ShareThis

Saturday, October 20, 2012

bantuan terus isu berkenaan kad pengenalan merah, IC dan surat beranak

Dato Siva Subramaniam bersama Barisan PSM yang membantu
 Hari ini Pejabat Ahli Majlis zon 18, PSM Semenyih dan Task Force dibawah Jabatan Perdana Menteri cuba membantu masyarakat yang menghadapi masalah kad pengenalan merah, masalah sijil beranak dan IC.

Lebihkurang 20 orang datang untuk mencari penyelesaian. Dato Siva Subramaniam puas hati dengan kehadiran dan berkata untuk satu pekan kecil seperti Semenyih, kehadiran 20 warga Semenyih adalah mengalakkan.

Dato Siva Subramaniam melayani setiap kes dan berjanji akan membuat followup kes-kes dan juga PSM Semenyih dan Pejabat Ahli Majlis akan membuat followup.
Dato Sivasubaramanim sedang memberi nasihat kepada NGO



Orang ramai menanti giliran

Dato Siva sedang mengendalikan kes

IC merah isu terbanyak yang ditangani

Isu surat beranak juga dibincang

Sedang memberi penerangkan kepada media

Saturday, October 13, 2012

BERSIH 8T

Press Statement, 27 September 2012
Konsert BERSIH 8T – Time to renew the call for CLEAN elections
Five months have now passed since more than 250,000 citizens stepped forward to join the BERSIH 3.0 : Duduk Bantah event on 28 April 2012. These everyday Malaysians exercised their right to assemble in order to urge the government to clean up the electoral system.
However, it appears that the government is still unwilling to heed the voices of the people. The BERSIH 2.0 eight demands and the 22 recommendations of the Parliamentary Select Committee (PSC) report have yet to be fully implemented. Thus, BERSIH 2.0 is organising a fun-filled concert on 13 October 2012 at Stadium Kelana Jaya aimed at reminding the Election Commission that the 8 demands remain unfulfilled.
In the months since the historic BERSIH 3.0 peaceful assembly, the government has focused its attention on attacking the BERSIH 2.0 steering committee in various ways instead of getting down to the much-needed electoral reforms. The authorities are pursuing legal actions against the steering committee and the Kuala Lumpur City Council (DBKL) has threatened to issue hefty summons to the committee.
Despite this, BERSIH 2.0 has persisted in its efforts to raise awareness on the many instances of serious discrepancies in the electoral roll. Our work so far has been made possible because of the generous support of regular Malaysians who have donated to the cause. However, more needs to be done.
Some of the performers lined up so far are Ito, Julian Mokhtar and the Gang, Soul Saviors (the winners at Pesta Lagu Jalanan), Republic of Brickfields, punk band Dum Dum Tak punk band, Canto rock band Hui Se De Dai and Ray Cheong. There will also be BERSIH 2.0 activities for all ages to participate in and a special song by the BERSIH 2.0 Steering Committee. National laureate A. Samad Said who is a co-chairperson of BERSIH 2.0 will also read a special poem at this event.
This concert event will not only be for fundraising but will be fun and memorable and also serve as a reminder to the government leaders of their duty to heed the call for urgent reforms. Malaysians will not accept anything less than a thorough clean-up of its electoral system and we will not hesitate to come together once again to make our voices heard.
The details are as follows:
DATE               : 13 October 2012
VENUE             : Kelana Jaya Stadium, Petaling Jaya
TIME                : 6.00pm – 11.30pm
*Entry by minimum donation

Malam Solidariti Pekerja Ke-3

Hari ini, Dewan MPKj dibanjiri oleh lebih 100 pekerja kilang serta ahli-ahli kesatuan untuk turut memeriahkan Malam Solidariti Pekerja 2012. Malam Solidariti Pekerja ini dianjurkan oleh JERIT buat kali ke-3.


Meja pendaftaran oleh rakan rakan dari semenyih


 Tujuan utama penganjuran malam solidariti ini adalah untuk mengabungkan para pekerja di sekitar Kajang serta berkongsi isu-isu pekerja serta hak-hak mereka.



 Kebanyakan persembahan disampaikan oleh para pekerja sendiri. Kaum anak muda yang menggelar diri mereka sebagai artis tangga turut menyampaikan dua buah lagu.


 Drama yang disampaikan oleh Persatuan Sahabat Wanita bukan sahaja menghiburkan para hadirin tetamu mereka turut ketawa terbahak-bahak. Tetapi, yang pasti mempunyai mesej kepada para pekerja iaitu bagaimana majikan merasuah kerajaan untuk menghakis hak pekerja.



pemenang cabutan bertuah

Pengerusi Majlis - Sdr Theva dan Sdri. Aruna (penghibur terkenal ASTRO)

Malam Solidariti kali ini lebih meriah dengan kehadiran Sdr. Soloman, Setiausaha Agung kesatuan Bank (NUBE). Beliau berkongsi pengalaman kesatuan bank serta bagaimana ahli-ahli NUBE ditindas. Sdr. Azhar dari kesatuan elektronik turut hadir dan menyampaikan akan kekuatan kesatuan di sesuatu kilang.



 Majlis yang bermula jam 8.30mlm berakhir lebih kurang 11.00 malam. Para pekerja juga telah diberi kalendar 2013 yang mempunyai informasi mengenai pengimplementasian Gaji Minima yang dijangka akan dilaksanakan pada 1 Januari 2013.


Sdr. Indiran mempersembahkan tarian MJ
Sdr. Ganesan tidak kurang hebat dengan lagu klasiknya....

Friday, October 12, 2012

MPP bulan Oktober banyak bincang isu sampah pukal

Mesyuarat Majlis Perundingan Penduduk zon 18 diadakan di pejabat Ahli Majlis zon 18 dengan kehadiran yang memuaskan. Wakil Persatuan Penduduk dari Taman Tasek Semenyih, Pelangi Semenyih, Bandar Rinching, Taman Manikavasagam, Pangsapuri Kampung Baru dan kawasan Semenyih hadir.



Mesyuarat banyak berbincang mengenai masalah sampah pukal dan prestasi kontrakter. Mesyuarat juga mengalu-alukan kehadiran kepimpinan Pelangi Semenyih yang baru yang mempertengahkan banyak isu kawasan. Isu anjing liar juga turut dibincang.

Piket Kesatuan Pekerja KTMB






Thursday, October 11, 2012

Bukit Jalil - Kerajaan Najib tambah pampasan

Sehari selepas ratuasan orang protes di hadapan Pejabat YAB Perdana Menteri, hari ini mereka ditawarkan RM 85 ribu. Namun demikian, permintan untuk tanah masih ditolak, Penduduk hari ini meminta masa untuk berfikir tawaran baru tetapi mahu terus penerangan mengenai 4 ekar yang ditanya dan gunatanah tersebut.

Wednesday, October 10, 2012

Protes Penduduk Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil

Hari ini, lebih 200 orang penduduk ladang Bukit Jalil telah ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menuntut empat ekar tanah untuk 41 keluarga.






Monday, October 8, 2012

Sunday, October 7, 2012

Bengkel Manifesto Pekerja

Apakah Tuntutan Pekerja untuk PRU ke 13??

Jaringan Pekerja Malaysia telah menganjurkan satu bengkel untuk merangka Manifesto Pekerja untuk PRU ke 13. Seramai lebih kurang 30 wakil dari kesatuan-kesatuan sekerja dari Terenganu, Seremban, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur telah mangambil bahagian . Bengkel ini diadakan selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Oktober di Pusat Latihan NUBE di Port Dickson.
 Sdr. Arul turut dijemput ke bengkel ini. Sdr. Arul telah menerangkan mengenai kepentingan manifesto pekerja serta perjuangan-perjuangan yang telah dijalankan oleh pihak kesatuan sejak tahun 1945. Slot beliau juga telah menjelaskan bagaiman pihak kerajaan mengubal akta-akta kesatuan untuk menyekat perkembangan kesatuan sekerja di Malaysia.

Sebahagian peserta bengkel


 Para pekerja yang hadir ke bengkel ini merasakan adalah penting untuk para pekerja mengemukakan manifesto pekerja ketika PRU ke 13. Lebih-lebih lagi pihak kesatuan serta para pekerja semakin kehilangan hak mereka akibat pindaan-pindaan yang berat sebelah dan menghakiskan hak mereka. 



Para pekerja giat mengadakan perbincangan

Antara isu-isu yang disertakan adalah berhubung sistem perundangan, gaji, keselamatan sosial dan isu-isu umum seperti penswataa, kenaikan harga barang dan sebagainya. Para pekerja juga telah merancang beberapa aktiviti untuk mempopularkan manifesto pekerja ini.



Tema manifesto pekerja
PEKERJA KUASA PERUBAHAN!

Saturday, October 6, 2012

Aduan Polis terhadap Polis

ADUAN POLIS TERHADAP POLIS KERANA FITNAH DAN MEMBENARKAN DIRI MEREKA DIPERALATKAN OLEH PARTI PEMERINTAH

Hari ini, Sdr. Arutchelvan selaku Setiausaha Agung PSM telah membuat satu laporan polis terhadap satu program yang dijalankan di SRJK Tamil Ladang Semenyih pada 5/10/2012. Program ini telah dianjurkan oleh pihak Hindu Sangam dan PIBG sekolah tersebut.

Program ini sepatutnya merupakan satu taklimat kepada ibubapa serta para pelajar sekolah mengenai jenayah. Tetapi malangnya, pegawai polis bernama Karunanithi telah memfitnah PSM dengan dakwaan bahawa PSM mempunyai hubungan dengan Pari Komunis Malaya dan menyebarkan komunisma. Di samping itu, pegawai polis tersebut juga telah mengutuk BERSIH.

Walaupun, kesemua tuduhan ke atas 6 pemimpin PSM yang ditahan dibawah EO telah digugurkan, namun pihak polis masih bertindak tidak profesional dan membenarkan diri mereka diperalatkan oleh pihak pemerintah.

Friday, October 5, 2012

Sidang Akhbar Bukit Jalil - Kami akan turun 10 Oktober

Sdr Arul bersama Shanti, Sambulingam dan Bala
Hari ini satu sidang akhbar diadakan di Ladang Bukit Jalil untuk mengatakan bahawa rakyat Bukit jalil tetap turun ke Pejabat Perdana metneri untuk meluahkan hasrat penduduk yang menolak RM35,000 yang ditawarkan. Mereka tetap mahu 4 ekar tanah.

Tuesday, October 2, 2012

PM beri maklumbalas kepada Penduduk bukit Jalil


Hari ini wakil YAB Perdana Menteri Datuk Ravin Ponniah memberi maklumbalas dari PM. Maklumbalas ini diberi sehari selepas Penduduk membuat protes habitat di Parlimen dan setelah diberi surat menatakan mereka akan turun ke pejabat PM pada 10 Oktober. Namun mereka kecewa apabila tawaran yang diberi YAB Perdana metneri hanyalah menyuruh mereka pergi ke rumah flat dengan peningkatan pampasan wang ke RM 35,000.