JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)
Kenyataan
Akhbar 1/5/2013
HARI
PEKERJA SEDUNIA :
UNDI
CALON AKTIVIS PEKERJA & PRO PEKERJA
1/5/2013 adalah Hari Pekerja
Sedunia yang ke 217. Setiap tahun Hari Pekerja Sedunia akan disambut oleh JERIT
dan rakan-rakan NGO lain dengan perarakan dan himpunan pekerja.
Tahun 2013 tiada
perhimpunan pekerja kerana rakyat Malaysia sedang bersedia untuk menghadapi
pilihanraya ke-13. Pilihanraya ini sangat penting kerana semangat rakyat untuk
UBAH! kerajaan sangat tinggi.
Rakyat juga
bersungguh-sungguh dalam berkempen untuk perubahan dan menyokong calon pilihan
mereka. Dalam keghairahan ini JERIT ingin mengingatkan kepada Rakyat supaya
pilih calon yang benar-benar berkaliber dan menyokong aspirasi rakyat dan
perjuangan kaum pekerja.
JERIT menyokong Calon PSM
DUN Semenyih, Saudara Arul, seorang
aktivis pekerja yang sentiasa komited dalam perjuangan pekerja dan menjadi
perintis dalam Sambutan Mei 1 sejak 1994. Beliau telah memimpini banyak
perjuangan pekerja sejak 1994, terutamanya perjuangan Gaji Bulanan Pekerja
Ladang, Akta Gaji Minima , Melindungi Hak Pekerja , dan banyak lagi perjuangan
rakyat tertindas. Di DUN Semenyih pula, saudara Arul mula membuat kerja-kerja
sosial sejak zaman mahasiswa lagi. Perjuangannya bersama rakyat tertindas di
DUN Semenyih bermula di ladang-ladang dan berterusan sehingga kini. Lagipun
setelah beliau kalah dengan undi yang sedikit pada PRU -12, beliau telah terus
berkhidmat disini dengan membuka 2 pusat khidmat di Semenyih. Maka siapa lagi
yang lebih layak untuk bertanding di Dun Semenyih bagi pihak rakyat kalau bukan
Saudara Arul di DUN Semenyih? Maka JERIT menyokong penuh ARUL dari PSM untuk
Calon DUN Semenyih.
Kami berpendapat bahawa
rakyat harus memilih calon yang berkaliber, bersih, berprinsip dan mengutamakan
aspirasi rakyat. JERIT juga menyokong
calon –calon berikut yang merupakan aktivis pekerja & pro pekerja:-
1. Dr. Jeyakumar - Calon
PSM Parlimen Sungai Siput, Perak
2. Sarasvathy .M - Calon PSM DUN Jelapang, Perak
3. Dr. Nasir Hashim – Calon
PSM DUN Kota Damansara, Selangor
4. Mohd Sabu - Calon
PAS Parlimen Pendang, Kedah
5. Aiman Athirah - Calon
PAS , Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan
6. Dr. Mohd Hatta - Calon
PAS, Parlimen Kuala Krai, Kelantan
7. CheguBard - Calon
PKR , DUN Sg, Acheh, Penang
8. Chang Lih Khang - Calon
PKR, DUN Teja, Perak
9. Tan Kar Hing - Calon
PKR, DUN Simpang Pulai
10. Dr Lee Boon Chye - Calon PKR, Parlimen Gopeng
11. Chua Yee Ling - Calon
PKR – DUN Kuala Sepetang, Perak
12. Sim Tze Tzin - Calon
PKR – Parlimen Bayan Baru, Penang
13. Simon Ooi -
Calon PKR- DUN Bakar Arang, Kedah
14. Chan Ming Kai - Calon
PKR – Dun Indera Kayangan, Perlis
15. Charles Santiago - Calon
DAP – Parlimen Klang
Rakyat harus memenangkan
calon-calon ini kerana mereka adalah calon-calon yang benar-benar berada dalam
perjuangan pekerja dan sentiasa mengutamakan aspirasi rakyat.
Perubahan yang kita lakukan
sekarang dalam PRU 13 mestilah satu perubahan yang tulen dan benar-benar
memanfaatkan rakyat . Maka mengundi calon yang berkaliber adalah penting untuk
memastikan aspirasi rakyat sentiasa diutamankan.
JERIT ingin mengucapkan
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Malaysia dan juga Selamat Mengundi.
Undilah calon Aktivis Pekerja, Aktivis Rakyat & Pro Pekerja demi masa depan
Negara dan juga generasi yang akan datang.
Hidup rakyat! Hidup
Perjuangan!
Salam Hari Pekerja
Dikeluarkan oleh :
Sekretariat JERIT.
Untuk maklumat lanjut
hubungi :- Theva – 013-3845740
1 comment:
Kenapa kerja demi wang untuk setakat wujud (belum lagi hidup) di planet ini bila jutaan rakyat termasuk pekerja dan hamba boleh fotokopi WANG PERCUMA TANPA HAD macam kerajaan kroni korup keparat?
Kelas Atasan - Kerajaan kroni mendapat segala yg TERBAIK dgn PERCUMA.
Kelas A hanya taip WANG PALSU PERCUMA TANPA HAD dalam komputer mereka.
Kelas A mengawal sumber dari alam ke manusia bernama hamba.
Kelas A mencipta agama palsu agar hamba berbalah demi tuhan masing-masing.
(Ingat, Tuhan BUKAN agama, dan Tuhan TIADA agama.)
Kelas A mahu hamba ikut perintah atau mati.
Hamba mengabdi sampai mati dan bayar untuk segala.
Hamba begitu bodoh sebab pilih jadi hamba kepada sistem kelas A.
Jadi hamba bantah dari timur ke barat sementara kelas A makan main rehat.
Jutaan rakyat MESTI BUAT apa kelas A buat.
1. fotokopi wang (wang PERCUMA) atau
2. tanam bertrilion pohon buah (makan PERCUMA)
3. kongsi semua sumber (sumber PERCUMA)
http://selangormydreamstate.blogspot.com/2012/04/superclass-slaves-raja-rakyat.html
Post a Comment