ShareThis

Friday, December 3, 2010

24-11-10 Sandiwara berterusan dalam kes PROTES




Kes PROTES kenaikan harga barangan dan minyak tahun 2008 berterusan dengan seorang ASP diserang bertubi-tubi oleh Peguam kami kerana berbohong di mahkamah. Selain itu, polis masih belum dapat membuktikan bahawa wujud perhimpunan pada hari tersebut.

23 November - Mesyuarat Infra bincang kekecewaan mengenai Jalan Sunway Semenyih




Hari ini, saya telah membawa usul mengenai Jalan Sunway Semenyih yang belum siap dan disokong oleh Sdr Shamsul. Kami cukup kecewa dengan kelewatan jalanraya dan menuntut JKR memberikan penjelasan. Disebabkan JKR tidak hadir, isu ini ditangguh kepada mesyauarat depan.

Selain itu, isu-isu dibawah telah dikemukan oleh saya

22 Oktober 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ - NOVEMBER 2010


Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Bandar Tasik Semenyih


• Lampu jalan tidak ada sepanjang jalan ke Broga. Ada kawasan yang masih gelap sahaja.
• Jalan Keluar Broga/ Semenyih berhampiran Dengan Lampu Isyarat Semenyih/Broga Berlubang.Mohon Untuk Baiki Jalan Tersebut
-
ii) Bandar Rinching

Seksyen 1
• Papan Tanda Di Fasa 1 Masih Belum Dibaik Pulih walaupun di fasa lain sudah dibuat

Seksyen 3
• Semua paip bomba tertanggal dan tidak berfungsi
• Lampu Jalan Tidak Bernyala Dari kalan Utama Seksyen 2 Sehingga Seksyen 3
• Container-Kontainer kosong diletakkan di kawsan tanah lapang seksyen 3.

Seksyen 4

• Jalan Di Lorong 4/8 Perlu Dibaiki.

iii) Pelangi Semenyih

• Bonggol di simpang 3 telah dihapuskan dan satu bonggol baru telah dibina berhampiran dengan simpang Aman Villa. Mohon memasang kembali bonggol di simpang 3 berdekatan dengan tangki air ( 10 kaki dari simpang villa aman)


Sekian Terima Kasih



S.Arutchelvan
Ahli Majlis

22 November - AGM Persatuan Penganut Sri Sithi Vinayagar




Setelah tidak aktif untuk lebih satu tahun, satu mesyuarat AGM telah diadakan untuk memilih kepimpinan baru. Satu barisan kepimpinan telah dilantik dalam AGM ini untuk menerajui aktiviti antaranya kelas pendidikan untuk pelajar sekolah yang miskin. Saya mengendalikan AGM ini dengan cara seperti termaktub dalam perlembagaan Persatuan ini.Dua orang pemimpin baru yang dilantik adalah Ashok untuk Jawatan Pengerusi dan Ramalingam untuk Jawatan Setiausaha. Semoga kepimpinan baru ini dapat mengerakkan aktiviti.

22-11-10 Mesyuarat Khidmat Bandar bincang prestasi Alam Flora

Mesyuarat khidmat bandar 80% masa hari ini berbincang mengenai prestasi kontrakter Alam Flora dan bagaimana menyingkirkan kontrakter ini dan diganti dengan mereka yang boleh jalankan kerja dengan betul. Selain itu, saya turut mengutarakan isu-isu dibawah


S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


23 November 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR MPKJ BAGI NOVEMBER 2010

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1. Pelangi Semenyih

• Masih Terdapat Kegiatan Pembuangan Sampah Haram Di Jln 3/15 Berhampiran Dengan Tangki Air. Mohon Untuk Meletakkan Papan Tanda “Dilarang Membuang Sampah” atau buat sesuatu.
• Terdapat Banyak Gerai Haram Yang Di Dirikan Di Sekitar Jalan Persiaran Utama Taman Pelangi Semenyih. Mohon Ambil Tindakan.

2. Taman Tasik Semenyih
• Terdapat Lebih Kurang 20 – 30 Ekor Anjing Liar. Mohon Ambil Tindakan Di Jln 4, Dewan Mediatasi, Rumah Kosong Jln 4/8 Dan 4/9 Taman Tasik Semenyih
• Pokok Mohon Dicantas Di Jalan 6 Di Kawasan Lapang, Mohon Ambil Tindakan Kerana Ini Merupakan Aduan Yang Telah Diutarakan Dan Keadaan Pokok Yang Tinggi Membahayakan Rumah Di Kawasan Persekitaran.
• Berkaitan Dengan Maintaenance Padang Bola Sepak Di kawasan Semi D Taman Tasik Semenyih Siapakah Yang Perlu Lakukan penyelenggaran ? Pihak MPKJ Atau pihak Penduduk ?

3. Bandar Rinching

Seksyen 1
• Sisa Makananan Di Buang Ke Dalam Longkang Dan Menyebabkan Longkang Berbau Busuk Di Belakang Rumah Jalan ½ B. Mohon Ambil Tindakan

Seksyen 3

• Sampah Di Ambil Tidak Mengikut Jadual Yang Ditetapkan di Seksyen 3. Hanya dikutip dua kali seminggu walaupun jadual yang patut dikutip adalah tiga minggu sekali.
Seksyen 4
• Tanah Mendap Dan Menyebabkan Air Bertakung Di Taman Permainan Bersebelahan Dengan Surau Al-Makmur Seksyen 4 Bandar Rinching.

Seksyen 5

• Mohon Pihak MPKJ Dapat Menanam Bunga Di Sepanjang Jalan Utama Seksyen 5 Bandar Rinching. Ini akan mencantikan suasana dan landskap kawasan ini.

Seksyen 6 (Kamal Hashim 017-2130811)
• Mohon Untuk Membersihkan Kawasan Persekitaran (Rumput Dan Pokok) Di Jalan Utama Antara Kilang Dan Rumah Kedai Dengan Kawasan Seksyen 6 Bandar Rinching
• Mohon Untuk Memotong Pokok Di Sepanjang Jalan Masuk Ke Seksyen 6.

4. Pangsapuri Sri Haneko, Jalan Sungai Lalang , Semenyih
• Tidak ada tong sampah besar di tempat ruang membuang sampah di Pangsapuri. Pemaju tidak melaksanakan walaupun berjanji
• Perlu bantuan MPKJ untuk membersihkan sampah yang terjerat antara kawasan Pangsapuri dengan longklang utama di luar. Sampah terjerat kerana dawai menjerat sampah dan ia perlu dibersihkan.
5. Taman Sri Tanjung
• Mohon untuk memotong pokok yang telah mati di jln 10 dan jln 1 Taman Sri Tanjung. Hal ini kerana dikhuatiri ranting akan patah dan akan membahayakan penduduk

Sekian Terima Kasih

S.Arutchelvan
Ahli Majlis

21 November - Ramalingam menabur budi buat rumah terbuka





Pengerusi PSM Semenyih, Sdr. Ramalingam bersama keluarga beliau tahun ini mengajak semua komrad PSM, CDC ke rumah beliau untuk merayakan Hari Deepavali dan kemenangan perjuangan Ladang Sungai Rinching. Program diantara kawan ini cukup mesra dan makanan pun banyak juadah.

21-11-10 Kursus Latihan ke 2 untuk Bendahari dan Setiausaha Cawangan







Ini merupakan tahun kedua PSM mengadakan khusus untuk Setiausaha dan Bendahari cawangan. Program khusus ini dilancarkan oleh pengerusi PSM Dr. Nasir yang berucap mengenai peranan penting yang perlu dimainkan supaya parti tetap relewan dan dinamik. Pada tahun ini, program diadakan di Pejabat DUN Kota Damansara. Seramai 30 orang Setiausaha dan bendahari menghadiri khusus ini. Khusus kali ini lebih kepada bagaimana membuat dokumentasi untuk memberi laporan tahunan ROS, bagaimana beberapa keputusan penting diambil dan bagaimana memantapkan kewangan cawangan. Saya bersama Bendahari Kehormat A.Sivarajan mengendalikan semua sesi selama 7 jam.

20 November - Deepavali disambut meriah di Bandar Rinching








Hari ini saya, PSM dan MPP zon 18 menjadi Tuan Rumah menyambut Hari Deepavali di Bandar Rinching Seksyen 5. Walaupun pada awalnya cemas kerana makanan sampai lewat tetapi akhirnya program berjalan lancar sehingga 11 malam. Ramai mengunjung dari kawasan sekitar. Turut datang dari jauh adalah peneroka dari kampung Berembang, Ampang. Selain ucapan, ada juga slide show mengenai program aktiviti di DUN Semenyih.Dalam ucapan saya , saya mengisahkan mengenai mengapa Deepavali dirayakan dan juga mengenai isu air. Turut hadir adalah Bendahari kehormat dan Ahli Majlis SHah Alam, Sdr. Sivarajan dan ADUN Kajang Sdr. Cikgu Lee.

20-11-10 Dikunjung pemberita Komunis dari Jerman Timur



Hari ini saya ditemubual oleh sebuah suratkhabar Sosialis Jerman. Aktivis yang hadir adalah Gunter Willing yang kini menetap separuh masa di Thailand dan separuh masa di Jerman.

Saya ditemubual mengenai keadaan perkembangan PSM dan hala tujunya. Beliau juga menceritakan mengenai keadaan di negara Jerman dan apa yang telah terjadi kepada Parti Komunis Jerman Timur. Beliau juga kagum bahawa ramai aktivis PSM adalah aktivis muda.

19 Nov - Mesyuarat MPP bincang kempen kembalikan hak air selangor




Hari ini mesyauarat MPP zon 18 membincangkan mengenai masalah Syabas dan Kerajaan negeri mengenai isu air. Ramai yang terkejut apabila mengetahui gaji Pengarah Syabas yang mendapat pendapatan lebih RM 16,000 sehari. Selain itu mesyauarat juga berbincang menenai jamuan Deepavali yang bakal diadakan.

19-11-10 Hari menunjuk bakat dan penyampaian hadiah untuk kanak-kanak tadika.








Hari ini saya dijemput oleh Ketua Kuil Semenyih Ponnusamy untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada kanak-kanak tadika di Kuil Subramaniam, Semenyih. Turut diundang adalah pemimpin MIC Encik maniam yang telah banyak berjasa kepada kuil disana.

Dalam ucapan Encik Ponnusamy, beliau meminta agar proses pemberian geran dipercepatkan. Beliau juga berkata jika kerajaan Selangor balik kepada BN, kemungkinan mereka tidak akan menapat gran tanah.

Saya turut memberi penghargaan kepada guru tadika kerana saya faham mereka terpaksa bekerja dengan gaji rendah.Saya juga mengatakan akan semak mengenai status permohonan geran tersebut.

Kanak-kanak turut mempersembahkan pelbagai aksi dan ragam semasa progam ini.

19-11-10 Perhentian bas di West Country ?





Setelah berdesak sekian lama, hari ini satu lawatan tapak telah diadakan di tempat cadangan untuk membina perhentian bas. Turut hadir adalah wakil penduduk, Wakil MPKJ, wakil KTM dan NGO JERIT.

Lawatan tapak ini membincang bahawa cadangan ini kelak akan dihantar ke bahagian aset KTM untuk mendapat ulasan. Selain itu JKR juga mesti memberi restu kerana ini adalah jalan JKR. Kini harapan penduduk untuk satu perhentian bas semakin mendapat perhatian.

18-11-10 Mesyuarat pekerja Bukit Jalil demi memantapkan tuntutan






Hari ini satu mesyuarat diadakan dikalangan bekas pekerja ladang Bukit jalil yang kini diancam pengusiran oleh DBKL. Mesyuarat hari ini memperjelaskan hasil mesyuarat dengan Datuk Bandar dan juga untuk mengenalpasti status tujuh orang yang dikategorikan sebagai setinggan oleh DBKL. Selain itu, mesyuarat turut berbincang beberapa langkah untuk memantapkan lagi perjuangan para bekas pekerja ladang.

18 Nov - Aduan polis terhadap G-Team Maika Holdings







Hari ini, saya bersama Nalini E dan Bawani berserta dengan beberapa ahli PSM dari Banting mengiringi bekas Pekerja Ladang Tumbuk untuk membuat aduan terhadap G Team (Pemilik Maika Holdings Berhad) kerana mengancam keamanan dan kehormonian, Ugutan secara jenayah, menceroboh dan mengancam membuat pengusiran secara paksa

Aduan dibuat dan ditandatangani oleh semua penduduk yang mesih menetap di ladang tersebut dibawah naungan Jawatankuasa Penduduk Ladang Tumbuk. Bekas pekerja Ladang Tumbuk yang menandatangani aduan polis adalah bekas pekerja ladang Tumbuk yang terletak di dekat dengan Morib.

Para pekerja ini telah diberhentikan kerja pada tahun 2007 tetapi pihak Tuan ladang iaitu Maika Holdings masih belum menunaikan janji memberi rumah kos rendah untuk mereka walaupun sudah dipersetujui. Kini masalah mereka dalam proses rundingan dan penyelesaian yang melibatkan beberapa pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor,

Namun kebelakangan ini, tuan ladang yang baru iaitu yang dikenali sebagai G-team sedang cuba mengusir kemai secara paksa, membuat ugutan dan mengancam keharmonian di ladang kami. Tujuan mereka adalah untuk mengusir para pekerja yang menuntut perunahan alternative yang dijanjikan.

Hari ini, para penduduk Ladang Tumbuk membuat aduan terhadap salah seorang wakil dari G Team Maika Holdings yang telah membuat ugutan dan intimidasi terhadap penduduk Ladang Tumbuk yang masih tinggal di ladang.

Pada 1 hb November, beliau bersama dengan beberapa wakil G Team Maika Holdings telah memberikan wang sejumlah RM 25 ribu kepada beberapa orang penduduk ladang yang mahu pindah dari ladang tersebut dan selepas penyerahan wang tersebut, ada penduduk dimaklumkan secara lisan bahawa, pada bulan Disember nanti, penduduk Ladang Tumbuk yang enggan berpindah dan inginkan rumah di ladang tersebut akan menghadapi pengusiran dan perobohan rumah. Kemudahan air dan elektrik akan mula dipotong dan penduduk akan diusir daripada ladang tersebut.

Pada 3hb November pula, Gangster pemilik tanah membuat ugutan terhadap salah seorang pekerja ladang antaranya paksaan. Ekoran daripada itu para pekerja ladang telah mengalami gangguan fikiran apabila mereka diugut. Malah samseng juga mengugut pekerja ladang yang lain bahawa sekiranya mereka mengambil duit yang diberikan, mereka akan selamat dan tidak akan diganggu.

Hari ini para bekas pekerja membuat aduan polis ini kerana wujud unsur-unsur ugutan, intimidasi, pencerobohan dan sebagainya. Mereka menegaskan bahawa satu pengusiran hanya boleh dilakukan jika ada satu perintah mahkamah yang sah. Semua intimidasi lain bertujuan untuk mengusir penduduk secara paksa adalah tindakan tidak sah disisi undang-undang dan satu pencabulan kepada undang-undang negara.

Polis memberi jaminan akan menyiasat kes ini.