ShareThis

Thursday, May 31, 2012

PENDUDUK BKT JALIL OCCUPY PEJABAT PM

Wednesday, 30 May 2012

Hari ini, 41 keluarga dari Ladang Bukit Jalil telah hadir ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Tujuan mereka adalah untuk berjumpa dengan PM Najib Tun Razak dan mengutarakan isu perumahan mereka yang masih tidak selesai.





Para penduduk juga bertekad untuk tidak berganjak dari sini sehingga mendapat maklum balas dari pejabat PM. Malangnya, hari ini para penduduk sangat kecewa kerana mereka tidak mendapat sebarang maklum balas dari pejabat PM. Para penduduk menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat banner, mengedar risalah sementara menunggu dan di sebelah malam, vigil diadakan dan ceramah solidariti diadakan untuk memberi semangat kepada para penduduk. Penduduk bermalam di pejabat PM.

Wednesday, May 23, 2012

Mesyuarat Bersama Penduduk Ldg Bangi

Tuesday, 22 May 2012

Satu mesyuarat telah diadakan bersama penduduk ladang Bangi. Mesyuarat ini diadakan berikutan surat lawyer yang diterima penduduk. Apa yang meragukan penduduk adalah, pihak lawyer tidak mengatakan mereka menghantar bagi pihak siapa.

Menurut surat ini, satu mesyuarat akan diadakan pada 24 Mei untuk membincangkan isu perumahan para penduduk dan jika tiada kata sepakat dipersetujui maka legal action akan diambil.




Tuesday, May 22, 2012

AGM PSM Semenyih ke-5

Sunday, 20 May 2012

  
Hari ini, mesyuarat tahunan kelima PSM Semenyih telah berjaya diadakan. Seramai 43 orang termasuk pemerhati luar telah hadir bersama dan menjayakan AGM kali ini. Tahun ini tidak mempunyai pilihanraya, maka, ajk yang dipilih tahun lepas kekal jawatan mereka. Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian lagu International.

Ahli-ahli menyanyikan lagu International dengan penuh semangat

Sdr. Ramalingam adalah pejuang ldg Sg. Rinching

Ini diikuti dengan ucapan Sdr. Ramalingam, Pengerusi PSM Semenyih. Walaupun tidak berapa sihat, Sdr. Ramalingam tetap hadir ke AGM dan telah memberikan ucapan yang bersemangat. Beliau mengatakan bahawa perjuangan harus diteruskan hingga perubahan tulen dicapai.


Acara diteruskan dengan ucapan Sdr. Arul, Setiausaha Agung PSM dan seterusnya sesi pembentangan laporan setiausaha oleh Sdr Rajan dan laporan bendahari oleh Sdr. Ganesan.





AGM menjadi lebih hangat apabila isu pilihanraya dibincangkan. Ahli-ahli serta pemerhati yang hadir ke AGM telah meluangkan serta berkongsi pandangan mereka mengenai pilihanraya.

Wednesday, May 16, 2012

6 soalan di Kawasan Semenyih untuk Mesyuarat Infra


S.Arutchelvan
            Zon 18
            No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


16 Mei 2012                                                                            DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN  UNTUK  DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ -  MEI 2012

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i)        Bandar Rinching

Bandar Rinching Sek.1 (En.Kamal 012-2423822)

·            Jalan masih yang berlubang sepanjang jalan masuk dari jalan masuk ke Sek.3 dan sepanjang jalan ke sek.1.
·            Minta lampu limpah utk taman permainan takraw di sek.1

Bdr.Rinching Sek  (En.Halim- 019-2115669)

  • Perlu ada lampu di taman permainan.
  • Memohon bekalan lektrik(TNB) dan air (syabas) untuk pondok komuniti &  belia di taman bdr.rinching sek.2.

Bdr.Rinching Sek.3 (En.Rajarathnam-019 2097575)

·                        Dua lampu limpah baru dipasang tetapi tidak berfungsi

Bdr.Rinching Sek.5 (En.Ramachandran- 013-3300684)

·            Jalan utama ke seksyen 5 teruk dan perlu diturap
·            Jalan di Seksyen 5 hanya sebahagian kecil sahaja diturap dan ini menimbulkan persoalan dikalangan penduduk samada kawasan lain macamana?
·            Ada satu lubang besar di jalan 5/11 setelah bonggol
  
ii)   Taman Bukit Semenyih  
·                                    Bekalan air sering tiada pada hujung minggu dan ini terlalu kerap
·                                    Banyak aduan sudahpun dibuat dan tiada penyelesaian setakat ini

iii) Taman Sri Tanjung (En.Karim -016-2432710)

·                        Jalan utama masuk ke Taman Sri Tanjung rosak minta diturap 
·                        Bonggol – bonggol di taman perlu dicat
·                        Mohon bonggol di jalan 19.
·                        Mohon dibina pentas kekal di perkarangan gerai MPKj bagi aktiviti penduduk.

iv) Kampung Sentosa  (En.Hj.Khairuddin – 019-3939204)

·                                    Tempat buang sampah di jalan 6 perlu diratakan dengan simen.
·                                    Mohon turap tar keliling padang takraw di jalan 7

v) Taman Pelangi Semenyih (En.Norazlani 012-3104130)

·            Mohon dibaik pulih 4 tiang lampu tidak berfungsi ditaman permainan Jln 4/5.
·            2 tiang lampu tidak berfungsi di jalan persiaran pelangi berhampiran fasa 6 dan 7.
·            En.Noazalani mengadu tentang tempoh lampu isyarat keluar dari Tmn.Pelangi terlalu cepat berubah dan hanya 4 buah kereta yang dapat melepasi lampu tersebut.minta di ubah tempoh isyarat supaya lebih kereta dapat melepasi untuk mengurangkan kesesakan dalam taman tersebut.

vi)        Taman Tasik Semenyih (En.Ahmad – 013 6790496)

·         Perlu lampu limpah untuk mengelakkan gejala tidak sihat di kawasan semi-D,jalan 4 dan galakkan aktiviti sihat pada waktu malam.
·         Terdapat banyak rumah yang semakin hari mengubahsuai rumah untuk dijadikan asrama dan jika tidak ditangani akan menyebabkan banyak masalah sosial dan keselamatan


Sekian Terima Kasih




S.Arutchelvan
Ahli Majlis

Tuesday, May 15, 2012

Soalan dari Sdr Arul dalam Mesyuarat JK Pengindahan Bandar



S.Arutchelvan
            Zon 18
            No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


15 Mei 2012                                                                            DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN  UNTUK  DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BAGI  MEI 2012

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1.         Taman Pelangi Semenyih (En.Nor Azlani – 012 310 4130)
·            Sampah pukal MASIH tidak dikutip oleh kontraktor walaupun sudah diadu banyak kali. Laporan Pegawai MPKj dengan  Persatuan Penduduk sering bercanggah.
·            En.Norazlani mengadu bahawa kualiti kerja kontraktor baru di taman Pelangi Semenyih tidak mengalakan berbanding tahap kerja yang dibuat oleh kontraktor lama.Perlu Majlis menyiasat aduan ini.
·            Mohon dibersihkan semak samun di Jln 4/12 dan di Jln 4/1.
  
2.         Taman Tasik Semenyih (En.A.Rahim – 017 2497538)
·            Jalan 6/9 Taman Tasik Semenyih pokok –pokok yang tinggi melebihi kabel letrik,akar pokok tersebut telah memecahkan struktur longkang menyebabkan longkang pecah dan tersumbat.
·            Rumah – rumah kosong terbiar dengan semak samun didepan dan belakang rumah.
  
3.         Bandar Rinching
i.          Bdr.Rinching Sek 1 (En.Kamal 012-2423822)

·            En.Kamal meminta anjing-anjing liar ditangkap yang mengganggu anak-anak yang pergi ke sekolah Bdr.Rchg sek.1
·            Mohon potong pokok besar dan landskap yang teratur di kawasan simpang masuk sek.1,2 dan 4
·            Kabin usang di persimpangan masuk 1,2 dan 4 di beri notis oleh MPKj untuk dibaiki atau dibuang kerana tida digunakan

ii.         Bdr.Rinching Sek 2 (En.Halim – 019-2115669)

·            Longkang Longkang di Rumah Kos Rendah dan Sederhana Sek.2 tidak dikorek dan dibersihkan.
·            Sampah pukal tidak dikutip mengikut jadual dan tarikh

iii.        Bdr.Rinching Sek.3 (En.Rajarathnam-019 2097575)
·         Meminta iklan besar KPJ di hadapan jalan masuk di Bandar Rinching ditanggalkan kerana tiada lessen dan mencemar permandangan


4.         Taman Sri Tanjung (En.Karim -016-2432710)
·         Mohon Tanam pokok bunga di sepanjang jalan utama  masuk ke taman.
·         Minta kontarktor kutip sampah untuk menutup balik pintu tempat letak sampah di kawasan rumah dua tingkat.

5.           Pekan Semenyih
·         En.Norazlani juga meminta agar majlis perbandaran untuk memantau kawasan medan selera dekat Petronas dimana keadaan disitu tidak bersih dan sampah-sampah tidak dikutip dan dibersihkan.


Sekian Terima kasih


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

Saturday, May 12, 2012

TiTisan Peluh tahun ke 26

Lebihkurang seribu orang menghadiri program Titisan Peluh yang diadakan di kawasan Parlimen Sungai Siput.program disajikan dengan lagu-lagu perjuangan pekerja dan ucapan. Sebuah drama mengenai Pilihanraya yang amat bermakna juga telah dipersembahkan oleh anakmuda PSM Sungai Siput. Program beraklhir 1230 tengahmalam.







Harijadi Setiausaha PSM Semenyih

Saturday, May 12, 2012

Sambutan Harijadi Setiausaha PSM Semenyih


Kek khas berwarna biru


Hari ini, Harijadi Setiausaha PSM Semenyih, Sdr Rajan telah disambut secara ringkas dan dengan penuh senyuman. Tahun ini, beliau menyambut harijadi yang ke-45.  
Sdr. Rajan sebenarnya adalah seorang yang pemalu, asyik senyum sepanjang sambutan harijadinya. Sebenarnya, Sdr. Josephine isteri sdr Rajan yang telah membuat segala perancangan untuk menyambut harijadi ini.

Rakan-rakan serta komrad-komrad dari PSM Kajang turut bersama untuk memeriahkan sambutan harijadi ini.

Friday, May 11, 2012

Mesyuarat MPP zon 18 bincang BERSIH

Mesyaurat MPP zon 18 membincangkan banyak isu kawasan sekitar terutamanya mengenai pengutipan sistem kutipan sampah. Banyak isu dari kawasan zon 18 nampaknya dapat diatasi dan rata-rata persatuan penduduk gembira. Juga isu hangat yang dibincangkan adalah BERSIH3




Thursday, May 10, 2012

Gerai burger luar rumah Ambiga

Bercakap pada akhbar - Ambiga tidak gentar

Ambiga sedang bercakap dengan pihak akhbar
Hari ini sekumpulan peniaga mendakwa dari Persatuan Peniaga kecil memakai Baju Ikhlas cuba buat publisiti murah hadapan rumah Ambiga - Penyelaras BERSIH. Yang anihnya, tiada anggota polis yang hadir di kawasan perumahan tersebut walaupun jelas tindakan peniaga kecil ini untuk menimbulkan kecoh. Namun Peguam Ambiga cukup cool dan beani. Beliau datang untuk membuat kenyataan akhbar dan berkata jika peniga ada tuntutan, maka beliau meminta mereka membuat tuntutan di mahkamah daripada saja ganggu keluarga beliau. Yang anihnya, peniaga yang mendakwa kehilangan mata pencarian ini didapati memberi burger percuma kepada mereka disana. Ramai penyokong Ambiga dan wartawan yang benggang dengan tingkahlaku peniaga-peniaga ini.



stall Burger luar rumah Ambiga

Dua Orang yang niata datang untuk publisiti murah

Wednesday, May 9, 2012

Hentikan salahguna kuasa terhadap Khalid Ismath

Hari ini saya menyertai satu sidang akhbar yang dipanggil oleh Mahasiswa untuk membidas sikap polis yang menahan dan mendera secara mental pemimpin mahasiswa Khalid Ismath. Khalid telah ditahan pada 5hb.

Khalid bersama mahasiswa lain dalam sidang akhbar

Itu bukan saya - Khalid Ismath menafikan

Khalid dan Sapuan



RESPECT COURT DECISION TO RELEASE KHALID ISMATH ! 6 may 2012

Yesterday morning, Khalid Ismath went to the Kuala Lumpur police headquarters as the police wanted his cooperation. He voluntarily went to IPK KL only to find himself being arrested on the spot. He was then remanded overnight at the Dang Wangi Police Station. This morning, 6th May 2012, the police attempted to get a four day remand but it was turned down by the magistrate at the Jinjang Police Lock-up Center. Latheefa Koya who represented Khalid Ismath said that the court felt there was no necessity to remand him further and ordered his release.
In spite of Khalid being released by the magistrate, the police continued to delay his release. There were also indication that the police frustrated with the Magistrate decision, wanted to make a rearrest. This attempt by the police to make a rearrest is a serious human rights violation and is in contempt of the court decision this morning.
PSM calls upon the police to act professionally. If the police want Khalid Ismath to assist in further investigation, they can easily summon him using a 111 notice under the Criminal Procedure Code. In spite of assurance by the IGP that the police will act professionally, this is not seen on the ground.
PSM calls upon the police to stop all harassment on civil society groups and students who have been championing for a free and fair election as well as free public education.

Released by
S.Arutchelvan
Secretary General

Saturday, May 5, 2012

5 May - Hari jadi Karl Marx






Karl Marx telah dianugerahkan ahli Falsasah paling berpengaruh abad ke 20. Hari ini ekononis Kapitalis merujuk kepada beliau untuk memahami mengapa kemelesetan ekonomi berlaku.Satu jamuan ringkas untuk bincang dan sembang.

Tuesday, May 1, 2012

Menyambut Hari pekerja di Segambut




Hari ini saya mengucapkan tahniah kepada DAP Segambut kerana merayakan Hari pekerja. Pekerja adalah nadi pembangunan negara tetapi mereka tidak mendapat penghargaan dan sering ditindas. Program ini turut dihadir oleh Prof P.Ramasamy, Manikavasagam dan adalah jemputan dari Ahli Parlimen DAP Segambut Sdr Lim Lip Eng. Hujan lebat di luar tetapi ramai juga yang dapat hadir.