ShareThis

Friday, December 3, 2010

17-11-10 PSM terkejut dengan pembunuhan Peguam Bala





Saya bersama dengan keluarga PSM amat terkejut dengan pembunuhan peguam Bala. Peguam pembela rakyat tertindas G.Balasundram dibunuh dengan kejam oleh 4 lelaki bertopeng selasa lalu sebaik sahaja keluar daripada kereta yang dipandunya didepan rumahnya di Taman Desa Rishahm Buntong,Ipoh Perak.

Peguam itu ditetak bertubi-tubi sehingga rebah dan berlumuran darah tanpa dapat mempertahankn dirinya. Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, meninggal dunia jam 9 malam hari yang sama.

G Balasundram,dikatakan sebagai “peguam de facto” bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang secara aktif banyak membantu parti itu dari segi perundangan.

Antara kes terakhir yang sempat dihadir beberapa hari lalu sebelum dibunuh ialah membuat , rayuan bagi pihak empat aktivis, termasuk seorang ahli PSM yang ditahan semasa membantah menuntut pemindahan sebuah kilang getah yang mencemar kampung baru di Kuala Kuang di Chemor, Perak.

Keputusan rayuan G Balasundram bagi pihak 4 orang aktivitis itu Mahkamah Majistret didapati membuat 'kesilapan besar dalam undang-undang” ketika menjatuhkan hukuman bersalah ke atas empat aktivitis masyarkat dari Kampung Baru Kuala Kuang di Chemor, Perak kerana terbabit dengan perhimpunan haram di hadapan balai polis Kuala Kuang pada 1 April, 2001.

Sehubungan dengan itu, pesuruhjaya kehakiman, Mahkamah Tinggi Ipoh, Choong Siew Kim membenarkan permohonan mereka mengketepikan hukuman bersalah itu serta memerintahkan supaya denda RM5,000 yang dikenakan ke atas mereka dipulangkan semula.

Saya bersama Pengerusi PSM dan ahli pucuk pimpinan parti melawat rumah mendiang. Saya juga melawat rumah tempat beliau dibunuh (lihat gambar. Beliau adalah seorang peguam yang cukup berendah diri tetapi cukup berdedikasi

16-11-10 Kakitangan India MPKJ sambut Deepavali




Hari ini kakitangan India MPKJ telah mengadakan sambutan hari Deepavali secara meriah di Dewan MPKJ Kajang. Acara ini kebanyaknya dihadiri oleh kakitangan India MPKJ dan ahli keluarga mereka. ramai diantara pegawai tidak dapat hadir kerana perayaan Hari Raya Haji pada hari keesokan. Dato YDP MPKJ Hasan Nawawi menjadi tetamu khas program ini. saya bersama sekejab memberi solidariti kepada staff MPKJ atas usaha mereka.

16 Nov - Datuk bandar beri jaminan kepada Bekas Pekerja Bukit Jalil








Hari ini satu rundingan telah diadakan oleh DBKL yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar sendiri. Bagi pihak penduduk pula, mesyuarat telah dihadiri oleh Jawatankuasa Penduduk bersama dengan Sdr. V.Selvam - veteran pejuang Peneroka, E.Nalini- Penyelaras JERIT dan saya sendiri. Dalam mesyuarat yang berlangsung selama satu setengah jam semasa masa makan tengahari, Datuk bandar DBKL memberi syor bahawa kuil, tempat perkuburan dan sekolah penduduk tidak akan dialihkan. Manakala mengenai isu pokok, mereka berharap penduduk berpindah ke rumah pangsa yang disediakan. bagi penduduk pula, mereka mahu berunding dengan YB Menteri Sumber manusia memandangkan ia melibatkan masalah pekerja ladang. Selain itu, mesyuarat juga bersedia mengenalpasti tujuh nama yang diberitahu oleh JK penduduk sebagai bekas pekerja ladang manakala ia dikotegorikan sebagai setinggan oleh DBKL. Mengikut penduduk, ini adalah kali pertama rundingan dan perbincangan yang elok dilakukan. Namun ia memerlukan beberapa mesyauarat lain untuk menyelesaikan masalah ini. Saya juga berhujah bahawa Ordinan Darurat yang digunakan DBKL untuk mengusir penduduk adalah salah disisi undang-undang dan tidak sah,

Wednesday, December 1, 2010

14 Nov - Bekas pekerja ladang tersempit antara Kerajaan Persekutuan dan Kerejaan Negeri



Hari ini satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat CDC, Kajang bersama dengan JK Penduduk Taman Permata Dengkil iaitu bekas pekerja ladang empat buah ladang yang diusir semasa pembinaan Projek Putrjaya.Hari ini kedua-dua Exco negeri Selangor dan ADUN BN meminta surat hitam putih sesama mereka dalam isu ini. kerajaan negeri sudah berjanji memberi tanah tetapi mahukan kerajaan Persekutuan membina rumah. ADUN BN pula berkata mereka sedia membina rumah jika dapat surat hitam putih dari Kerajaan negeri mengenai tawaran memberi tanah. Kini penduduk masih menetap di flat lama menanti satu kata putus penyelesaian dalam isu ini.

14-11-10 Bengkel untuk golongan TS





Golongan TS (Transsexual) adalah satu golongan masyarakat yang mengalami banyak penghinaan di kalangan masayarakat am. Mereka sering dipanggil sebahai makngah dan pondon. Namun ramai yang tidak faham tentang masalah mereka dan mereka sering dilabel sebagai golongan tiak bermoral. Mereka juga sering menjadi mangsa polis dimana mereka sering membayar wang rasuah dan kadangkala dipaksa memberi layanan seks. Saya mengadakan satu bengkel mengenai kuasa polis dan hak mereka dengan golongan ini. Saya turut memperjelaskan hak yang termaktub dalam Perlembagaan dan Piagam bangsa-bangsa Bersatu.

14-11-10 Hari terbuka Deepavali DUN Kajang






Pergi sekejab melawat rumah terbuka ADUN Kajang, Sdr. Cikgu Lee di Dewan Taman Delima. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Dr. Che Rosli. Turut disembahkan acara tradisi.

11 & 12 November -berehat di Taiping








Sempena dengan cuti Deepavali , saya mengambil dua hari bercuti di Taiping dengan Letchimi. Antara tempat menarik bagi kami adalah makam Ngah Ibrahim uang menonjolkan sedikit sebanyak penentangan keatas Inggeris dan kolonial. Selain itu Bukit Maxwell and kawasan paya bakau juga menarik dari segi ekologi dan pemeliharan hutan. Ia juga memberi masa untuk merenung beberapa perkara penting.......