ShareThis
Saturday, June 30, 2012
Thursday, June 28, 2012
ISA masih ada - GMI terus bantah dan dedah mogok lapar
KUALA LUMPUR - Gerakan
Mansuhkan ISA (GMI) hari ini terus mendesak Menteri Dalam Negeri segera
membebaskan kesemua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan
tidak akan mengambil tindakan ke atas sembilan tahanan yang melakukan
mogok lapar di Kem Kamunting (Kemta).
“Menteri Dalam Negeri mesti memberi
jaminan bahawa pihak keluarga, peguam dan doktor akan diberi akses
kepada tahanan tanpa sebarang halangan oleh pihak Kemta,” kata Peguam
Latheefa Koya.
Berikutan itu, GMI menuntut pendirian Menteri Dalam Negeri mengenai mogok lapar yang sedang berlaku di Kamunting.
“Apakah menteri akan memberi jaminan
bahawa tahanan yang mogok lapar tidak akan dikenakan sebarang tindakan
seperti yang dikenakan ke atas dua tahanan," kata beliau sebelum
menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di hadapan
Bangunan Parlimen, hari ini.
Turut bersama ialah keluarga tahanan,
aktivis GMI termasuk peguam dan wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(Suhakam) berkumpul di pintu masuk Parlimen dengan kain rentang dan
poster menuntut tahanan dibebaskan.
Memorandum tersebut diserahkan oleh
sekretariat GMI, Syukri Razab dan bapa Fadzullah, Abdul Razak Mohd
kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), S.Arutchelvan (PSM) dan Tian Chua (PKR-Batu).
GMI berpendirian menyokong mogok lapar
tersebut dan mahu Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab sekiranya
berlaku perkara yang tidak diingini ke atas tahanan.
Wednesday, June 27, 2012
Monday, June 25, 2012
Mesyuarat Bersama Belia Ldg Denudin
Sunday, 24 June 2012
Hari ini satu perjumpaan diadakan dengan pemuda di Ladang Denudine. Seramai 15 orang pemuda telah di perjumpaan yang diadakan di kuil ladang.
Hari ini satu perjumpaan diadakan dengan pemuda di Ladang Denudine. Seramai 15 orang pemuda telah di perjumpaan yang diadakan di kuil ladang.
Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk membincangkan peranan golongan belia dan pemuda dalam perjuangan hak perumahan pekerja Ladang Denudine.
Turut hadir sama adalah Ganesan dari Ladang Breamer dan Ramalingam dari Ladang Sg. Rinching yang berkongsi pengalaman mereka.
Sunday, June 24, 2012
Saturday, June 23, 2012
Semakan Daftar Pengundi di Broga
Simon sedang mencari alamat pengundi baru |
membuat semakan di rumah orang asli |
petugas membuat semakan disetiap penjuru |
Menyemak dengan Chong -Ketua Kampung Baru Broga |
Friday, June 22, 2012
Ladang Denudin : Pacak Papan
Sunday, 17 June 2012
Hari ini, para penduduk ladang Denudin telah memacak papan "Dilarang Masuk 100 meter".
Papan tanda ini dipacak untuk memberi amaran kepada orang luar terutamanya pemaju ladang tersebut untuk masuk ke kawasan ladang serta membuat sebarang kerja-kerja seperti memeriksa tanah tanpa persetujuan para penduduk. Ladang ini telah dijual namun isu perumahan para penduduk masih belum selesai lagi.
Sdr Ganesan dari ladang bangi turut hadir dan telah berkongsi pengalaman beliau ketika perjuangan ladang Breamer. Beliau turut menekankan bahawa penglibatan golongan belia adalah penting dalam perjuangan ini.
Turut hadir untuk memberi sokongan solidariti adalah belia-belia dari ladang Bangi. Sdr Chandramohan telah berkongsi pengalaman ladang Bangi dan memaklumkan bahawa mereka akan memberi sokongan kepada perjuangan para penduduk.
Golongan belia turut mengambil bahagian dalam perjuangan ibu bapa mereka.

Penduduk Flat Bangi Jaya Setuju tubuh Persatuan
Sunday, 17 June 2012
Hari ini, satu mesyuarat berhubung penduduk flat Bangi Jaya telah diadakan. Isu utama yang dibincangkan adalah mengenai penubuhan Persatuan Penduduk . Penduduk yang hadir bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Persatuan Penduduk. Sebanyak lapan orang telah dilantik sebagai AJK persatuan.

SUKANEKA di antara ZON MPP
Saturday, 16 June 2012
Hari ini, sukaneka di antara ZON-ZON MPP telah diadakan di Dataran Kajang. MPP ZON 18 turut mengambil bahagian di acara ini.
Hari ini, sukaneka di antara ZON-ZON MPP telah diadakan di Dataran Kajang. MPP ZON 18 turut mengambil bahagian di acara ini.
Mesyuarat MPP ZON 18
Friday, 15 June 2012
Hari ini, mesyuarat bulan MPP ZON 18 telah diadakan di Pejabat Penghulu, Semenyih. Seperti biasa, banyak isu dibincangkan dan Sdr Arul telah memberikan maklum balas terhadap aduan-aduan yang telah dibuat sebelum ini. Tetamu khas dari MPKJ turut hadir untuk memberi penjelasan terhadap isu kutipan sampah.
Protes GAji Minima
Thursday, 14 June 2012
Tidak, semua pekerja akan diberi gaji minima. Jika majikan putarbelitkan, buat aduan terhadap majikan tersebut.
Semua yang bekerja di bawa seorang majikan akan diberi gaji minima, kecuali bekerja secara individu.
5. ADAKAH BENAR, MAJIKAN BOLEH MEMASUKKAN SEMUA FAEDAH EALAUN-ELAUN SELAIN GAJI ASAS SEBAGAI KOMPONEN DALAM GAJI MINIMA YANG BAKAL DILAKSANAKAN ?
Hari ini, satu protes diadakan di Kementerian Sumber Manusia (KSM) berhubung pelaksanaan gaji minima di Malaysia. Seperti diketahui umum, pada 30 April 2012, Perdarna Menteri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa gaji minima RM900 akan dilaksanakan untuk pekerja swasta. Namun demikian, pelbagai kekeliruan wujud berhubung pelaksaanaan ini. Misalnya, siapakah yang layak mendapat gaji minima? Adakah elaun tambahan yang diterima para pekerja akand dimasukkan dalam pengiraan gaji minima? Bilakah gaji minima akan dilaksanakan?
Justeru itu, Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT bersama para pekerja telah menyerahkan memorandum kepada pihak KSM dan meminta penjelasan berhubung perkara ini.
Di bawah adalah hasil perbincangan serta jawapan yang diberi oleh En. Kua Abun terhadap soalan-soalan yang dibawa oleh JERIT:
1. ADAKAH BENAR BAHAWA PEKERJA KONTRAK TIDAK AKAN MENDAPAT GAJI MINIMA ?
2. ADAKAH BENAR BAHAWA PEKEBUN, PEKERJA PEMBERSIHAN AWAM JUGA AKAN DINAFIKAN GAJI MINIMA ?
3. ADAKAH BENAR BAHAWA PEKERJA YANG BEKERJA UNTUK SUB-KONTRAKTER ATAU KONTRAKTER DINAFIKAN AKTA GAJI MINIMA ?
Tidak benar. Semua pekerja layak menerima gaji minima. Jika ditolak oleh majikan, maka lapor di Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan.
4. ADAKAH BENAR, AKTA GAJI MINIMA YANG DIUMUMKAN SEKARANG TIDAK AKAN DIIMPLEMTASI DALAM MASA SETAHUN YANG AKAN DATANG DAN MUNGKIN AKAN MENGAMBIL LEBIH MASA DAN JUMLAHNYA MASIH BELUM MUKTAMAT?
Akan diimplimentaikan pada January 2013. Lanjutan hanya akan diberi kepada syarikat yang mempunyai 5 pekerja dan ke bawah. Kementerian juga akan keluarkan senarai syarikat yang mendapat lanjutan. Lanjutan hanya akan diberikan sehingga Julai 2013. Jika majikan mengalami kesusahan selepas itu, kerajaan akan membantu syarikat itu dalam melaksanakan gaji minima kepada pekerja-pekerja di syarikat-syarikat tersebut.
5. ADAKAH BENAR, MAJIKAN BOLEH MEMASUKKAN SEMUA FAEDAH EALAUN-ELAUN SELAIN GAJI ASAS SEBAGAI KOMPONEN DALAM GAJI MINIMA YANG BAKAL DILAKSANAKAN ?
Ini masih dalam perbincangan. Tiada apa-apa yang diputuskan lagi. Surat pekeliling yang dikeluarkan oleh MEF sekarang adalah tidak sah. Kementerian Sumber Manusia akan adakan mesyuarat triparti untuk memutuskan isu ini.
6. ADAKAH KERAJAAN SERIUS MENGIMLEMEMTASI AKTA GAJI MINIMA ATAU IA HANYA SEKADAR SATU GIMIK MENJELANG PRU13 ?
Kerajaan memang faham keperitaan rakyat Malaysia. Oleh itu, kerajaan memang serius dalam laksanakan gaji minima. Gaji Minima ini juga akan direview 2 tahun sekali supaya gaji ini tidak menjadi stagnant.
Ini adalah jawapan dari Kementerian Sumber Manusia. Jerit juga menekankan bahawa Kementerian Sumber Manusia haru berpegang kepada janji mereka dan tidak memutarbelitkan perkara-perkara yang dibincang pada masa hadapan. Jika ia berlaku, kita akan hadir dengan lebih ramai pekerja.
Ladang Bangi : Aduan Polis terhadap pemaju
Thursday, 7 June 2012
Hari ini, bekas penduduk ladang Bangi telah membuat aduan polis ke -6 terhadap majikan mereka berhubung isu pencerobohan serta isu perumahan mereka.
Aduan ini dibuat kerana para penduduk bimbang pihak pemaju akan menggunakan taktik-taktik kotor untuk menghalau para penduduk dari ladang tanpa menyelesaikan isu perumahan mereka.

Tuesday, June 19, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)