ShareThis

Saturday, April 20, 2013

PRESS STATEMENT 19-4-2013 : PKR TARIK BALIK SYARAT DAN BERI LALUAN BERTANDING DI DUA KAWASAN

psm with wording logoPRESS STATEMENT: 
 19 APRIL 2013
 
PKR TARIK BALIK SYARAT BERI LALUAN
UNTUK PSM TANDINGBAWA LOGO PKR
DI DUA KAWASAN 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya membuat keputusan matang dan bijak untuk tidak mentiga penjurukan PSM di dua kerusi iaitu di DUN Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput yang sebelum ini dimenangi oleh PSM

Semalam, PKR meletakkan syarat bahawa  mereka hanya akan memberi surat watikah kepada dua tokoh PSM andaikata PSM tidak bertanding di DUN Semenyih dan Jelapang. PSM menolak syarat tersebut dan meminta pihak PKR sendiri mengundur diri dari Semenyih. Selain itu, PSM juga sedia mengeluarkan surat watikah kepada empat calon untuk bertanding dibawah PSM andaikata PKR menolak pemberian surat watikah PKR.

Akhirnya PSM telah diberikan kepastian oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim tengahari ini bahawa PKR tidak akan meletakkan sebarang syarat dan membenarkan PSM bertanding di DUN Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput menggunakan logo parti PKR.  

Justeru dengan itu,  PSM akan bertanding di PRU 13 ini dalam empat kerusi mengikut status tahun lalu. 2 kerusi menggunakan logo PKR dan dua lagi iaitu DUN Jelapang di Perak dan  DUN Semenyih menggunakan logo PSM sendiri.

PSM juga mendesak PR mengundur diri di dua kerusi PSM ini supaya ada perlawanan satu lawan satu dengan BN. PSM akan membantu PR disemua kerusi lain yang ditandingi dan berharap PR mengambilalih Kerajaan Persekutuan.

Akhirnya bendera gengaman tangan PSM dan logo PSM akan buat pertama kalinya muncul dalam kertas undi

Dikeluarkan oleh


S.Arutchelvan 
Secretary General

1 comment:

Eddy_24 said...

Semoga psm menang.. saya penyokong pr tetap sokong psm sbb psm berfikiran matang untuk bersatu dan menolak UMNO BN