ShareThis
Tuesday, December 31, 2013
Monday, December 30, 2013
Tuesday, December 24, 2013
Wednesday, December 11, 2013
Mesyuarat J/k Ladang Semenyih
Satu mesyuarat telah diadakan bersama J/K Ladang Semenyih bersama majikan mereka Sime Darby untuk membincangkan mengenai penempatan semula kuil ladang dan gereja ke tempat lain. Sdr. Arul selaku penasihat J/K Ladang Semenyih turut hadir ke mesyuarat ini. Ladang Semenyih telah menamatkan operasi serta telah dijual untuk tujuan pembangunan. Namun, sehingga kini para penduduk masih menanti rumah alternatif yang dijanjikan kepada mereka.
Sunday, December 8, 2013
Pertandingan Bola Sepak Piala P.Veerasenan ke -20
- kali ini merupakan kali pertama pertandingan piala P.Veerasenan diadakan di sebuah Stadium iaitu di Stadium Bangi. Pada awalnya, pihak penganjur ingin mengadakan pertandingan ini di Stadium Kajang dan telah membuat booking. Namun, pada saat akhir pihak MPKJ telah memaklumkan bahawa pertandingan ini tidak dapat dijalankan di Stadium Kajang kerana masalah parking akibat kerja-kerja pembinaan MRT dan juga stadium tersebut tidak sesuai untuk mengadakan perlawanan yang banyak.
- selepas sekian lama, pertandingan piala P. Veerasenan telah mendapat sokongan yang banyak daripada pasukan-pasukan. Di mana, sejumlah 22 pasukan telah mengambil bahagian dalam perlawanan ini yang berlarutan hingga ke jam 6 petang.
- Permainan P.Veerasenan juga telah semakin mendapat respon yang baik daripada golongan anak muda.
Juara Piala P. Veerasenan adalah pasukan Maju Jaya, manakala Pasukan EWRF B telah memenangi tempat kedua. Pihak penganjur menyediakan hadiah sehingga ke tempat lima.
Di Samping itu, "pop-kuiz" juga telah diadakan di mana, soalan-soalan berkaitan P.Veerasenan ditanya dan sesiapa yang berjaya menjawab soalan tersebut mendapat hadiah. Permainan timbang bola juga dijalankan. Timbang bola yang paling banyak iaitu lebih 100 mendapat hadiah.
Siapakah Pejuang P. Veerasenan
P. Veerasenan merupakan seorang pemimpin pekerja yang telah ditembak mati pada 3 Mei 1949 oleh penjajah British yang tercabar dengan perjuangan pekerja di Malaya pada masa itu. P. Veerasenan, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pelabuhan Singapura pada tahun 1945 telah berganding bahu dengan pejuang pekerja S.A Ganapathy dan ramai lagi pejuang pekerja untuk menubuhkan General Labour Union (GLU) yang menyatukan semua pekerja Malaya tanpa mengira pekerjaan atau pendapatan mereka.
Bagi menguatkan lagi perjuangan pekerja di Malaysia semua GLU peringkat negeri telah bergabung untuk menubuhkan Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) untuk menyatukan pekerja di semua negeri di Malaya. P.Veerasenan bersama rakan-rakannya telah berjuang untuk kenaikan gaji pekerja dari 55 sen kepada 99 sen, kurangkan hari bekerja dari tujuh hari kepada 6 hari, 8 jam kerja sehari dan sumber air yang bersih kepada rakyat yang miskin.
Saturday, December 7, 2013
Malam Salam Perjuangan Ke-2
PSM Semenyih telah mengadakan Malam Salam Perjuangan yang kedua pada 7/12/2013 di Gelanggang Bola Keranjang, Kg Bahru, Semenyih. Lebih kurang 300 orang telah hadir ke malam salam perjuangan ini. Tujuan malam salam perjuangan ini diadakan adalah untuk mengutip dana untuk PSM Semenyih. Pelbagai acara telah diadakan di program ini. Antaranya adalah tarian khas dari anak-anak pelarian Myanmar, tarian Barathanatiyam, nyanyian lagu, tarian, cabutan bertuah dan ucapan. PSM Semenyih mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang serta penyokong PSM yang sentiasa memberi sokongan dalam kerja-kerja PSM serta perjuangan rakyat.
Wednesday, December 4, 2013
Mesyuarat Bersama Penduduk Ladang Bukit Raja
Tuesday, December 3, 2013
Mesyuarat Bersama J/K Flat Taman Permata Dengkil
Mesyuarat susulan bersama J/K Flat Taman Permata Dengkil dengan Sdr. Arul telah diadakan pada hari ini. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perjuangan para penduduk yang masih tinggal di Khemah untuk lebih 130 hari. Keadaan Flat mereka yang semakin membimbangkan dan tidak selamat untuk diduduki. Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah alternatif untuk pembinaan rumah teres untuk para penduduk ini.
Perjumpaan dengan Penduduk Pangsapuri Prima Cempaka 2
Subscribe to:
Posts (Atom)