ShareThis

Sunday, October 25, 2009

20 Oktober 2009 - Wujudkan road curve di Jalan Besar , Semenyih



Saya telah mendapat aduan dari Jk Taman Tasek Semenyih bahawa jalan di hujung jalan Besar, Semenyih dihadapan pasar Semenyih agar keliru. Saya kemudian telah menulis surat meminta satu "island" jalan dibina untuk menyenangkan pengguna jalanraya untuk belok ke kanan atau kiri.

Hari ini saya bersama Pegawai dari jabatan Kejuruteran MPKJ meninjau jalan ini. hasil tinjauan dah jelas bahawa perlu dibuat sesuatu kerana tidak ada tanda yang jelas untuk pengguna jalan mengguna manakala ramai juga yang memasuki jalan ini walaupun ia adalah jalan sehala.

18 Oktober - 10,000 satay habis di Program Raya Deepavali di Semenyih





Apa hendak dikata. 10,000 satay habis dengan sekelip mata sahaja semasa sambutan Raya dan Deepavali di Dewan Semenyih anjuran Pakatan Rakyat Pejabat DUN Semenyih. Namun saya juga sedikit dukacita melihat perangai sedikit orang yang dengan amat gelojoh dan kurang sopan membungkus makanan dengan kuantiti yang banyak. Sikap segelintir mereka menyebabkan ramai orang tidak dapat menjamu makanan.

Jamuan ini juga dihadiri oleh Sdr. Dr. Xavier selaku ADUN Angkat bagi DUN Semenyih dan juga Pegawai Daerah Hulu langat. Dr. Xavier dalam ucapan beliau mengatakan bahawa rundingan air Kerajaan Negeri dengan Persekutuan semakin berjaya dan jika semuanya baik, maka Selangor tidak akan lagi menaikkan harga air.

4pm 18 Okt - Deepa raya Pakatan Rakyat di Kajang





Cikgu Lee selaku ADUN Kajang telah membuat sambutan rumah terbuka di Dewan MPKJ di Kajang. Sambutan adalah amat baik seperti juga di tempat lain. Selain dari makanan juga terdapat persembahan tarian dan silat. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Hulu Langat dan pemimpin-pemimpin Persatuan Penduduk.

Mengunjungi rumah komrad sempena Deepavali




Kesempatan ini diambil untuk mengunjungi rumah komrad-komrad PSM yang lain. Saya sempat mengunjungi rumah Pengerusi PSM Semenyih Sdr. T.Ramalingam yang baru masuk ke rumah barunya di Pangsapuri Baiduri di Kesuma. Saya juga melawat rumah Shanmuganathan -Penyelaras PSM di Sungai Jelok dan rumah bendahari PSM Semenyih, Saudara Ganesan yang juga dikenali dengan nama Lenin kerana rupa paras kepalanya. Inilah satu satunya masa Ahli PSM mengambil cuti dan berehat seketika.

18 Oct 2pm-Sesak Perayaan Raya di Bandar Baru Bangi





Saya dan kawan-kawan PSM mengunjungi Perayaaan Hari Raya dan Deepavali anjuran ADUN Bangi Dr. Shafie dan Ahli Parlimen Serdang Teo. Walaupun perayaan ini bermula pada 2.00 tengahari tetapi saya difahamkan tempat itu sudah penuh sesak dengan tetamu sejak 1.30 tengahari. Dr. Shafie dan Ahli-ahli Majlis PAS aktif melayan tetamu yang sememangnya begitu ramai. Program ini diadakan di Komplek Sukan MPKJ di BBB,

18 Oct 8am - Breakfast Raya di Pasar Beranang





Hari ini ada banyak sangat jamuan Hari raya dan Deepavali dan biasanya ia dibuat serentak. Tarikh ini amat popular kerana menandakan akhir bulan Syawal dan juga sehari selepas Hari Deepavali untuk membolehkan dua perayaan ini dirayakan secara serentak.Saya memulakan hari dengan program anjuran PAS Semenyih iaitu Breakfast Raya di Pasar Beranang. Ramai orang yang datang ke Pasar mengambil kesempatan untuk berehat dan ambil sarapan di khemah yang disediakan. Makanan yang dihidang simple sahaja iaitu makanan utama adalah Roti canai dan juga ada juadah yang lain. Saya juga memberi sedikit ucapan. Turut bersama adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli, Dr. Zulkifli- calon Bagan Pinang PAS, Sdr. Shamsul Ahli Majlis dan Haji Razali iaitu Ketua PAS Hulu Langat. Ramai pengunjung Pasar juga mengucapkan selamat Hari Raya dan Deepavali. Program ini walaupun sederhana tetapi dapat memesrakan rakyat dengan kami.

Saturday, October 24, 2009

14 Okt - Mesyuarat Infra - 9 isu kawasan diungkitkan

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


14 Oktober 2009 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP - Fadilah Binti Razalli,Pemangku Pengarah,Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI OKTOBER 2009


Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Pelangi Semenyih

• Ada permohonan popular untuk meminta jalan pintas ke Sekolah Pelangi Semenyih yang digunakan ramai orang kanak-kanak di tar

ii) Taman Manikavasagam

• Masalah tekanan air kurang dan aduan bahawa banyak paip sudah rosak dan lama
• Meminta menambahan lampu di taman mereka
• Pokok tinggi menghalang tiang lampu

iii) Broga


• Meminta jalan ke Kampung Orang asli dipasang lampu jalan dan jalan itu ditar sehingga akhir

iv) Taman Sri Tanjung

• Meminta satu padang bolasepak di fasa baru
• Meminta bonggol jalan di Jalan 11, Taman Sri Tanjung


v) Pangsapuri Kampung Baru Semenyih


• Penduduk Pangsapuri diantara Blok A dan B risau kerana ada lubang besar (sink –hole) diantara dua blok ini
• Ada juga masalah keretakan yang luas dalam pangsapuri ini

vi) Taman Sri Langat ,kajang

Masalah Keretakan bonggol di Jalan Langat 1, Taman Seri Langat, Jalan Reko. Bonggol di jalan ini telah retak dan berlubang-lubang menyebabkan orang ramai susah untuk menggunakan jalan ini.

vii) Jalan haram di Bandar Rinching Seksyen 1

Persatuan Penduduk Bandar Rinching mempersoalkan jalan haram bertar yang dibenarkan dibina antara sebuah rumah individu dengan jalan besar semenyih – Beranang

viii) Kajang Utama


• Jalan 3/10, Kayangan Apartment Kajang Utama di taman permainan, lampu rosak dan longkang sampah teruk
• Di jalan besar pekeliling Taman Kajang Utama, sebelah sekolah rendah kebangsaan lampu rosak.

ix) Bandar Teknologi

Jalan menuju kawasan perumahan Bandar teknologi tidak ada lampu walaupun ada tiang lampu. (012-6602253)


Sekian Terima Kasih


S.Arutchelvan
Ahli Majlis