AKUR JANJI ARUL: Tidak akan menyertai Barisan Nasional jika menang!
Bermula
dari 24 Apr sehingga 4 Mei 2013, dalam siri ceramah kelompok di
Semenyih, Saudara Arul akan melaksanakan satu lagi kewajipan penting
sebagai calon.
Arul
akan menandatangani AkuJanji di hadapan orang ramai. Menurut saudara
Arul semasa majlis menandatangani AkuJanji di Sri Tanjung semalam
“sekiranya saya gagal mengambil usaha untuk melaksanakan janji-janji
yang saya kemukakan, rakyat berhak mengambil kes mahkamah terhadap
saya”.
Saudara
Viswa, seorang peguam yang turut dijemput ke ceramah di Sri Tanjung
berkata, ‘ia, dokumen ini memang boleh digunakan di mahkamah, tapi saya
tak rasa you perlu buat begitu, sebab Arul pasti akan melaksanakan
tanggungjawabnya. Itulah Arul, sebab itulah anda mesti undi Arul dan
jadikan beliau wakil DUN Semenyih’.
Saudara
Viswa juga mempersembahkan 2 buah lagu, khas untuk pengundi-pengundi
Semenyih. Bukan sahaja suara, mesej yang disampaikan pun cukup enak
untuk telinga!
Satu
lagi perkara yang ditekankan oleh calon kita kepada pengundi-pengundi
ialah, "kita mahu Pakatan Rakyat menuju ke Putra Jaya, kita mahu BN
tumpas, Ini kalilah! Jadi undi untuk PAS di Parlimen".
12 Janji tersebut ialah:
Jika calon PSM menang di kawasan DUN/Parlimen anda, beliau akan:
- Membuka pusat khidmat rakyat untuk menerima dan bertindak segera dalam membantu pengadu.
- Melawat kawasan yang menghadapi kecemasan secepat mungkin.
- Menubuh jawatankuasa penduduk di setiap kawasan yang menghadapi masalah, bekerja dan bersama penduduk demi mengatasi masalah mereka.
- Memulakan proses mewujudkan majlis perundingan rakyat (MPR– gabungan semua jawatankuasa penduduk/sektor) di kawasan dun/parlimen. Majlis perundingan rakyat akan bersidang sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
- Mengisytiharkan harta wakil rakyat setiap tahun sekali.
- Menerbitkan buletin setiap 4 bulan untuk memaklumkan aktiviti dan isu yang diperjuangkan oleh wakil rakyat.
- Bertindak sebagai wakil rakyat sepenuh masa. Tidak akan memegang apajua jawatan dalam mana-mana badan korporat.
- Akan sentiasa transparen dan telus menjalankan tanggungjawab
- Wakil rakyat sentiasa bersama rakyat biasa memperjuangkan isu rakyat.
- Akan hidup secara sederhana dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.
- Akan berusaha dan menunjukkan laporan prestasi setahun sekali mengenai semua isu yang tertera dalam manifesto DUN Semenyih dan menunjukkan tahap pencapaian.
- Tidak akan menyertai Barisan Nasional jika menang. Akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan kepentingan diri. Tidak akan melompat parti atau bersekutu dengan mana-mana parti politik yang bekerja bertentangan dengan kepentingan rakyat.
[Manifesto DUN Semenyih: 12 Langkah Penyelesaian ]
Inilah kelebihan calon-calon PSM….calon terbaik dan yang pasti anda akan UNDI demi kesejahteraan masyarakat.
dari Meja Media PSM Semenyih
No comments:
Post a Comment