PRESS STATEMENT:
19 APRIL 2013
PKR TARIK BALIK SYARAT BERI LALUAN
UNTUK PSM TANDINGBAWA LOGO PKR
DI DUA KAWASAN
Semalam, PKR meletakkan syarat bahawa mereka hanya akan memberi surat watikah kepada
dua tokoh PSM andaikata PSM tidak bertanding di DUN Semenyih dan Jelapang. PSM
menolak syarat tersebut dan meminta pihak PKR sendiri mengundur diri dari
Semenyih. Selain itu, PSM juga sedia mengeluarkan surat watikah kepada empat
calon untuk bertanding dibawah PSM andaikata PKR menolak pemberian surat watikah
PKR.
Akhirnya PSM telah diberikan kepastian oleh Datuk Sri Anwar
Ibrahim tengahari ini bahawa PKR tidak akan meletakkan sebarang syarat dan
membenarkan PSM bertanding di DUN Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput
menggunakan logo parti PKR.
Justeru dengan itu,
PSM akan bertanding di PRU 13 ini dalam empat kerusi mengikut status
tahun lalu. 2 kerusi menggunakan logo PKR dan dua lagi iaitu DUN Jelapang di
Perak dan DUN Semenyih menggunakan logo
PSM sendiri.
PSM juga mendesak PR mengundur diri di dua kerusi PSM ini
supaya ada perlawanan satu lawan satu dengan BN. PSM akan membantu PR disemua
kerusi lain yang ditandingi dan berharap PR mengambilalih Kerajaan Persekutuan.
Akhirnya bendera gengaman tangan PSM dan logo PSM akan buat
pertama kalinya muncul dalam kertas undi
Secretary General
Semoga psm menang.. saya penyokong pr tetap sokong psm sbb psm berfikiran matang untuk bersatu dan menolak UMNO BN
ReplyDelete