ShareThis

Sunday, February 27, 2011

25-2-11 Kami dihina masa rundingan - Penjelasan Penduduk Ladang Bukit Jalil







Pada 23hb. Februari 2011, YB Dato Raja Nong Chik, Datuk S.Subramaniam - Menteri Sumber Manusia dan Datuk Saravanan telah menjemput para Jawatankuasa penduduk Bukit Jalil untuk satu mesyuarat. JK mengingatkan ini adalah satu rundingan setelah JK Penduduk menulis beberapa surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Sumber Manusia. Tetapi malangnya dua orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri hanya bercadang membuat pengumuman berunsur ugutan - terima tawaran baru dan keluar atau rumah anda akan diroboh.

Hari ini JK Penduduk membuat satu sidang akhbar menjelaskan pandangan mereka. Sdr. S.Arutchelvan, SUA Parti Sosialis Malaysia dan selaku seorang penasihat untuk JK Penduduk Ladang Bukit Jalil mengariskan beberapa isu utama

1. Kerajaan tidak berminat untuk berunding isu masalah ladang Bukit jalil tetapi hanya mahu mereka terima tawaran dan keluar. Tiada rundingan dan hanya paksaan.

2. Datuk Raja Nong Chik mengambarkan tawaran RM 23ribu sebagai tawaran yang dashyat dan seolah-olah mendapat satu rumah percuma adalah satu penipuan besar kerana harga rumah yang paling murah adalah pada harga RM 42,000. Selain itu, S.Arutchelvan mengadakan pengalaman mereka mendapat rumah percuma dan tanah untuk Pekerja Ladang.

3. Membidas Raja Nong Chik kerana cuba mengadakan Kerajaan membantu rakyat India dan contohnya adalah "Little India". Bagaimana pembinaan Little India boleh dibandingkan dengan pengorbonan empat generasi pekerja ladang di negara ini ?

4. Apa yang diminta hanya 3 ekar dari 26 ekar yang masih belum dibangunkan untuk dibina perumahan. Mengapa tuntutan inji tidak boleh dilaksanakan

5. Hanya 10 sahaja bekas pekerja ladang yang telah berpindah ke Flat daripada jumlah 71 yang berpindah manakala 39 yang tidak berpindah adalah bekas pekerja ladang. Justeru itu hujah Menteri sendiri mengakui bahawa majoriti bekas pekerja ladang belum berpindah dan oleh itu pandangan bahawa majoriti sudah berpindah ke flat adalah tidak benar dan salah

6. Senarai tambahan yang diberikan penduduk yang sebelum ini dipersetujui akan dipertimbangkan tetapi kini tidak dipertimbangkan

7. Juga difahamkan tanah Bukit jalil sudah dijual ekpada pihak swasta. Justeru itu, siapakah kerajaan untuk menjalankan rundingan. Mengapa kerajaan berunding untuk pihak kapitalis swasta ? Adakan Kerajaan kini menjadi agen pemaju ?

Akhirkata sehingga sekarang Penduduk belum diberikan tawaran secara hitam putih dan mereka hanya akan memberi satu respon setelah mendapat tawaran secara hitam putih.

Para Jawatankuasa penduduk iaitu Thiagarajan dan Balan juga membidas sikap menteri yang cuba menghalang Sdr S.Arutchelvan dan V.Selvam hadir sebagai jurucakap dalam mesyuarat pada 23 Februari tersebut. Turut hadir dalam sidang akhbar hari ini adalah wakil JSML- Komrad Nalini E.

No comments: