17 tahun sudah dilalui, perjuangan masih diteruskan! Selagi rakyat ditindas langkah kami tidak akan berhenti! Ketika Malaysia dipersimpangan yang amat bahaya, rakyat ditekan lagi dengan GST, POTA, TPPA dan sebagainya tapi perjuangan kelas perlu diteruskan. Setiap langkah PSM untuk lawan penindasan adalah hanya kerana rakyat dan untuk rakyat! Teruskan sokongan anda. Salam ulangtahun PSM Ke17
ShareThis
Thursday, April 30, 2015
Tuesday, April 28, 2015
MEI SATU : HARI PEKERJA SEDUNIA
Salam #BatalGST. Tinggal 2 hari lagi.
Adakah anda sudah bersedia turun ke jalanraya ?
#1Mei1Juta #Himpunan #HariPekerja #BantahGST
Adakah anda sudah bersedia turun ke jalanraya ?
#1Mei1Juta #Himpunan #HariPekerja #BantahGST
Friday, April 24, 2015
50 OKZ telah diikat Jamin
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang wang. Kesemua 50 OKZ berjaya dijamin keluar. TerimaKasih kepada pasukan peguam dan semua petugas. Terima Kasih kepada kakitangan di Mahkamah Petaling Jaya yang sama-sama buat kerja OT untuk memastikan semua yang ditahan dapat dibebaskan. Thanks to the Lawyers and the donors and all those who helped today. It was a tiring day but this fight will continue to go on !
Wednesday, April 22, 2015
1 MEI : Hari Pekerja Sedunia : JOM BANTAH GST
Tinggal 8 hari lagi......Sudahkah anda bersedia ?
Sertai kami di Pasar Seni pada 1 Mei 2015 , 2:30pm
Rakyat tuntut Cukai GST DIBATALKAN
Jangan lupa bawa placard dan banner BATAL GST !
Tahukah Anda?
Mei 1, 2000 merupakan Sambutan Hari Pekerja yang pertama di luar lembah Klang. Ianya doadakan di Ladang Stratshila, Perak. Lebin 2,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Rakyat telah berkumpul dan berjalan sejauh 700m di jalan menuju ke ladang. Tema Sambutan pada tahun tersebut adalah: Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima.
Dua tahun selepas itu, setiap penduduk Ladang Sratshila mendapat sebidang tanah, hasil perjuangan mereka yang hebat !
Rayuan Bantuan Duit Jaminan
KENYATAAN AKHBAR PSM : 22 April 2015
POLIS GHAIRAH DAN KELUAR ARAHAN UNTUK DAKWA BAKI MEREKA
YANG PROTES GST DI KASTAM
PENAHANAN SELEKTIF BILA RAKYAT MASIH MERANA KERANA GST
Parti Sosialis Malaysia (PSM) cukup kecewa dengan tindakan terkini polis dan Peguam Negara mahu mendakwa baki 54 orang telah pergi ke Kastam pada 23hb. Mac untuk bertanyakan 106 soalan yang cukup relevan kepada pihak Kastam. Pada 25hb. Mac 2015 pula, seramai 25 orang aktivis sudahpun didakwa di Mahkamah Petaling Jaya dan kes mereka akan dibicara pada 14hb. Mei 2015.
Namun semalam , pada 21hb. April, kebanyakan mereka yang dibebaskan dengan jamin polis pada 23 Mac telah dimaklumkan melalui sms oleh Pegawai penyiasat ASP Zakaria untuk hadir ke Mahkamah Petaling Jaya pada hari khamis 23hb. April 2015 jam 9pagi untuk didakwa.
PSM berpendirian pendakwaan mereka berniat jahat berdasarkan perkara-perkara berikut:
i. Selepas insiden ini, lebihkurang 40 aduan polis telah dibuat keatas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya kerana membuat penahanan secara tidak sah, salahguna kuasa dan menggunakan kekerasan semasa membuat tangkapan dan juga menafikan mereka yang ditahan hak berjumpa peguam mereka. Namun polis dan peguam Negara secara selektif tidak menyiasat aduan kami tetapi sebaliknya bertindak mendakwa baki orang yang terlibat dalam insiden di kastam Kelana Jaya. Ini tindakan membalas dendam.
ii. Tindakan polis dan Peguam negara baru mahu mendakwa baki aktivis selepas 1 bulan juga berbau sebagai tindakan untuk menakutkan orang ramai yang mahu turun pada 1hb. Mei 2015 untuk sekali lagi membantah GST yang amat membebankan golongan rakyat biasa.
iii. Dalam keadaan rakyat Negara kita begitu tertekan dengan harga barang naik kesan daripada pengimplementasian GST dan juga pelbagai pihak telah menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga barangan. Sewajarnya polis harus digunakan untuk membenteras kumpulan-kumpulan ini yang menipu dan menyeleweng rakyat; tetapi nampaknya polis dan Peguam Negara lebih ghairah untuk mengambil keputusan untuk menghukum aktivis dan rakyat yang membuat bantahan secara aman terhadap cukai GST.
PSM juga amat sedar tindakan polis dan Peguam Negara bertindak mendakwa 54 orang lagi pada hari khamis ini, sudah semestinya merupakan tindakan untuk menghukum dan menindas golongan aktivis anti GST. Mereka yang didakwa terpaksa menanggung satu beban dari segi membayar duit jamin, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi Negara dan rakyat yang begitu mudarat.
PSM meminta rakyat untuk terus melawan rejim yang zalim ini dengan turun ramai-ramai ke Perhimpunan Hari pekerja 1hb. Mei 2015 untuk menunjukkan kita tidak gentar dengan intimidasi ini. Kita juga berterimakasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan wang jamin untuk membantu mereka yang bakal didakwa.
Kami sesungguhnya berpendirian Polis dan Peguam Negara mempunyai tugas yang jauh lebih penting daripada mendakwa aktivis yang sekadar menggunakan hak-hak yang terjamin dalam Perlembagaan Negara seperti hak berhimpun dan hak bersuara.
Batal GST ! Hentikan Pendakwaan Selektif !
S.Arutchelvan
Setiausaha Agung
Setiausaha Agung
Monday, April 20, 2015
Sunday, April 19, 2015
1MEI : Hari Pekerja JOM BANTAH GST
Mari kita bersatu bersama #JawatankuasaMei1 #BantahGST, cukai yang sedang miskinkan rakyat malaysia. #1Mei1Juta kita turun ke jalanraya #BatalGST. Sebarkan
Subscribe to:
Posts (Atom)