ShareThis

Tuesday, May 31, 2011

30-5-2011 Motivasi untuk mahasiswa di ladang Bukit Jalil






Seramai 28 mahasiswa dari pelbagai Universiti tempatan telah mengadakan sesi pengalaman hidup dengan bekas pekerja di Ladang Bukit Jalil selama 10 hari. Ini adalah sebahagian daripada program 3C anjuran Malaysian Indian Student Association (MISA)dibawah nauangan Rajaretnam. Saya berbincang dengan mahasiswa ini keperluan menjadikan kerja membuat kebajikan ini sebahagian dari hidup mereka. Mereka kena memilih samada mereka hendak bersama kaum pekerja atau bersama kapitalis.

Monday, May 30, 2011

30-31- Pertempuran menyelamatan perumahan pekerja miskin di PJS1









HENTIKAN PENGUSIRAN SECARA PAKSA DAN JAMIN HAK PERUMAHAN TETAP DAN SELESA

DARI KAMPUNG PENEROKA KE PERUMAHAN TRANSIT


Kami Penduduk Rumah Panjang PJS1/Pembeli Blok E ini adalah bekas peneroka bandar dari kampung Muniandy, Kampung Petaling tin, Kampung Setinggan JPS, Kampung Tandang (KTMB), Kampung Medan Sel & Semarak, Kampung Sri Manja dan Kampung Murni yang terdapat di sepanjang Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.Sebelum menjadi kampung peneroka , sebahagian besar kami juga mempunyai sejarah lebih 60 tahun menduduki kuarters pekerja Petaling Tin . Ibubapa kami merupakan pekerja lombong bijih timah , Petaling Tin . Tapak rumah panjang kami sekarang juga merupakan tapak asal Petaling Tin . Justeru itu kami merupakan generasi penduduk asal kawasan PJS1.

Sejak tahun 1990an banyak kampung-kampung peneroka di sepanjang Jalan Klang Lama telah diambil atas nama pembangunan. Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu telah menggunakan polisi rakus, Polisi Setinggan Sifar 2005 bersama jenteranya Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan telah memindahkan peneroka bandar yang tinggal di sana ke rumah-rumah transit. Kami seramai 300 keluarga pula dipindahkan kerumah-rumah transit pada sekitar tahun 2002. Ramai antara kami dipindahkan ke Rumah Panjang PJS 1 yang dibina oleh Pemaju Peter’s Brickworks Sdn.Bhd dan lebih daripada 100 keluarga dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat Miskin (PPR) Lembah Subang.

Semasa pemindahan Kerajaan Negeri dulu di bawah pimpinan mantan Menteri Besar Selangor Dato Seri Mohd. Khir Toyo telah menjanjikan rumah alternatif kos rendah mampu milik berharga RM35,000 kepada para peneroka bandar dan kami boleh menduduki rumah transit secara percuma sehingga flat dibina.

Kini sudah sembilan tahun namun kami masih menduduki rumah transit.

PERUMAHAN TETAP?

Pada sekitar awal 2003, Pemaju telah menawarkan rumah di blok P yang bakal dibina. Namun kami telah membatalkan tawaran tersebut selepas mendapati blok tersebut akan dibina berdekatan dengan Loji Najis.(LAMPIRAN 1)

Maka dalam tahun 2004,kami seramai 276 keluarga telah menandatangani perjanjian jual beli rumah flat kos rendah (RKR) dengan pemaju Peter Brickworks yang dikenali sebagai Blok E (LAMPIRAN 2) . Namun penantian kami untuk mendapatkan sebuah rumah tetap menjadi hampa apabila kami mendapati pemaju telah menhentikan kerja-kerja pembinaan RKR akibat satu perintah mahkamah bertarikh 9/7/2004 yang menghendaki pihak berkuasa MBPJ mengisukan notis pemberhentian kerja kepada pemaju. Alasannya adalah MBPJ tidak mematuhi peruntukkan undang-undang berkenaan apabila memberi kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan projek tersebut.

PIHAK MBPJ DAN PEMAJU HARUS DISALAHKAN AKIBAT PERUMAHAN KAMI LEWAT .

Sejak itu, kami telah mengadakan banyak rundingan bersama pemaju, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen dan MBPJ.

Hasilnya dalam bulan Januari 2010, dengan campurtangan kerajaan negeri satu tapak baru telah dikenal pasti untuk membina RKR kami.Pemaju Peter Brickworks setuju untuk membina RKR dengan syarat kami harus keluar dari rumah panjang tersebut. Kerajaan negeri dan MBPJ pula telah menawarkan:

1. Kerajaan negeri perlu mengecualikan penduduk-penduduk yang telah menerima tawaran daripada berpindah ke rumah pangsa PPR,

2. Menawarkan sewa bulanan sementara sebanyak RM500 untuk 24 bulan dan wang pemindahan sebanyak RM2825 untuk setiap penghuni rumah panjang tersebut (surat MBPJ bertarikh 20.5.2010) (LAMPIRAN 3)

3. Menjalankan rundingan dengan pihak bank yang membiayai projek yang telah dihalang supaya tunggakan pinjaman kami dihapuskan,

TETAPI BAGAIMANA PULA DENGAN PERJANJIAN JUAL /BELI YANG TELAH DITANDATANGANI PADA TAHUN 2004 DENGAN PEMAJU PETER BRICKWORKS UNTUK RUMAH RKR??

dipetik dari JERIT

Saturday, May 28, 2011

27-5-2011 2 tokoh PSM dapat anugerah





Dua orang tokoh PSM M.Saraswathy - Timbalan Pengerusi PSM dan Dr. Jeyakumar - Ahli Parlimen PSM telah diberikan anugerah oleh Persatuan Semparuti untuk kategori Ahli Parlimen Ulung dan wanita ulung untuk tahun ini. Upacara penyerahan diadakan di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh lebihkurang 200 hadirin.

Friday, May 27, 2011

27-5-2011 4 persoalan untuk Mesyuarat JK Penuh Ahli Majlis Bulan Mei


USUL, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS ATAU MESYUARAT PEMANTAUAN ADUAN BAGI BULAN
MEI 2011 – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG


1. Papan iklan Mansuh ISA Negeri Selangor

• Saya difahamkan DUN Negeri Selangor telah meluluskan Papan tanda iklan kempen ‘Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA”
• Sejurus dengan itu, adakah sebarang arahan mengenai papan iklan ini.
• Berapa banyak papan iklan akan dinaikkan di kawasan jajahan MPKJ dan siapakah bertanggungjawab mengimplemtasikan projek ini.
• Sudahkah lokasi-loasi penempatan iklan ini sudah dikenal pasti.

2. Penghijauan bumi - Penanaman semula pokok

• YDP MPKJ pernah mengatakan bahawa untuk setiap satu pokok yang ditebang, kita sepatutnya menanam 2 pohon pokok.
• Adakah ini satu polisi MPKJ dan sejauhmanakah ia dipraktikan dan adakah pihak memantau implementasi penanaman semuala pokok.
• Saya telah mendapat aduan bahawa operasi pemotongan pokok telah dijalankan di Taman Cuepacs dekat PGA Cheras. Siapakah mendapat kontrak pemotongan pokok di kawasan itu memandangkan ia tidak dijalankan oleh MPkj.

3. Bangunan TNB-Sub Stesyen Bercantum Dengan Rumah Kediaman

• Ini adalah aduan lama di rumah kediaman no 2, Jalan Bukit Semenyih 5, Taman Bukit Semenyih yang bercantum secara haram dengan sub-stesyen dan setakat ini tidak ada pihak yang mahu bertanggungjawab walaupun mereka semua setuju bahawa bangunan sub-stesyen tidak boleh bercantum dengan rumah kediaman.
• Kini ada aduan terkini – No Aduan Stars 0838/11/10 mengenai masalah kebocoran dibahagian syiling ketika hujan lebat menyebabkan dinding siling rumah retak dan rosak. Air mengalir dari pencawang TNB terus kepada rumah kediaman.

4. Meletakkan jadual kutipan sampah dan nombor hubungan kontrakter dan pengawas dalam laman web MPKJ
.

• Untuk meningkatkan informasi dan transparensi, disarankan laman web MPKJ mempunyai butiran spesifikasi kerja dan jadual kutipan sampah disetiap taman, nama kontrakter dan nombor hubungan, nombor hubungan Pengawas MPKJ dan Alam Flora dan juga minggu berapa sampah pukal akan dikutip.

Soalan diutarakan Oleh :

Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2010/2011

Thursday, May 26, 2011

23-26 May - Melawat Labuan dan Kota Kinabalu, Sabah













Ahli Majlis MPKJ telah membuat lawatan sebanyak 4 hari ke Labuan dan Kota Kinabalu. Selain dari bermesyuarat mengenai isu pelupusan sampah MPKJ, kami juga melawat Majlis perbandaran disana dan temmpat-tempat menarik termasuk kaki Gunung Kinabalu.

Tuesday, May 24, 2011

22-5-2011 Diskusi sejarah sebenar Malaysia







Hari ini PSM Banting menganjurkan satu dialog untuk membincangkan sejarah sebenar Malaysia dan malaya. Turut ditayang gambar sepuluh tahun sebelum Merdeka. Dalam dialog itu, sdr Arul dan Sivarajan menerangkan dua kumpulan berbeza iaitu golongan kiri diketuai oleh AMCJA-PUTERA manakala golongan kanan iaitu UMNO dan Perikatan.

22-5-2011 Kehadiran kurang program kebangkitan Buruh





Hari ini program kebangkitan Buruh anjuran JK Buruh PR gagal mencapai target 5,000 pekerja. Namun demikian ia adalah satu usaha baik PR untuk mengembeleng tenaga kaum pekerja. Selain itu komitmen buku jingga PR dan isu hak pekerja dibincang oleh panel dan juga ada program soal jawab.

Saya turut berada bersama pasukan PSM mengedar risalah kesedaran kaum pekerja. Namun demikian PR harus berkerja dengan gigih dan konsisten jika mahu terus mendapatkan sokongan kaum buruh. Selain itu, adalah baik jika PR mula mengimplemetasi akta gaji minima untuk syarikat-syarikat GLCnya dulu.

22-5-2011 Gotong-royong Pangasapuri Bangi Jaya






Hari ini beberapa penghuni flat Bangi Jaya cuba melakukan sesuatu yang mustahil iaitu cuba membersihkan flat mereka dimana banyak rumah kosong telah dijadikan rumah sampah. Hari ini mereka berjaya melakukan sebahagian gotong royong dibawah kepimpinan Puan Rogayah- Pemimpin baru JK flat ini. Syabas dan jika JK ini giat, mungkin flat ini akan kembali dighuni ramai penduduknya yang berhijrah keluar

21-5-2011 The May 13 Generation






Today i was one of the many who wittness the launch of the book The May 13 generation. PSM would like to pay tribute to these left leaders in Singapore for their great effort in documenting history and which can be used by the future generations. It was really a very good feeling to see Jing Quee on stage talking and articulating ..

The May 13 Generation
( The Chinese Middle Schools Student Movement and Singapore Politics in The 1950s )
Author/Editor:
Tan Jing Quee



The May 13 generation was the first belonging to the immigrant communities from China to grapple with the issues of being Malayan/Singaporean, breaking irrevocably with the received wisdoms of their elders, and in a political climate where their explorations were deemed to be subversive.
This book comprises the recollections penned by the participants of the era of the 1950s, where their generation was in the forefront of the anti-colonial movement, and the work of academic researchers who have examined the historical framework and context of the period, as well as how it has been made to fit into the country’s mainstream history. The researchers have also examined the students’ cultural expressions, whether it is in art, drama, dance or literature and found them to be socially engaged, and grappling with the question of who they were as a people. The cultural explorations of that period have been forgotten or repudiated. It is revealing just how this amnesia and silence has become so set.
It is also impossible to imagine the demands that the age had put on this generation of youths.