 sehari. Selain itu mesyauarat juga berbincang menenai jamuan Deepavali yang bakal diadakan.

19-11-10 Hari menunjuk bakat dan penyampaian hadiah untuk kanak-kanak tadika.








Hari ini saya dijemput oleh Ketua Kuil Semenyih Ponnusamy untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada kanak-kanak tadika di Kuil Subramaniam, Semenyih. Turut diundang adalah pemimpin MIC Encik maniam yang telah banyak berjasa kepada kuil disana.

Dalam ucapan Encik Ponnusamy, beliau meminta agar proses pemberian geran dipercepatkan. Beliau juga berkata jika kerajaan Selangor balik kepada BN, kemungkinan mereka tidak akan menapat gran tanah.

Saya turut memberi penghargaan kepada guru tadika kerana saya faham mereka terpaksa bekerja dengan gaji rendah.Saya juga mengatakan akan semak mengenai status permohonan geran tersebut.

Kanak-kanak turut mempersembahkan pelbagai aksi dan ragam semasa progam ini.

19-11-10 Perhentian bas di West Country ?





Setelah berdesak sekian lama, hari ini satu lawatan tapak telah diadakan di tempat cadangan untuk membina perhentian bas. Turut hadir adalah wakil penduduk, Wakil MPKJ, wakil KTM dan NGO JERIT.

Lawatan tapak ini membincang bahawa cadangan ini kelak akan dihantar ke bahagian aset KTM untuk mendapat ulasan. Selain itu JKR juga mesti memberi restu kerana ini adalah jalan JKR. Kini harapan penduduk untuk satu perhentian bas semakin mendapat perhatian.

18-11-10 Mesyuarat pekerja Bukit Jalil demi memantapkan tuntutan






Hari ini satu mesyuarat diadakan dikalangan bekas pekerja ladang Bukit jalil yang kini diancam pengusiran oleh DBKL. Mesyuarat hari ini memperjelaskan hasil mesyuarat dengan Datuk Bandar dan juga untuk mengenalpasti status tujuh orang yang dikategorikan sebagai setinggan oleh DBKL. Selain itu, mesyuarat turut berbincang beberapa langkah untuk memantapkan lagi perjuangan para bekas pekerja ladang.

18 Nov - Aduan polis terhadap G-Team Maika Holdings







Hari ini, saya bersama Nalini E dan Bawani berserta dengan beberapa ahli PSM dari Banting mengiringi bekas Pekerja Ladang Tumbuk untuk membuat aduan terhadap G Team (Pemilik Maika Holdings Berhad) kerana mengancam keamanan dan kehormonian, Ugutan secara jenayah, menceroboh dan mengancam membuat pengusiran secara paksa

Aduan dibuat dan ditandatangani oleh semua penduduk yang mesih menetap di ladang tersebut dibawah naungan Jawatankuasa Penduduk Ladang Tumbuk. Bekas pekerja Ladang Tumbuk yang menandatangani aduan polis adalah bekas pekerja ladang Tumbuk yang terletak di dekat dengan Morib.

Para pekerja ini telah diberhentikan kerja pada tahun 2007 tetapi pihak Tuan ladang iaitu Maika Holdings masih belum menunaikan janji memberi rumah kos rendah untuk mereka walaupun sudah dipersetujui. Kini masalah mereka dalam proses rundingan dan penyelesaian yang melibatkan beberapa pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor,

Namun kebelakangan ini, tuan ladang yang baru iaitu yang dikenali sebagai G-team sedang cuba mengusir kemai secara paksa, membuat ugutan dan mengancam keharmonian di ladang kami. Tujuan mereka adalah untuk mengusir para pekerja yang menuntut perunahan alternative yang dijanjikan.

Hari ini, para penduduk Ladang Tumbuk membuat aduan terhadap salah seorang wakil dari G Team Maika Holdings yang telah membuat ugutan dan intimidasi terhadap penduduk Ladang Tumbuk yang masih tinggal di ladang.

Pada 1 hb November, beliau bersama dengan beberapa wakil G Team Maika Holdings telah memberikan wang sejumlah RM 25 ribu kepada beberapa orang penduduk ladang yang mahu pindah dari ladang tersebut dan selepas penyerahan wang tersebut, ada penduduk dimaklumkan secara lisan bahawa, pada bulan Disember nanti, penduduk Ladang Tumbuk yang enggan berpindah dan inginkan rumah di ladang tersebut akan menghadapi pengusiran dan perobohan rumah. Kemudahan air dan elektrik akan mula dipotong dan penduduk akan diusir daripada ladang tersebut.

Pada 3hb November pula, Gangster pemilik tanah membuat ugutan terhadap salah seorang pekerja ladang antaranya paksaan. Ekoran daripada itu para pekerja ladang telah mengalami gangguan fikiran apabila mereka diugut. Malah samseng juga mengugut pekerja ladang yang lain bahawa sekiranya mereka mengambil duit yang diberikan, mereka akan selamat dan tidak akan diganggu.

Hari ini para bekas pekerja membuat aduan polis ini kerana wujud unsur-unsur ugutan, intimidasi, pencerobohan dan sebagainya. Mereka menegaskan bahawa satu pengusiran hanya boleh dilakukan jika ada satu perintah mahkamah yang sah. Semua intimidasi lain bertujuan untuk mengusir penduduk secara paksa adalah tindakan tidak sah disisi undang-undang dan satu pencabulan kepada undang-undang negara.

Polis memberi jaminan akan menyiasat kes ini.