ShareThis

Tuesday, December 27, 2011

Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Ladang




11/12/2011


Hari ini, Mesyuarat bersama Jawatankuasa Ladang telah diadakan di Pejabat PSM Semenyih. Wakil-wakil dari Ladang Bangi, Ladang Denudin, Ladang Semenyih dan ladang Kajang telah hadir. Isu utama yang dibincangkan adalah masalah perumahan yang masih belum selesai.

Majlis Penyerahan Sijil CF Taman Sri Tanjung Semenyih






11/12/2011

Akhirnya kami dapat CF......
















Begitulah riangnya sebahagian penduduk Taman Sri Tanjung apabila Sijil CF yang dinantikan lebih 20 tahun akhirnya diperolehi atas usaha Sdr Arul dan Sdr. Karim, pengerusi rukun tetangga.

























Bagi peringkat pertama sebanyak 54 unit rumah telah dikeluarkan CF. Sdr. Arul telah memaklumkan bahawa CF akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat. Butir-butir pemilik yang masih belum mendapat CF turut telah direkod untuk tindakan selanjutnya.







PSM SEMENYIH FUND RAISING DINNER














26/11/2011



















Lebih 600 orang terutamanya warga Semenyih telah hadir memberi sokongan kepada program Malam Perjuangan PSM Semenyih yang julung kali diadakan. Turut hadir adalah Pengerusi PSM Dr. Nasir Hashim, Timbalan Pengerusi Sdri. Saras dan tetamu khas Sdr. YB. Dr. Che Rosli turut hadir dan memberikan ucapan kepada para hadirin.

















Malam Perjuangan ini diadakan untuk mengutip dana untuk tabung PSM Semenyih. Di program ini juga, telah diumumkan bahawa PSM akan bertanding di Semenyih dengan menggunakan logo sendiri.







Turut memeriahkan malam perjuangan ini adalah persembahan anak-anak pelarian dari Myanmar serta lagu perjuangan Sdr. Segar dari Ipoh.
















PSM Semenyih mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan ikhlas kepada kami.

Tuesday, December 13, 2011

Penipuan di kolej Jururawat





Pada 30 Disember 2011, lebih kurang 50 orang telah berdemo di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Program ini telah dianjurkan oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). GMPP merupakan satu gabungan daripada Pemuda Sosialis PSM, Kumpulan Anak Muda and NGO. Laungan Hidup Rakyat! Hidup Mahasiswa! bergemar di Kementerian Pengajian Tinggi.
Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk menyerahkan memorandum atas ketidakpuashatian mahasiswa terhadap kegagalan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengawal Institut Pengajuian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan kursus kejururawatan.
Difahamkan, 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, 7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar kejururawatan yang graduat pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di hospital dan klinik.
Pada mulanya, mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu akan kehadiran kami walaupun kita telah memberi notis akan kehadiran kita. Kita telah bercadang untuk menghantar 7 orang wakil untuk menyerahkan memorandum dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan Kementerian. Terdapat sedikit gangguan daripada pihak polis tetapi masalah itu dapat diatasi.
Pihak kementerian mengatakan hanya 2 orang wakil dibenarkan. Namun, setelah beberapa kali perundingan, kita bercadang untuk menghantar 5 orang wakil dan pihak kementerian pun setuju dengan cadangan ini. Dr.Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput, merangkap Ahli Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengetuai rundingan ini bersama-sama dengan wakil daripada Pemuda Sosialis PSM dan beberapa wakil mahasiswa. Seperti biasa, kita tidak dapat berjumpa dengan Menteri dan juga Timbalan Menteri. Kononya, mereka keluar untuk urusan lain. Akhirnya, kita telah berjumpa dengan Dr Ali iaitu Pengarah Governing Council untuk IPTS dan En. Arif , Pegawai Khas, Kementerian Pengajian Tinggi.
Antara yang diakui oleh Dr.Ali ialah pasaran yag tidak dikawal telah membawa masalah kepada pelajar. Kami memberitahu lebih 37,000 pelajar swasta sedang belajar dengan keluaran purata 12,000 setahun tetapi pihak kerajaan hanya menawarkan kerja kepada kurang 1000 graduan swasta. pasaran swasta juga lebih kecil. Tetapi Kementerian menafikan bahawa kuota kemasukkan kursus kejururawatan di Kolej Swasta bukan ditentukan oleh Kementerian sebaliknya dilakukan oleh Lembaga Jururawat Malaysia. Mereka mengatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk mengawal perlambakan tetapi tidak dapat menjawab sebab tidak menghalang kelulusan begitu banyak kemasukan dan dalam usaha untuk menghadkan kos jururawat kepada RM45,000 dan syarat kelayakan dinaikkan kepada 5 kredit SPM.
Kami mengesyorkan untuk memansuhkan hutang PTPTN bagi graduan yang tidak mendapat pekerjaan. Ini kerana, ramai yang bekerja di lapangan lain dengan tiada gaji yang minima tetapi dibebani hutang yang tinggi. Dr kumar juga memberitahu ada fakta menyatakan lapisan pemantauan dalam kerajaan juga akhirnya terlibat dalam lembaga pengurusan kolej-kolej swasta. Dr. Ali ketawa tetapi enggan mengulas mengenai isu tersebut. Kami juga menekankan kepentingan pendidikan percuma. Pihak Kementerian memberi kami masa 1 bulan untuk menyiasat isu ini dan seterusnya memanggil kita untuk satu sesi perbincangan.
Setelah perbincangan dengan pihak kementerian, kita telah mengadakan perbincangan dengan mahasiswa yang telah hadir untuk memberi sokongon. Kita habiskan program ini dengan laungan “Hidup Rakyat! Hidup Mahasiswa!
Tuntutan Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma adalah:
1. Adakah Kementerian Pengajian Tinggi yang menentukan kuota kemasukan untuk IPTS-IPTS di Malaysia?
2. Adakah Menteri sedar bahawa tiap orang kururawat terlatih mesti memperbaharui lessen profesyionalnya (APC) setiap tahun? Satu antara syarat yang perlu untuk dapat APC adalah penempatan di dalam hospital di jawatan jururawat. Jadi, jika tidak dapat kerja sebagai jururawat tidak boleh membaharui APC.
3. Adakah Menteri sedar bahawa “martketability” seorang graduan jururawat akan menurun mendadak sekiranya beliau tidak dapat jawatan dalam hospital? Kerana kemahiran kejururawatan akan berkehilangan jika graduan itu tidak diberi ruang untuk kerja sebagai jururawat.
4. Adakah Menteri sedar bahawa kebanyakan daripada penuntut di IPTS kejururawatan adalah daripada keluarga yang bukan kaya? Mereka amat mengharapkan pada anak-anak mereka.
5. Adakah Menteri sedar bahawa pinjaman PTPTN harus dibayar balik walaupun graduan itu tidak dapat mencari kerja sebagai jururawat.
6. Berapakah antara 61 IPTS yang menawarkan kursus kejururawatan sedang bercadang untuk memulakan kursus perubatan untuk melatih doctor?
Syor kami

a. Bekukan pengambilan pelajar baru ke IPTS-IPTS kejururawatan. Pasaran telah dibanjiri pada takat ini. Jangan menyusahkan lebih ramai gadis muda lagi.
b. Melakukan kajian secepat mungkin terhadap graduan kursus-kursus lain yang ditawarkan oleh IPTS di bidang kesihatan – fisioterapi, health care, pembantu makmal, radiologi dan lain-lain. Jika wujudnya situasi “over-supply” untuk kursus-kursus ini juga, tolong membekukan pengambilan pelajar baru.
c. Menolak permohonan IPTS untuk melaksanakan kursus perubatan jika kadar kelulusan graduannya dalam pemeriksaan Lembaga Jururawat adalah dibawah 90% untuk tahun 2010 atau 2009.
d. Mengambil alih 90% daripada hutang kepada PTPTN bagi semua graduan kejururawatan yang tidak dapat penempatan di jawatan jururawat dalam tempoh satu tahun selepas melulus Pemeriksaan Lembaga Jururawat.
e. Melakukan siasatan mengapa situasi di mana pasaran untuk jururawat terlatih dibanjiri – 41,000 akan keluar dalam 3 tahun yang akan datang manakala keperluan jururawat baru hanya 3,000 setahun (lebih kurang 5% daripada bilangan keseulruhan) ataupun 9,000 untuk 3 tahun yang akan datang. Adakah ini disebabkan oleh ketidak kebijaksanaan pihak-pihak yang membenarkan kuota, ataupun wujudnya penyelewengan? Keuntungan IPTS adalah lumayan!
f. Kaji balik kesahihan polisi bergantung pada syarikat swasta (yang jelasnya mahu gasak keuntungan secepat mungkin) untuk menyediakan pendidikan tinggi untuk anak muda kita.
Di sini, kita ingin menekankan bahawa perjuangan kami tidak akan berhenti di sini sahaja. Selagi mahasiswa tidak mendapat keadilan, perjuangan ini akan tetap akan berterusan.
Hidup Kuasa Anak Muda!
M.Ravin
Pemuda Sosialis

Monday, November 21, 2011

Socialism the way forward





<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Often the frustration felt by the left when organizing public talks and sessions is that we are speaking to the converted. There is a feeling we have not progressed very much. But there was a refreshing and reassuring change this time at the Socialism 2011 conference organized by the Parti Sosialis Malaysia on 20/11/11 at the Selangor Chinese Assembly Hall in Kuala Lumpur.


The conference themed Socialism – An Alternative for Malaysia, and organized for members of the public, saw a turnout of over 150 people, and what was exciting was the significant number of new faces among the participants. It was an indication of the disenchantment of thinking Malaysians with the current state of affairs in the country, and of the loss of faith in the existing system. This is the disenchantment that brought thousands to the streets for BERSIH, and that is making people identify with the worldwide ‘We are the 99%’ and the ‘Occupy’ movement. There is a search for an alternative. Faith in the capitalist system has been steadily eroding with the bitter experience of worsening economic hardship, bailouts of the rich, the sickening corruption of the ruling elite, and a system of governing that is akin to a circus.


The socialist system as an alternative seemed the most timely theme for the PSM which had managed to emerge somewhat shaken but intact from the government’s infamous use of the Emergency Ordinance on six of its leaders. The role of the rakyat nationwide in pressurizing the government to release the six was unprecedented especially given the government’s use of the communist bogey to criminalise the Parti Sosialis Malaysia. It showed that the rakyat had matured and could no more be dictated to by an irrational government whose credibility was a question mark. We felt that the socialist conference for the year should enlighten people about the concerns of socialists on the question of socialism as an alternative for Malaysia, the economic system and cultural policies that are envisaged.


The first panel on the topic Has Malaysia Prospered Under Capitalism? comprised of three interesting speakers from different backgrounds. Sdr Wan Saiful from IDEAS, argued that in Malaysia we don’t have full-fledged capitalism yet due to too much of government intervention, and that therefore the failures cannot be blamed on the capitalist system! The next speaker, Prof Dr Terence Gomez outlined the shortcomings of the system and argued for the institution of more social democratic programmes to enlarge the safety net and better governance. Dr Jeyakumar, the socialist MP of Sg Siput started off by talking about the achievements of capitalism in Malaysia as compared to other post-colonial societies, but how these are far outweighed by the failures, and that since global capitalism has entered a long period of decline, countries like Malaysia have to move towards a socialist economy.


The second panel saw our special guest, Sdri Melanie Barnes of the Socialist Alliance of Australia, and PSM central committee member Sdr Choo Chon Kai presenting on the topic, Is the Socialist Economic Model A Viable Alternative? Critique of the Previous Socialist Models. They gave a critical analysis of previous models and held up Venezuela and Yugoslavia as models we could look at.The third speaker, Sdr Premesh Chandran, CEO of Malaysiakini, gave an energetic presentation of how we should be innovative and not wait to take political power before embarking on ‘socialist’ economic ventures. He outlined several online incentives that could benefit socially useful projects.


Panel Three on the topic, Is Socialism Practical In a Multi-cultural Society like Malaysia? Freedom and Full Human Development discussed the merits and suitability of the socialist system in a multi-cultural context. Though it was the difficult post-lunch session, the quality of the presentations kept everyone focused and attentive. Sdr Ahmad Fuad from Islamic Renaissance Front argued very convincingly that cultures have to be understood dialectically and not as "things" that were discrete and separate. He proposed that the different cultures in Malaysia all have revolutionary and humanising aspects which are congruent. He argued that we have to "indigenize" socialism to make it more recognizable to the Malaysian people. Sdr Hishamuddin, analysed the development of the Malaysian nation in a humorous yet provocative and insightful manner. His witty repartees to Sdr Jeyanath (SABM) who had a challenging time trying to keep to time, had the audience in stitches! Hisham emphasized that we have not solved the National Question and it keeps coming back. Sdri Rani Rasiah of the PSM argued that the socialist system with its objective of full human development in a classless society was the practical alternative to the capitalist system that was exploitative and used ethnic differences to divide and rule.

The conference came to a close after the fourth panel presentations on the topic, Socialism ala Malaysia. Sdr Boon Kia Meng the first speaker gave a spirited presentation on the topic and offered many ideas about the concrete actions that can be taken by socialists in Malaysia. "Who are the proletariat in KL?" he asked the audience. Kia Meng suggested that all those who contributed building of KL should be considered the Proletariat and that they have the right to have a say how the city was being run. "We should take back the city," he urged.The other panelists were Sdr Arif Abdull of Durian FM, Sdr Chong Ton Sin of Gerak Budaya and the PSM Secretary General, Sdr Arulchelvan who reflected that just a short 13 years ago, when the PSM was launched, many friends said that it was a suicidal move to call ourselves socialist, but now many people the world over are turning to socialism for answers. Arul reminded us that the shift from capitalism to socialism is a process and the tactics undertaken should recognize that fact.


Overall the conference saw a vibrant discussion of ideas, with many questions and comments from members of the audience. It seemed highly relevant to the socio-economic upheavals and the search for alternatives taking place outside the conference room, in Malaysia and abroad.


Wednesday, November 16, 2011

PSM SEMENYIH FUND RAISING DINNER

PSM Semenyih akan mengadakan Jamuan Makan Malam untuk mengumpul dana seperti berikut:

Tarikh : 26/11/2011 ( Sabtu)
Masa: 7.30 malam
Tempat : Dewan Gelanggang bola Keranjang, Kg. Bahru, Semenyih

Sesiapa yang ingin menyokong kami dengan membeli kad jamuan serta memberi sumbangan kepada kami, adalah diminta untuk hubungi 016-3245550 atau 019-2612269.

Sunday, November 13, 2011

Bengkel setiausaha dan bendahari ke 3 PSM








Bengkel untuk Pengerusi, Setiausaha dan bendahari telah diadakan di Kota Damansara dihadiri oleh 50 orang pemegang jawatan tersebut. Latihan bengkel dikendalikan oleh beberapa orang aktivis PSM seperti Sdr Suresh,. Letchimi dan Kris Kaira.

Bengkel dirasmikan oleh Pengerusi nasional PSM Dr. Nasir Hashim. Latihan tahun ini meliputi selain dari latihan kemahiran SU dan BH adalah bagaimana berfikir di luar kotak, bagaimana bekerja dengan ahli yang sedikit dan menggunakan beberapa teknologi baru seperti email.

Saturday, November 12, 2011

Rajakumar - Pejuang sosialis berjiwa rakyat







Hari ini saya pergi pelancaran Buku Rajakumar - an uncommon hero> Seorang kawan baik MK Rajakumar, Kai Hee bekas Setiausaha Agung Parti Buruh berkata ada orang hidup tapi mati manakala ada orang akan terus hidup walaupun mati. Kategori kedua adalah Rajakumar

Dr M.K. Rajakumar (25 May 1932 - 22 November 2008) was a veteran socialist leader and medical practitioner, regarded as a founding father of the discipline of family medicine by general practitioners and family physicians.

As a leftist intellectual he formed part of the leadership of the Labour Party of Malaya and Barisan Sosialis during the 1960s. He helped build the Labour Party with other leaders like the late Tan Sri Dr Tan Chee Koon, David V., Ishak Haji Muhammad (better known as Pak Sako) and Karam Singh.

Early involvement

In the 1950s, Rajakumar was active in the Socialist Club while studying medicine at the Singapore campus of University of Malaya where he met historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Khay Kim and former Parti Sosialis Rakyat Malaysia Kassim Ahmad, who were also students.

Rajakumar, then 22 years old, was involved with the editorial board of Fajar, which was the Socialist Club’s newspaper. The team behind the newsletter were soon accused of sedition and involved in a court trial. Rajakumar and The Fajar team were defended by the legendary radical British Queen's Counsel DN Pritt, with Lee Kuan Yew (who later became the first Prime Minister of Singapore) as junior counsel.

He then moved on to be chairman of the Selangor Labour Party and was always very dedicated. He was detained under the Internal Security Act from 1966 to 1969.

Politically, his influence waned after the decline of the Barisan Socialis in the late 60s but he always held on to his ideals.

Friday, November 11, 2011

Jamuan Deepavali MPP ZON 18














6/11/2011



Hari ini, Jamuan Deepavali MPP ZON 18 telah diadakan dengan penuh meriah di Taman Manikavasagam. Jamuan ini dianjurkan oleh Sdr. Arul bersama Persatuan Penduduk Taman Manikavasagam.




Wakil-wakil dari MPP ZON 18, Ketua-ketua Kampung serta para penduduk di Semenyih, Kajang, kawan-kawan NGO serta orang ramai telah hadir ke jamuan ini. Jamuan Deepavali juga bertambah meriah dengan kehadiran kawan-kawan Muslim yang menyambut Hari Raya Korban hari ini.



Dianggarkan lebih 500 orang telah hadir ke majlis ini. Makanan yang ditempah telah habis dan terpaksa dibeli. Walaupun kedai-kedai makanan yang berdekatan telah ditutup, pihak penganjur berjaya membeli makanan tambahan di Semenyih.






Ucapan-ucapan turut disampaikan oleh wakil-wakil MPP. Di Majlis ini juga, semakan daftar undi telah diadakan. Ramai orang mengambil kesempatan untuk mengetahui kawasan undi mereka.



Syabas kepada Persatuan Penduduk Taman Manikavasagam yang berjaya menganjurkan Majlis Deepavali ini.