ShareThis

Wednesday, February 10, 2010

9-2-10 Kerajaan diminta ganti tempat along dan ceti







Hari ini, saya bersama Pengerusi PSM Dr. Nasir menghantar satu memorandum kepada Datuk Seri najib Razak- Perdana Menteri Malaysia (PSM) dimana kami mengutarakan isu pinjaman dana mudah yang sangat diperlukan oleh golongan pendapatan rendah, di mana mereka mengalami penurunan besar dalam pendapatan keluarga serta peningkatan hutang.
PSM juga telah menerima banyak aduan berkaitan dengan kesan dan masalah yang dihadapi akibat daripada membuat pinjaman dari along dan ceti.

Sudah tiba masanya rakyat didahulukan. PSM juga berpendapat pihak bank swasta, kerajaan dan polis tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat berpendapatan rendah dan menengah menyebabkan ramai yang terpaksa bergantung kepada along dan ceti untuk mendapat pinjaman mudah. Sudah tiba masanya Kerajaan sendiri memberi pinjaman mudah dan PSM menyarankan pinjaman dengan faedah 4% setahun berbanding dengan along dan ceti yang meminta 10% sebulan.

Dibawah adalah memorandum yang dihantar hari ini yang diterima oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Ravin Ponniah

KERAJAAN HARUS GANTI TEMPAT CETI DAN ALONG UNTUK SEDIAKAN SKIM PINJAMAN MUDAH UNTUK RAKYAT


Pengenalan

Bagi golongan berpendapatan rendah dan kelas menengah rendah, kebanyakkan mereka terjerat dengan hutang yang kena dibayar kepada along dan ceti. Mereka ini susah mendapat pinjaman dari Bank atau Instutusi kewangan yang lain dan terpaksa mencari along dan ceti. Yang menyedihkan ada diantara mereka, pergi meminjam wang dari along/ceti untuk menjelaskan bayaran tertunggak di bank demi untuk menyelamatkan harta mereka daripada disita atau dilelong.

Golongan alaong dan ceti ini semakin memainkan peranan dan iklan mereka membanjiri setiap kawasan. Pihak Penguatkuasa, polis dan pihak Kerajaan sendiri tidak dapat mengawal golongan ini yang menggunakan pelbagai cara untuk memeras ugut wang daripada pihak yang meminjam. Namun demikian, along dan ceti ini memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah kewangan rakyat berpendapatan rendah dan menengah rendah.

Ini berlaku kerana Kerajaan dan Bank tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat biasa dan mereka terpaksa pergi kepada along dan ceti.
Sudah tiba masanya, Kerajaan mengantikan peranan yang dimainkan oleh ceti dan along dan menyediakan skim pinjaman mudah.

Punca Permasalahan


Bagi masyarakat berpendapatan rendah dan dalam keadaan dimana tidak ada akta Gaji minima dan rakyat pada amnya berpendapatan rendah, maka mereka boleh terjerumus dalam jerat along dan ceti ini dengan amat senang sekali. Kewangan mereka yang ketat boleh menyebabkan jika mereka tidak dapat membayar hutang untuk 2 bulan, maka amat susah untuk mereka menyesaikan bayaran tertunggak ini.
Selain itu, ekoran krisis ekonomi global yang melanda negara kita, antara lapisan masyarakat yang semakin dimangsakan adalah pekerja gaji rendah yang telah mendapatkan pinjaman bank komersial untuk membeli rumah.
Perjatuhan hebat dalam pendapatan isi keluarga akibat pembuangan kerja, pengurangan kerja lebih masa dan pengurangan hari kerja mengakibatkan keadaan di mana mereka diancam dengan penarikan balik rumah yang dibeli dengan susah payah.
Di dalam keadaan di mana tidak ada alternatif pinjaman lain, mereka terpaksa meminjam wang dari along dan ceti dengan kadar bunga yang tinggi untuk menyelamatkan harta mereka.

Akhirnya mereka menjadi lebih miskin, hutang melipat ganda dan dalam banyak kes, tidak dapat selamatkan rumah mereka.

Langkah-langkah segera dan berkesan harus diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah hutang toksik yang wujud di kalangan pekerja gaji rendah apabila keadaan kewangan mereka terjejas.

Hutang toksik
Hutang toksik adalah keadaan dimana hutang sepatutnya menyelamatkan seorang dari masalah tetapi ada kalanya hutang pula membinasakan kehidupan seseorang itu. Terdapat banyak kes dimana orang membunuh diri kerana masalah hutang ini. Maka sebagai sebuah kerajaan yang emndahulukan rakyat, maka masalah rakyat wajib diutamakan.
Berikut adalah contoh klasik keadaan hutang toksik:

Kes 1

Wati dan ibunya (dari Ipoh) telah mendapat pinjaman bank untuk beli rumah kos rendah dengan bayaran ansuran bulanan RM500. Akibat krisis ekonomi, ibunya dibuang kerja, dan Wati sendiri kehilangan kerja lebih masa sehingga pendapatan keluarganya jatuh ke RM500 se bulan. (Ibunya juga tidak dapat mencari kerja lain sebab beliau jatuh dan tercedera di rumah).
Mereka telah tidak dapat bayar hutang (default)t ke atas pinjaman mereka dan hutang tertunggak mereka meningkat ke RM7, 000. Bank menghantar notis tindakan undang-undang. Juga bank memfail kes di mahkamah untuk mendapatkan perintah lelong. Untuk selamatkan rumah mereka, mereka telah meminjam RM4,000 dari ceti dengan kadar bunga 10% sebulan, dan menjelaskan separuh hutang ke bank. Bayaran bunga sahaja kepada ceti adalah RM400 se bulan.

Dengan campur tangan Bank Negara, bank komersial kemudian membantu mereka mengurangkan bayaran ansuran ke RM250 se bulan. Ini dilakukan selepas wang dari Akaun II, KWSP kedua-dua Wati dan ibunya dikeluarkan dan dibayar kepada bank. Tambahan pula bank juga dapat janji bertulis bahawa apabila ibu Wati mencapai umur 55 tahun pada bulan Mac akan datang, semua tunggakannya akan dijelaskan dengan wang itu.

Tetapi selepas bantuan bank, Wati dan ibunya masih menanggong bayaran pinjaman sebanyak RM 650 se bulan – Rm 250 untuk bank dan RM 400 untuk ceti. Dan ini tidak mengambil kira bayaran yang harus dilakukan ke atas modal pinjaman ceti.

Kes 2 – Vasuge (Dari Kajang)
Keluarga ini membuat pinjaman untuk rumah dan kereta tetapi disebabkan si suami terpaksa menjalani pembedahan pada tahun 2005, mereka tidak membayar pinjaman bulanan. Mereka terpaksa hidup dengan wang si isteri iaitu gaji sebanyak RM 550 sebulan.. Bank mula memulakan operasi melelong rumah dimana mereka berjaya membuat penstukturan balik untuk rumah manakala untuk kereta, walaupun mereka membuat pinjaman RM 31,000 dan ada baki hanya RM 8,000, tetapi sudah mendapat kes dimahkamah setelah 5 bulan gagal membayar. Justeru mereka terpaksa meminta wang dari along iaitu RM 4,000 dan hari ini mereka hanya mampu membayar wang bunga sahaja iaitu RM 400 sebulan. Masalah keluarga ini timbul apabila seorang ah;li keluarga sakit dan selepas itu ia menyebabkan satu masalah demi satu masalah sehingga akhirnya masalah menjadi sudah untuk diatasi dan menjadi toksik.

Bantuan yang perlu untuk keluarga seperti Wati dan Vasuge adalah punca pinjaman dengan bunga yang rendah supaya mereka dapat menyelesaikan pinjaman ceti. Beribu-ribu pekerja biasa di Malaysia adalah terperangkap dalam keadaan seperti ini.
Punca-punca utama yang menyebabkan hutang toksik

i. Gaji rendah – harga barang tinggi dan Pergantungan kepada gaji lebih masa
Secara mudah, hutang toksik berlaku kerana masyarakat pendapatan rendah tidak mampu mem membeli rumah yang harganya naik berlipat ganda berbanding dengan gaji. Ini menyebabkan mereka terpaksa menggunakan pendapatan dan wang lebih dari seorang untuk membuat bayaran rumah.

Walaupun gaji pekerja amat rendah (tanpa Akta Gaji Minima) mereka bergantung kepada kerja lebih masa dan pendapatan ahli keluarga lain untuk membantu membeli rumah. Dan jika sebuah Syarikat yang bergantung kepada pasaran bebas, maka syarikat tersebut mungkin dari masa kesemasa, mengurangkan kerja shif atau kerja OT. Ini akan member kesan langsung kepada pekerja kerana gaji mereka hanya cukup dengan wang lebihan masa

ii. Krisis ekonomi menjadi trigger faktor pencetus
Apabila berlaku sebarang krisis dalam ekonomi negara seperti sekarang, pendapatan isi rumah jatuh dengan teruk dan keluarga yang terbabit tersangkut. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menguruskan pinjaman dan kebanyakan bank juga tidak bersimpati atau memberikan pakej penyelesaian yang bukan berpihak kepada peminjam. Dalam keadaan terdesak ini, maka ramai yang terpaksa mencari along dan ceti.

iv. Tiada pinjaman selain dari pinjaman ceti dan along
Hutang toksik wujud kerana tidak ada mekanisme yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu masyarakat yang terjejas mendapatkan bantuan pinjaman untuk menjelaskan ansuran bulanan, maka mereka terpaksa meminjam daripada pihak informal seperti along dan ceti.

Akibat kadar bunga yang tinggi, bayaran bulanan mereka melambung naik dan jumlah pinjaman meningkat. Di samping itu semua sumber kewangan – simpanan semasa dan untuk masa depan - dipakai, dan yang amat teruk akhirnya juga mereka tidak dapat selamatkan harta benda mereka. Ada pula yang membunuh diri kerana tidak dapat menangani isu ini

Kerajaan harus wujudkan skim pinjaman mudah dengan segera.
Masalah hutang melambung boleh diatasi dengan adanya satu skim pinjaman mudah yang diwujudkan oleh kerajaan bagi mengambil alih peranan ceti dan along. Ia boleh selamatkan pekerja yang mengalami pengurangan pendapatan dan membantu mereka selamatkan harta benda mereka.

Skim tersebut haruslah berfaedah rendah, kurang dari 4%, dan tanpa syarat-syarat yang dikenakan oleh bank komersial.

Peminjam (Lender) Kadar bunga Bayaran bunga sebulan
ceti/along 10% se bulan RM400
Skim pinjaman mudah 4% se tahun RM13.33
(4% x 4,000 = RM160 ÷ 12)


Memandangkan kerajaan kita telah menggunakan wang KWSP sebanyak RM 5 bilion untuk mewujudkan institusi “Valuecap” untuk membantu pemegang saham di bursa Malaysia, apa salahnya mewujudkan suatu skim pinjaman untuk memberi perlindungan pada pekerja dan peniaga kecil kita yang terbabit dalam perangkap pinjaman toksik.
Tuntutan
1. Kerajaan mesti memulakan Skim Pinjaman Mudah yang mengenakan bayaran kadar bunga yang rendah dan mampu diselesaikan oleh rakyat
2. Skim ini mesti mudah dan tanpa banyak birokrasi atau syarat
3. Kepada mereka yang terjerat dengan bayaran along dan ceti, kerajaan mesti campurtangan dan membantu mereka menyelesaikannya dengan membolehkan bayaran pinjaman diambilalih.
4. Kerajaan juga melalui Bank Negara harus memastikan penstukturan semula pinjaman oleh Bank mesti sesuatu usaha yang menyelesaikan masalah daripada merumitkan masalah yang dihadapi oleh para pemimjam.


Daripada


Dr. Nasir Hashim
Pengerusi
Parti Sosialis Malaysia (PSM)

7-2-10 Saifuddin Nasution pukau penduduk Semenyih

Saifuddin Nasution iaitu Setiausaha Agung baru PKR memukau para hadirin di Dewan Semenyih. Program anjuran PAS ini mendapat sambutan mengalakkan. Saifuddin antaranya mendedahkan bahawa Najib sekarang duduk sementera di rumah sewa menanti rumah rasmi diubahsuai. Kos sewa adalah RM 7 juta setahun. Ini bererti sewa bulan adalah lebih setengah juta sebulan.....rakyat diminta tidak boros. UMNO dikata jaguh rakyat.

7-2-01 NC berazam kempen habis habisan bantah GST







Jawatankuasa Nasional PSM yang bersidang di Cameron Highland telah mengambil langkah dan keputusan penting untuk kempen habis-habisan untuk membantah pelaksanaan GST yang akan dibentang di Parlimen pada bulan Mac. PSM juga akan berbincang dengan pelbagai pihak untuk sama-sama menentang GST yang akan memiskinkan lagi rakyat. Ceramah dan risalah juga akan diedarkan diseluruh negara.

Mesyuarat CC di Cameron Highland




Mesyauarat JK Pusat PSM berlangsung di kawasan Tanah Tinggi Cameron Highland. Beberapa isu pokok dibincang yang telah memanaskan perbincangan antaranya Kempen GST, Keadaan Kewangan PSM, Pilihanraya Negeri Perak dan Pengswastaan Hospital Kerajaan. Komrad Sivaranjani juga membentang tentang lawatan beliau ke Australia.

5 -2-10 kekeliruan masalah Pekerja Ladang Coalfield


Air untuk rumah pekerja ladang Coalfield sudah diputuskan sejak sebulan yang lalu. Majikan mendakwa pekerja tidak mahu bekerja manakala pekerja mendakwa majikan telah memberhentikan kerja mereka. Kerajaan Negeri meminta mereka berpindah ke rumah baru yang ditawarkan namun para pekerja berasa sebagai bekas pekerja ladang selama beberapa generasi, majikan mesti memberi gantirugi dan pampasan yang setimpal yang masih belum diberi. Hari ini saya mengikuti aktivis PSM dari Subang mendengar rintihan mereka. Kami juga mendapati ramai pihak yang telah masuk menasihatkan penduduk disana dan meminta satu mesyuarat bersama diadakan antara kumpulan-kumpoulan ini untuk melihat jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka

5 Feb - Kematian dalam tahanan pihak Berkuasa meningkat





Hari ini, saya telah dijemput oleh Majlis Peguam untuk membentang satu kertas mengenai Kematian dalam tahanan pihak berkuasa. Saya juga mendedahkan dalam sepuluh tahun yang lalu, jumlah kematian di Penjara adalah 2,500 iaitu jauh lebih tinggi berbanding dengan 15 tahun sebelum itu. Semua orang ada hak untuk hidup. Dibawah adalah kertas kerja yang dibentang oleh saya mengenai kempen ini selama ini.

ROUNTABLE DISCUSSION ON DEATH IN CUSTODY 5-2-2010
Advocacy and Probable Solutions


1. Death in Custody has its Highlights
1995 Lee Quat Leong High Profile Maybank Robbery
- Suffered 45 external injuries and 7 fractured ribs
- Judicial inquiry found 11 policemen criminally responsible but only 2 junior police officers were prosecuted

1995 Deaths Camps Tenaganita expose
- Tenaganita held Press Conference exposing Camp conditions including Death In Camps (Death Camps) which later got Irene Fernandez prosecuted
- Megat Junit confirmed in Parliament that 46 deaths in Detention Centre (42 in Semenyih Camp)
- Cause of death – 10 (beri-beri), 12 (gastric). MMA called as highly treatable diseases
2002 One death every 2 weeks
- The death of Thama Rajen, Ragupathy and Vivashanu Pillai
- PRIM and Uthayakumar took these issues in the open

2002 R.Sundara Raju
15-11-2002 Klang Lock-up
- Procession in Klang Town
- MIC Youth Leader

2003 Ho Kwai See 30-7-2003 Sungai Buloh Prison
- The Question of the right Second postmortem
The KL High Court rejected the family application on grounds that the requirements under the Special Relief Act 1950 was not satisfied. This had huge implication and would mean that all future request for second post-mortem can only be performed if authorized by a magistrate or a police.
2004 Francis Udayapan 14 April 2004 Klang River
- The missing body , DNA
- Inquest and Watching Brief – Puravalen
The KL High Court allowed Puravalen appeal that family lawyers have the right to question witness and inspect exhibits after the Magistrate denied this right
2005 S.Hendry 19-11-2005 Simpang Renggam
- Young detainee
- SUHAKAM inquiry
2009 Kugan 15-1-2009 Taipan USJ
- Post Hindraf & Tsunami Election
- Multiracial Procession

2009 Teoh Beng Hock 15-7-2009 MACC, Plaza Masalam
Official Numbers of Deaths in Police Custody
Year 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
Official Count in 20071 - 7 16 15 23 19 14 14
Official Count in 20052 15 7 16 15 23 19 6a -
Official Count in 20043 15 7 14 15 15 1b - -
Official Count in 20034 - - - 16 7c - - -
Official Count in 20025 - 6 10 18d - - - -
a as of Jun 2005; b as of May 2004; c as of July 2003; d as of September 2002
Source: Internal Security Ministry and Home Ministry in parliamentary replies provided on April 2007,1 July 2005,2 May 2004,3 October 2003,4 and October 20025 NA: Not available

Official Statistics on Deaths in Prison and Custody from 1990 to Sept. 2004
Cause of Death Deaths in Prison Deaths in Lockup
HIV/AIDS 523 31
Septicaemia 391 -
Pulmonary Tuberculosis 196 -
Pneumonia 111 -
Meningocuaphacitis 9 -
Heart Disease 32 3
High Blood Pressure 9 -
Hepatitis 8 -
Diabetes 6 -
Breathing Difficulties 27 -
Asthma - 8
Other Diseases 271 60
Suicide - 33
Fighting Among Detainees - 5
Bleeding of Brain - 3
Fleeing from Custody - 6
Slipped in the lockup - 1
TOTAL 1,583 150
Source: Internal Security Ministry in parliamentary reply provided February 2005

Official Statistics on Deaths in Prison and Custody from 2000 to 23 November 2009
Cause of Death Deaths in Prison
HIV/AIDS 1533 ++
Septicaemia
Pulmonary Tuberculosis
Pneumonia Hospital
Cancer
Heart Disease 1022
High Blood Pressure
Asthma
Other Diseases
Suicide 31
Fighting Among Detainees - Prisons
Electrocuted 1
TOTAL 2,587
Source: Internal Security Ministry in parliamentary reply provided 14 December 2009
2. The Achievements

- Raised the awareness – campaign strategy used by PRIM effective. Protest, Mortuary PC, Media campaign, procession etc
- The Setting up of the Royal Commission to Enhance the Police Force
- Bar Council move to do watching Brief
- Media coverage
- The call for Inquest and managed to get Inquest.

In April 2006, the then-Chief Judge of Malaya, Siti Norma Yaakob, questioned the decision by deputy public prosecutors and magistrates not to have inquests for 22 deaths whilst in police custody between 2000 and 2004 when the law made it mandatory in such cases. She said this after quoting the Royal Commission’s above findings. She also highlighted that although in 39 out of 80 cases the Sudden Death Report (SDR) was prepared and submitted to the magistrate in April 2004, inquests had not yet been initiated. (SUARAM HR Report)
- Legal victory and defeats – watching brief and second postmortem
- Guidelines on Inquest – Practice Direction No 1 of 2007 by Tan Sri Dato Siti Norma Binti Yaakob

3. The campaign so far and the Stagnations of Tactics

- When family members or relatives are strong to seek justice and answers
- Strong NGO involvement – PRIM, UK, Mike, Surinderan
- Strong and brave media events
- Inquest…..result
- Stagnation

4. The Weaknesses

- Unable to Monitor all places of detention
- No followup – Inquest dates, if people are charged
- Inquest takes a long time – people and lawyers lose interest and no stamina
- No media attention – when Inquest takes place
- No constant campaign on the call for Coroner Court System
- No followup on the right to 2nd. Post Mortem
- The HR Lawyers are normally the same team – Arrest, Public Assembly, Eviction & DIC
- No perseverance

5. The Probable things we can do or try to do


1. Streamline what we want to monitor – lock-up, prisons and Detention Centres and work with various NGOs to divide this task.

2. Proper Follow-up of cases and Statistics including Parliament Questions

i. Deaths ? Where ?
ii. How many postmortem done and findings?
iii. How many cases people charged or Inquest called ?
iv. How many Inquest called by Magistrate and how many called by AG?
v. How many Inquest got victims lawyers involved ?
vi. How many cases got lawyers from Bar Council or NGO Monitoring?
vii. Watching Brief Reports ?
viii. Verdict of Inquest ?
ix. How many people charged? Followup from Inquest
x. What about medical negligent ?

3. Relook at all the recommendations done so far by and reactivate these demands. For example in 2003, HR Groups called for compulsory inquest on all cases of deaths in police custody and demanded a second and independent post-mortem procedure on the deceased done upon the request of family members. Later there was call for a Coroner Court
i. SUHAKAM
ii. ROYAL COMMISSION
iii. BAR COUNCIL
iv. PRIM
v. SUARAM

4. Have a formal dialogue with MMA and certain Doctors for example Dr. Safoorah – Head of Forensic Department from Seremban GH who is a specialist in Custody medicine. They have also a guideline on how to examine victims of police abuse We can work with MMA perhaps on such issues as below:
- guidelines as well as some HR perspective for Doctors when treating remand prisoners or detainees.
- Postmortem and the right to 2nd Post mortem

5. Siti Norma Yaakob Directive 5 January 2007 in Page 8 under
J Inquest should be prompt
Public Interest requires that Inquiries into deaths should be held more promptly than has been the case in the past. Inquests should be done at the very earliest moment after death. Inquest should be best conducted continuously until the end with the most minimal of postponement in between
Followup on this and check if the directives have been fulfilled

6. Intensify the campaign to call for a Coroner Court System. Meeting with PM. Memorandum Inquests into cases of deaths in custody are extremely slow.

7. Train lawyers and NGO activist on key skills needed to handle such cases
- Handbook for activist and lawyers
- Procedures
- Police torture methods
- Basic understanding on forensic science , DNA etc

8. Make law reforms to make it mandatory for family members be notified on Inquest. In many cases, family members are not notified of the commencement and postponement of inquests. Thus, many other cases may have had inquests conducted without the knowledge of the family members concerned.

9. SUARAM Plan to print a obituary book on deaths in custody as an awareness campaign & Wall of Victims


Prepared for Discussion

S.Arutchelvan
SUARAM
5-2-2010

1-2 Februari 2010 2 hari bersama SUARAM




Walaupun saya tidak menjadi Ahli Sekretariat SUARAM untuk penggal yang lalu, namun saya telah meluangkan dua hari untuk mengikuti penilaian SUARAM dan membuat perancangan masa depan.

Antara isu penting yang akan ditangani oleh SUARAM adalah isu ISA yang akan dibentang di Parlimen kelak. Selain itu, isu pekerja migran, isu kerajaan tempatan juga dibincang secara intensif.

Saya juga berikrah untuk terus aktif membantu staff SUARAM dalam isu salahguna kuasa polis dan kempen polis. Turut hadir adalah veteran SUARAM dan orang lama, Sdr. Dr. Kua Kia Soong, Seng Guan dan Cynthia.

31-1-10 Dialog di Skudai





Sempena dengan lawatan saya ke Johor, satu dialog juga telah diatur dengan beberapa pemimpin tempatan. Kebanyakan mereka yang hadir bertanyakan tentang pegangan dan pandangan PSM dalam pelbagai isu. Antara isu yang hangat dibincangkan adalah isu Kampung Buah Pala, isu GST dan pengswastaan hospital swasta, Satu tayangan video mengenai perjuangan PSM dan keadaaan politik negara juga ditayangkan.

30-1-10 Berjumpa dengan Ahli cawangan Johor




Hari ini, saya bersama dengan Paremas E mengadakan sesi perbincangan dengan AJK Cawangan PSM yang baru ditubuhkan di Nusa Jaya, Johor. Ini merupakan siri perjumpaan antara SUA dengan ahli-ahli AJK Cawangan.

Mesyuarat membincangkan antaranya program tempatan di Johor dan juga aktiviti yang dicadang oleh PSM Pusat sehingga Kongres parti pada Jun 2010. Antara isu yang hangat dibincang adalah politik semasa termasuk pengaruh BN dibawah Najib dan juga hubungan PSM dengan Pakatan Rakyat.

Thaipusam - Ahli PSM giat jual Berita Sosialis





Ahli-ahli PSM dan CDC menggunakan hari Thaipusam ini dengan cara yang penuh bermakna. Mereka menjual akhbar sosialis disamping memberi risalah GST diseluruh negara di kawasan kuil. Ahli-ahli PSM Semenyih telah pergi ke Batu Caves untuk menual akhbar dan mengedar risalah bantah GST manakala ahli-ahli CDC pula membuka meja di Kajang.

29-1-2010 Mesyuarat Penuh Ahli Majlis

Hari ini mesyuarat Penuh Ahli Majlis jatuh pada hari Jumaat dan justeru itu, masa untuk debat adalah terhad.Namun isu-isu yang diutarakan oleh saya dijawab hari ini. Saya menyoal mengenai isu kemiskinan tegar dan masalah kemiskinan di kawasan tadbir MPKJ. Nampaknya MPKJ masih menggunakan dan mendefinasi kemiskinan mengikut data Kerajaan Persekutuan yang jauh berbeza dengan Kerajaan Negeri.

Saya juga menimbulkan mengenai isu tanah untuk rumah ibadat diberikan ditempat yang tidak sesuai. Saya berharap Pegawai MPKJ peka semasa mencadangkan sesuatu kawasan sebagai tapak rumah ibadat.

Saya juga membantah satu cadangan untuk Ahli Majlis bermain bowling setiap bulan kerana berpendirian bowling adalah satu sukan yang mahal dan elitis. Akhirnya cadangan tersebut diubahsuai supaya sukan yang lebih biasa seperti bolasepak dan berbasikal dijadikan sukan untuk Ahli Majlis.

25 Januari 2010 Desak Geran Tanah untuk Broga



Hari ini, saya bersama dengan Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen Hulu Langat bersama dengan Jawatankuasa Kampung Baru Broga telah pergi ke Pejabat Tanah Hulu Langat untuk memberi tekanan supaya geran tanah untuk penduduk Kampung Baru Broga diproses segera. Kami diberitahu bahawa geran tanah hampir siap tetapi sedikit masalah teknikal menyebabkan kelewatan terkini. Saya turut menimbulkan isu mengenai masalah tanah di Kampung Sireh. Pegawai Kawasan Semenyih. Encik Ismail cuba menerangkan kerumitan masalah yang timbul.Nampaknya ada kawasan yang terpaksa dibanci semula. Namun untuk Kampung Broga, nampaknya masalah mereka hampir selesai