ShareThis
Wednesday, May 1, 2013
Terima Kasih kepada JERIT atas sokongan !
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)
Kenyataan
Akhbar 1/5/2013
HARI
PEKERJA SEDUNIA :
UNDI
CALON AKTIVIS PEKERJA & PRO PEKERJA
1/5/2013 adalah Hari Pekerja
Sedunia yang ke 217. Setiap tahun Hari Pekerja Sedunia akan disambut oleh JERIT
dan rakan-rakan NGO lain dengan perarakan dan himpunan pekerja.
Tahun 2013 tiada
perhimpunan pekerja kerana rakyat Malaysia sedang bersedia untuk menghadapi
pilihanraya ke-13. Pilihanraya ini sangat penting kerana semangat rakyat untuk
UBAH! kerajaan sangat tinggi.
Rakyat juga
bersungguh-sungguh dalam berkempen untuk perubahan dan menyokong calon pilihan
mereka. Dalam keghairahan ini JERIT ingin mengingatkan kepada Rakyat supaya
pilih calon yang benar-benar berkaliber dan menyokong aspirasi rakyat dan
perjuangan kaum pekerja.
JERIT menyokong Calon PSM
DUN Semenyih, Saudara Arul, seorang
aktivis pekerja yang sentiasa komited dalam perjuangan pekerja dan menjadi
perintis dalam Sambutan Mei 1 sejak 1994. Beliau telah memimpini banyak
perjuangan pekerja sejak 1994, terutamanya perjuangan Gaji Bulanan Pekerja
Ladang, Akta Gaji Minima , Melindungi Hak Pekerja , dan banyak lagi perjuangan
rakyat tertindas. Di DUN Semenyih pula, saudara Arul mula membuat kerja-kerja
sosial sejak zaman mahasiswa lagi. Perjuangannya bersama rakyat tertindas di
DUN Semenyih bermula di ladang-ladang dan berterusan sehingga kini. Lagipun
setelah beliau kalah dengan undi yang sedikit pada PRU -12, beliau telah terus
berkhidmat disini dengan membuka 2 pusat khidmat di Semenyih. Maka siapa lagi
yang lebih layak untuk bertanding di Dun Semenyih bagi pihak rakyat kalau bukan
Saudara Arul di DUN Semenyih? Maka JERIT menyokong penuh ARUL dari PSM untuk
Calon DUN Semenyih.
Kami berpendapat bahawa
rakyat harus memilih calon yang berkaliber, bersih, berprinsip dan mengutamakan
aspirasi rakyat. JERIT juga menyokong
calon –calon berikut yang merupakan aktivis pekerja & pro pekerja:-
1. Dr. Jeyakumar - Calon
PSM Parlimen Sungai Siput, Perak
2. Sarasvathy .M - Calon PSM DUN Jelapang, Perak
3. Dr. Nasir Hashim – Calon
PSM DUN Kota Damansara, Selangor
4. Mohd Sabu - Calon
PAS Parlimen Pendang, Kedah
5. Aiman Athirah - Calon
PAS , Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan
6. Dr. Mohd Hatta - Calon
PAS, Parlimen Kuala Krai, Kelantan
7. CheguBard - Calon
PKR , DUN Sg, Acheh, Penang
8. Chang Lih Khang - Calon
PKR, DUN Teja, Perak
9. Tan Kar Hing - Calon
PKR, DUN Simpang Pulai
10. Dr Lee Boon Chye - Calon PKR, Parlimen Gopeng
11. Chua Yee Ling - Calon
PKR – DUN Kuala Sepetang, Perak
12. Sim Tze Tzin - Calon
PKR – Parlimen Bayan Baru, Penang
13. Simon Ooi -
Calon PKR- DUN Bakar Arang, Kedah
14. Chan Ming Kai - Calon
PKR – Dun Indera Kayangan, Perlis
15. Charles Santiago - Calon
DAP – Parlimen Klang
Rakyat harus memenangkan
calon-calon ini kerana mereka adalah calon-calon yang benar-benar berada dalam
perjuangan pekerja dan sentiasa mengutamakan aspirasi rakyat.
Perubahan yang kita lakukan
sekarang dalam PRU 13 mestilah satu perubahan yang tulen dan benar-benar
memanfaatkan rakyat . Maka mengundi calon yang berkaliber adalah penting untuk
memastikan aspirasi rakyat sentiasa diutamankan.
JERIT ingin mengucapkan
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Malaysia dan juga Selamat Mengundi.
Undilah calon Aktivis Pekerja, Aktivis Rakyat & Pro Pekerja demi masa depan
Negara dan juga generasi yang akan datang.
Hidup rakyat! Hidup
Perjuangan!
Salam Hari Pekerja
Dikeluarkan oleh :
Sekretariat JERIT.
Untuk maklumat lanjut
hubungi :- Theva – 013-3845740
Press Advisory: 1 May 2013
Malaysian Spring is bringing colour of change to Semenyih!
To
commemorate the International Labour Day and the people's aspiration for a new
and better Malaysia, PSM Candidate for N24 Semenyih Arul and PSM Semenyih are
organizing a cycling for change and Malaysian spring program on 1 May.
The
cyclists will set off for their ride of change at 9am at Pasar Kg Baru Semenyih
carrying little yellow flags. Arul and
the cyclists are set to stop by at Bangi
Jaya (near Bangi Flats) to plant these "flowers of change",
symbolizing the arrival of Malaysian spring in Semenyih. Arul and PSM Semenyih
cordially invite representatives of your organization to witness this
meaningful moment together with us.
The Malaysian spring will also
sprout in front of Billion Shopping Center and nearby Tesco Semenyih with the help of a
group of volunteers and well-wishers.
For further information, please contact:
019-2612259
Pilih Genggaman Tangan untuk Lawan Dacing!
(dengan terjemahan B. Melayu)
致:新闻编辑
士毛月选区 新闻稿
28 April 2013
士毛月选区 新闻稿
28 April 2013
黄进发博士特地赶至士毛月,力挺社会主义党候选人阿鲁仄万
28/4,净选盟 3.0集会一周年,带领净选改革运动的政治学者黄进发博士,以及声名大噪的年轻学运份子巴瓦妮(Bawani),特地在早餐时刻到来士毛月新村巴杀来支持阿鲁,希望他能胜出,以便打倒一党独大的国阵。
黄进发说,阿鲁是他的战友,一起并肩作战,从净选盟运动、到反对《内安法令》、关乎民生、民权的课题上都站在同一阵线。不害怕恶势力,没有私心地服务人民,正是人民所需要的州议员。
黄进发并现场挥了一幅对联,赠给反对党阵营的社会主义党(PSM)候选人,“怒奋空拳为人民,横挥铁腕除暴政”,灵感来自华教民权斗士林连玉先生的语录。
他表示,这一次,在士毛月的州议席,有三个候选人,一个是“秤头”、一个是“拳头”阿鲁仄万 、一个是半路杀出的“程咬金”。在士毛月州选区,可以打倒“秤头”的是“拳头”。
他吁,当地人勿在士毛月这个州选区中投错票,千万不要投给半路杀出来骑劫议席的程咬金,因为这样就会让国阵得利。“拳头” 打“秤头”,不要看错“眼”。
随后,黄进发既在中午时分赶回吉隆坡。
此外,今早在士毛月早市拜票时,更有多名各族朋友表示支持社会主义候选人阿鲁。
国家文学家Pak Samad Said,社会主义党讲座上主讲人
昨晚(27/4),社会主义党在Sri Jeluk的讲座中,国家文学家 Pak Samad Said 也是其中一位主讲人。
Translation:
Undi Arul, undi Genggaman Tangan!
28hb
April 2013 merupakan ulang tahun BERSIH 3.0 , Dr Wong Chin Huat ,
aktivis BERSIH dan aktivis mahasiswa Bawani KS telah sampai ke Kampung
Semenyih dan memberi sokongan kepada S.Arutchevan(Arul) dalam usaha
untuk mengulingkan regim Barisan Nasional (BN) dan menang dalam pilihan
raya ini.
“Arul
merupakan rakan seperjuangan saya . Kami telah bekerjasama sejak
perjuangan dalam BERSIH , gerakan anti-ISA dan isu-isu hak asasi lain.
Beliau tidak takut kepada keganasan regim kerajaan dan tetap berkhidmat
untuk rakyat sepanjang masa. Inilah wakil rakyat yang kita mahu.”
Dr Wong juga menghadiahkan dua helai tulisan kaligrafi kepada calon PSM ini yang bermaksud “Wave the iron wrist, against tyranny; raise the angry fist, for the people!” Ilham ini dipetik daripada Pejuang Bahasa Ibunda , Encik Lim Liam Geok. (LLG)
Dr
Wong berkata terdapatnya pertandingan tiga penjuru dalam DUN
Semenyih iaitu calon Dacing , Genggaman Tangan dan Mata . Tetapi, calon
yang boleh menewaskan calon Dacing adalah Calon Genggaman Tangan.
Beliau juga
menyeru penduduk tempatan mengundi Arul dan jangan undi kepada
calon “Payung Terjun” yang tidak pernah berkidmat di kawasan tempatan.
Sebab hal ini akan memberi peluang kepada BN untuk menang dalam
pilihanraya ini . Pilih “Genggaman Tangan” untuk lawan “Dacing”, jangan
silap terpilih “Mata”.
Semasa
dalam kempen pilihan raya di Pasar Semenyih , terdapat banyak
masyarakat daripada berbilang kaum memberikan sokongan penuh dan mereka
kata pasti akan undi Arul sebagai wakil rakyat DUN Semenyih.
Malam
27hb April , Sasterawan Negara , Pak Samad ( A. Samad Said) juga hadir
dan menjadi ahli panel dalam ceramah Sri Jeluk sebagai tanda sokongan
kepada Arul.
BARISAN RAKYAT MELAWAN BARISAN NASIONAL!
29 Apr 2013, Semenyih
oleh Media PSM Semenyih
oleh Media PSM Semenyih
Pilihanraya
Umum 13 adalah penting. Pilihanraya ini akan menentukan samada
perubahan yang di nantikan oleh rakyat akan di capai atau tidak. Maka,
ini bukanlah lagi Pakatan Rakyat vs. Barisan Nasional, sebaliknya
Barisan Rakyat melawan Barisan Nasional, menurut Arul, calon PSM N24
Semenyih.
Parti
Sosialis Malaysia hari ini mengadakan satu sidang akhbar untuk meminta
calon PKR di Semenyih tarik diri untuk membolehkan PSM menang kerusi ini
untuk Pakatan Rakyat. Kenyataan ini dibuat hari ini memandangkan
Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali memaklumkan PAS akan tarik diri dari
bertanding di DUN Kota Damansara.
Sebelum
hari penamaan, PSM telah membuat rayuan beberapa kali kepada Pakatan
Rakyat terutamanya PKR agar aspirasi rakyat untuk satu lawan satu
dihormati dan tidak pecahkan undi. Malah PSM juga telah bersetuju dengan
syarat PKR iaitu bertanding menggunakan logo PKR di Semenyih. Namun
situasi 3 penjuru di wujudkan di Semenyih oleh calon PKR dan ini telah
banyak mengelirukan pengundi-pengundi.
Maka,
sekali lagi Setiausaha Agung PSM, Saudara Arul membuat rayuan, demi
menghormati aspirasi rakyat, calon PKR di DUN Semenyih diminta tarik
diri. Sekurang-kurangnya, pengundi akan lebih jelas dan kemenangan
terjamin kepada Pakatan.
Sebelum
hari pencalonan, lebih kurang 26 Jawatankuasa Penduduk Tempatan telah
mengeluarkan kenyataan akhbar menyokong penuh pencalonan saudara Arul di
Semenyih kerana kerja-kerja akar umbi yang telah dilaksanakannya selama
ini. Selepas hari pencalonan, organisasi-organisasi dan aktivis-aktivis
seperti Dr Kua Kia Soong, Liau Kok Fah (pengerusi Civil Rights
Committee KLSCAH), Kong Wee Cheng (wakil KLSCAH Youth), Lee Soo Wei
(wakil LLG Foundation Development Centre Civil Society Committee), Yong
Kin Yin (wakil Malaysian Youth and Student Democratic Movement dan Encik
Lew Bon Hoi (akademik) telah meminta calon PKR undur dan memberli
laluan kepada Arul, calon terbaik. Begitu juga 23 organisasi India
termasuk Malaysia Indian Progressive Association, Angkatan Warga Aman
Malaysia, Group of Concerned Citizens dan ramai lagi telah menyeru
Hamidi, calon PKR di Semenyih tarik diri agar Arul boleh menang.
Manakala di Kota Damansara, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali di alu-alukan namun di dapati calon PAS masih menjalankan kempen dan tidak lagi menarik diri dan ini akan terus menimbulkan kekeliruan kepada pengundi-pengundi.
Saudara
Arul dalam kenyataanya juga menyentuh tentang kekeliruan yang
ditimbulkan oleh Sdr. Sivakumar dari DAP mengenai hubungan PSM dan PR. 2
ahli PSM telah menggunakan logo parti PR untuk bertanding dalam PRU
ini, dua lagi ahli PSM masih menjadi Ahli Majlis dalam Kerajaan PR di
Selangor. PSM diseluruh Malaysia berkempen untuk kemenangan PR dan
membantu calon-calon PR. Dalam mesyuarat dengan pihak PR juga, kami
dimaklumkan bahawa penyertaan PSM dalam PR akan dibuat selepas PRU dan
ini juga termasuk beberapa parti lain dari Sabah yang ingin menyertai
PR. ‘Dalam kawasan yang ada penindihan kerusi, PSM masih menyokong calon
parlimen PR. Dalam suasana ini, PSM juga ingin mengatakan PSM bukan
parti bebas tetapi adaah parti berdaftar menggunakan logo parti dan
mengambil posisi untuk bersama dengan PR dan gerakan rakyat yang lain
untuk melawan BN’.
Subscribe to:
Posts (Atom)