Wednesday, May 1, 2013

Terima Kasih kepada JERIT atas sokongan !



JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)

Kenyataan Akhbar 1/5/2013

HARI PEKERJA SEDUNIA :
UNDI CALON AKTIVIS PEKERJA & PRO PEKERJA


1/5/2013 adalah Hari Pekerja Sedunia yang ke 217. Setiap tahun Hari Pekerja Sedunia akan disambut oleh JERIT dan rakan-rakan NGO lain dengan perarakan dan himpunan pekerja.
Tahun 2013 tiada perhimpunan pekerja kerana rakyat Malaysia sedang bersedia untuk menghadapi pilihanraya ke-13. Pilihanraya ini sangat penting kerana semangat rakyat untuk UBAH! kerajaan sangat tinggi.

Rakyat juga bersungguh-sungguh dalam berkempen untuk perubahan dan menyokong calon pilihan mereka. Dalam keghairahan ini JERIT ingin mengingatkan kepada Rakyat supaya pilih calon yang benar-benar berkaliber dan menyokong aspirasi rakyat dan perjuangan kaum pekerja.

JERIT menyokong Calon PSM DUN Semenyih,  Saudara Arul, seorang aktivis pekerja yang sentiasa komited dalam perjuangan pekerja dan menjadi perintis dalam Sambutan Mei 1 sejak 1994. Beliau telah memimpini banyak perjuangan pekerja sejak 1994, terutamanya perjuangan Gaji Bulanan Pekerja Ladang, Akta Gaji Minima , Melindungi Hak Pekerja , dan banyak lagi perjuangan rakyat tertindas. Di DUN Semenyih pula, saudara Arul mula membuat kerja-kerja sosial sejak zaman mahasiswa lagi. Perjuangannya bersama rakyat tertindas di DUN Semenyih bermula di ladang-ladang dan berterusan sehingga kini. Lagipun setelah beliau kalah dengan undi yang sedikit pada PRU -12, beliau telah terus berkhidmat disini dengan membuka 2 pusat khidmat di Semenyih. Maka siapa lagi yang lebih layak untuk bertanding di Dun Semenyih bagi pihak rakyat kalau bukan Saudara Arul di DUN Semenyih? Maka JERIT menyokong penuh ARUL dari PSM untuk Calon DUN Semenyih.

Kami berpendapat bahawa rakyat harus memilih calon yang berkaliber, bersih, berprinsip dan mengutamakan aspirasi rakyat.  JERIT juga menyokong calon –calon berikut yang merupakan aktivis pekerja & pro pekerja:-

1. Dr. Jeyakumar        -           Calon PSM Parlimen Sungai Siput, Perak
2. Sarasvathy .M        -           Calon PSM DUN Jelapang, Perak
3. Dr. Nasir Hashim             Calon PSM DUN Kota Damansara, Selangor    
4. Mohd Sabu             -           Calon PAS Parlimen Pendang, Kedah
5. Aiman Athirah         -           Calon PAS , Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan
6. Dr. Mohd Hatta       -           Calon PAS, Parlimen Kuala Krai, Kelantan
7. CheguBard              -           Calon PKR , DUN Sg, Acheh, Penang
8. Chang Lih Khang    -           Calon PKR, DUN Teja, Perak
9. Tan Kar Hing           -           Calon PKR, DUN Simpang Pulai
10. Dr Lee Boon Chye -          Calon PKR, Parlimen Gopeng
11. Chua Yee Ling      -           Calon PKR – DUN Kuala Sepetang, Perak
12. Sim Tze Tzin         -           Calon PKR – Parlimen Bayan Baru, Penang
13. Simon Ooi             -            Calon PKR- DUN Bakar Arang, Kedah
14. Chan Ming Kai      -           Calon PKR – Dun Indera Kayangan, Perlis
15. Charles Santiago -           Calon DAP – Parlimen Klang

Rakyat harus memenangkan calon-calon ini kerana mereka adalah calon-calon yang benar-benar berada dalam perjuangan pekerja dan sentiasa mengutamakan aspirasi rakyat.

Perubahan yang kita lakukan sekarang dalam PRU 13 mestilah satu perubahan yang tulen dan benar-benar memanfaatkan rakyat . Maka mengundi calon yang berkaliber adalah penting untuk memastikan aspirasi rakyat sentiasa diutamankan.

JERIT ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Malaysia dan juga Selamat Mengundi. Undilah calon Aktivis Pekerja, Aktivis Rakyat & Pro Pekerja demi masa depan Negara dan juga generasi yang akan datang.

Hidup rakyat! Hidup Perjuangan!
Salam Hari Pekerja

Dikeluarkan oleh :
Sekretariat JERIT.

Untuk maklumat lanjut hubungi :- Theva – 013-3845740            

1 comment:

  1. Kenapa kerja demi wang untuk setakat wujud (belum lagi hidup) di planet ini bila jutaan rakyat termasuk pekerja dan hamba boleh fotokopi WANG PERCUMA TANPA HAD macam kerajaan kroni korup keparat?

    Kelas Atasan - Kerajaan kroni mendapat segala yg TERBAIK dgn PERCUMA.
    Kelas A hanya taip WANG PALSU PERCUMA TANPA HAD dalam komputer mereka.
    Kelas A mengawal sumber dari alam ke manusia bernama hamba.
    Kelas A mencipta agama palsu agar hamba berbalah demi tuhan masing-masing.
    (Ingat, Tuhan BUKAN agama, dan Tuhan TIADA agama.)
    Kelas A mahu hamba ikut perintah atau mati.
    Hamba mengabdi sampai mati dan bayar untuk segala.
    Hamba begitu bodoh sebab pilih jadi hamba kepada sistem kelas A.
    Jadi hamba bantah dari timur ke barat sementara kelas A makan main rehat.

    Jutaan rakyat MESTI BUAT apa kelas A buat.
    1. fotokopi wang (wang PERCUMA) atau
    2. tanam bertrilion pohon buah (makan PERCUMA)
    3. kongsi semua sumber (sumber PERCUMA)

    http://selangormydreamstate.blogspot.com/2012/04/superclass-slaves-raja-rakyat.html

    ReplyDelete