ShareThis
Saturday, April 24, 2010
22-4-2010 Rundingan Agenda Istimewa dengan kumpulan Yurumi
Hari ini saya diminta menjadi orang tengah satu rundingan antara Pemaju dan Tuan Tanah Agenda Istimewa dengan satu kumpulan anak muda yang mengendalikan gendang yurumi dan juga sebuah kuil di kawasan Bekas ladang Sungai Rinching.
Saya memberitahu beberapa tapak kuil tetapi meminta kumpulan ini memperkasakan diri mereka kerana mereka kurang teratur dari segi organisasi. Ini juga akan menentukan sejauh mana kejayaan mereka dalam rundingan ini.
Namun pihak pemaju mengatakan mereka memerlukan tanah ini dalam masa 3 bulan kerana ingin menaikkan projek-projek komersil mereka dan diantaranya adalah sebuah hyper market.Rundingan hari ini adalah mencari satu penyelesaian
21-4-2010 Lagi kempen Hulu Selangor
Dr. Jeyakumar – Ahli Parlimen PSM Sungai Siput telah mengadakan ceramah di Taman Musapikah dan Taman Bukit Teratai di Hulu Selangor. Ada ketika ceramah menjadi cemas apabila MIC cuba mengganggu program yang diadakan. Namun tiada insiden buruk yang berlaku.
PSM terus menyeru pengundi Hulu Selangor menyokong calon Zaid Ibrahim kerana ini akan memberi mesej bahawa Tsunami 2008 berterusan.
20-4-2010 - Meninjau Kuil yang diberi notis roboh oleh pejabat Tanah
Sebuah kuil berusia 30 tahun di tepi sungai Jalan reko telah diberi notis oleh pejabat tanah dan tarikh akhir adalah pada hari ini. Hari ini saya melawat tapak kuil dan adakan dialog dengan penduduk. Sebenarnya semua bekas penghuni di kawasan kuil ini telah berpindah meninggalkan kuil ini sahaja apabila diberi tawaran perumahan. Kuil ini berada di satu lokasi yang agak membimbangkan dan saya meminta para penganut untuk mengenalpasti tempat lain sekiranya tanah ini diperlukan kerajaan. Saya juga telah meminta JK Selain Islam di bawah Kerajaan Negeri untuk menyiasat latarbelakang kuil dan sementera itu meminta untuk perobohan kuil ini ditangguhkan.
20 April - Dialog Bas awam di Kajang
Hari ini satu mesyuarat khas telah diadakan di MPKJ untuk membincangkan Masalah perkhidmatan Bas Awam di MPKJ. Antara isu yang diungkitkan adalah
i. Penggunaan Bas yang sudah uzur
ii. Bas tunggu lama di Pick-up point
iii.Bas tidak masuk ke Pusat Perhentian Kajang dan Semenyih Sentral
iv. Perkhidmatan Bas tidak mengikut jadual
v. Kekurangan bas masuk kawasan perumahan dan ada tempat yang tiada perkhidmatan Bas.
Walaupun isu ini banyak membincangkan isu di Kajang tetapi saya sempat mengutarakan masalah di Semenyih dan meminta Bas awam masuk ke Bandar Rinching dan Pelangi Semenyih.
namun demikian orang ramai boleh membuat aduan dengan sms 15888 atau hotline LPNP 1800-88-9600 iaitu 24 jam
Orang ramai boleh telepon untuk buat aduan terhadap bas tak ikut jadual, bas uzur dan sebagainya dan juga permohonan boleh dengan pihak LPKN jika mahu bas masuk ke kawasan perumahan.
Dialog ini turut dihadiri oleh pengendali bas.
19-4-2010 PSM anjur lagi ceramah di Hulu Selangor
PSM meneruskan kempen di Hulu Selangor dengan berkempen dari rumah ke rumah dan juga menganjurkan satu ceramah di Kampung Pinang, dekat sempadan Tanjung Malim. Turut hadir adalah Dr. Jeyakumar- Ahli Parlimen PSM. dalam program di kampung Pinang, Elizabeth Wong selaku ADUN Angkat Ulu Bernam berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan membantu memecahkan sempadan tanah dan memberikan tanah kepada mereka yang sudahpun mendirikan rumah.
19 April - Hari pekerja Mei 1 di Dataran Merdeka - Bantah GST
Hari ini. saya bersama Nalini E - Penyelaras Jawatankuasa Mei 1, Dr. Hatta Ramli mewakili Gabungan PROTES, Sdr Jega dari SABM dan Heng Lung dari SUARAM mengadakan sidang akhbar mengumumkan program Hari Pekerja 2010 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka jam 11pagi.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://1mayworkersday.blogspot.com
Perhimpunan Aman ini akan diadakan pada 11 pagi di Dataran Merdeka. Orang ramai dinasihatkan untuk berkumpul lebih kurang jam 10.30 pagi. Tema Sambutan Hari Pekerja Tahun ini adalah "RAKYAT BANTAH GST: CUKAI YANG MISKINKAN RAKYAT".
Tarikh Mei 1 ini cukup signifikan. Di Malaysia hanya ada 4 hari yang diumumkan sebagai cuti umum wajib iaitu Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan yang di-Pertuan Agung, Hari Keputeraan Sultan atau Yang Dipertua Negeri dan Mei 1 (Hari Pekerja) adalah salah satu daripadanya. Beliau berkata, pada Mei 1, ada dua kumpulan yang biasanya mengadakan Sambutan Hari Pekerja. Yang pertama ada Jawatankuasa Mei 1 yang mengadakan sambutan ini sejak tahun 1994 manakala kumpulan kedua adalah MTUC. Mei 1 tahun ini memfokuskan Cukai GST kerana ia akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan pekerja.
Dr. Hatta menyeru rakyat harus turun pada Mei 1 dan membantah perlaksanaan Cukai GST. Sebelum ini Gabungan PROTES telah menangguhkan Perhimpunan Bantah Cukai GST di hadapan Parlimen yang dijadualkan pada 15 Mac apabila Kerajaan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-Undang GST. Kini, sebagai menyahut seruan Kerajaan yang mahukan maklumbalas rakyat terhadap GST, Perhimpunan Aman akan diadakan pada Mei 1 untuk menyuarakan pandangan rakyat.
Monday, April 19, 2010
18-4-2010 AGM SUARAM
Sebagai salah seorang aktivis dalam SUARAM, saya menghadiri Mesyuarat Tahunan SUARAM. Banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh SUARAM untuk menegakkan hak asasi manusia sepanjang setahun yang lalu. Antara isu yang diungkitkan adalah masadepan SUARAM dan juga tindakan suaram meminta peguam di Perancis campurtangan untuk siasat kes kapal selam dan Altantuya. Selain itu, Pesuruhjaya SUHAKAM Dato Sivasubramaniam juga telah menyertai SUARAM sebagai ahli.
18 April Gotong Royong fasa 4 Taman Pelangi Semenyih
Masyarakat fasa 4, Taman Pelangi Semenyih hari ini telah mengadakan satu sesi gotong royong bersama dengan Pejabat Ahli Majlis dan MPKJ. Saya hanya hadir seketika dan memberi sedikit ucapan mengucapkan tahniah atas komitmen dan kerjasama mereka. Selain itu saya juga umumkan cadangan kita meletak papantanda mengenai jadual kutipan sampah.
17 April Kubu Kuat MIC di KL Tin ditembus
Hari ini PSM berjaya mengadakan ceramah pilihanraya di Kampung KL Tin iaitu satu masa dulu adalah kubu kuat MIC. Ini merupakan program pertama dimana pihak pembangkang dapat menaikan bendera PKR di kawasan ini. Turut hadir dalam ceramah selain saya dan Dr. Nasir adalah Ahli Parlimen, Gobind Singh, Gopalakrishnan, Exco kerajaan Negeri Elizabeth Wong, Timbalan Ketua Menteri Dr. Ramasamy dan isteri tahanan ISA Puan Norlaila.
Kehadiran juga amat memuaskan dan ucapan yang cukup hangat diberikan oleh para penceramah. Beberapa isu tempatan seperti isu tanah dan Dewan juga mendapat sambutan yang mengalakkan. Semua menceramah menekankan bahawa pilihanraya Hulu Selangor amat penting dan kemenangan PR akan membawa mesej bahawa PR akan ke Putrajaya.
17-4-2010 Lawat Gurudawara di Kalumpang
17 April - Hari penamaan calon Hulu Selangor. PSM sokong Zaid Ibrahim
Hari ini, saya bersama penyokong PSM dan ribuan rakyat pergi ke Kuala Kubu Bharu untuk hari penamaan calon. Jalan ke KKB sesak habis dan nasib baik kami datang sehari sebelum.
Saya bersama Dr. Nasir selalu pengerusi PSM mengiringi Datuk Zaid Ibrahim ke Dewan penaman calon bersama engan DS Anwar Ibrahim. Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datin Wan Azizah.
PSM menyokong calon Pakatan Rakyat dan akan membantu dalam kempen pilihanraya ini demi kemenangan Zaid Ibrahim, calon PKR. Mood masa ini nampak baik.
16-4-2010 Mesyuarat MPP ada wakil baru
Hari ini dua kawasan baru iaitu Bandar Rinching Seksyen 6&7 dan Taman Pelangi Semenyih Fasa 6 menyertai mesyuarat MPP bulanan. Mesyuarat kali ini juga membuat postmortem sukaneka dan forum lalulintas. Selain itu satu taklimat telah diberikan oleh Bhg Landskap MPKJ iaitu oleh Encik Helmy. Ramai ahli MPP yang ambil bahagian dan Helmy telah memberi jawapan sekadar yang boleh isu-isu yang ditimbulkan. Program seterusnya adalah baner pemantauan kawasan yang akan diletakkan dalam sebulan dua ini.
16 April Cadangan membina Dewan di Kuil Semenyih
Hari ini saya dikunjungi oleh Pengerusi Kuil Subramaniam, iaitu kuil terbesar di Semenyih. Ada cadangan membina satu Dewan dan bilik dapur di Kuil tersebut. ini akan menelan belanja RM 200,000. Saya melawat kuil untuk melihat sendiri apakah cadangan mereka supaya isu ini boleh diutarakan kepada pihak Kerajaan negeri. Saya juga berjanji akan meneliti mengapa mereka masih belum diberi geran walaupun sudah membayar premium.
16-4-10 Ribut di Semenyih
Ribut telah meniupkan bumbung di kampung Sentosa dan mengakibatkan kerosakan dibeberapa buah rumah di Taman Sri Tanjung. Saya sempat melawat Taman Sri Tanjung untuk menilai kesan ribut. Panas tarik didikuti oleh ribut hujan. Inilah amaran berterusan alam sekitar kepada kita untuk bersama-sama menjaga ekologi dan alam sekitar kita. Kerajaan negeri juga telah menghulurkan sedikit bantuan wang kepada mereka yang menjadi mangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)