ShareThis

Thursday, February 24, 2011

23-2-11 FTA - Pilihan antara kedaulatan dan penjajahan






Forum FTA membunuh anjuran Gabungan Membantah FTA mendapat sambutan baik warga kota. Empat orang pakar dan aktivis terdiri dari Dr. Jeyakumar - ahli JK Pusat PSM, Charles Santiago- Ahli Parlimen Klang, Edward dari Positive Malaysian Treatment Access and Advocacy Group (MTAAG) dan Nizam mengutarakan kebimbangan dan bantahan mereka terhadap FTA US dan Eropah.

Wakil Third World Network juga memberikan fakta dan butir bahaya FTA melanda negara-negara lain. Charles Santiago berkata FTA hanyalah mengkayakan para peniaga dan kapitalis sahaja. Dr. Jeyakumar membidas sistem kapitalis dan berkata FTA wujud kerana fahaman bahawa apa yang baik untuk peniaga dan kapitalis adalah baik untuk negara. Beliau meminta rakyat jangan kerana marahkan BN, kita membenarkan EU & US menjajah kita.

Sesi soal jawab juga baik dan semua yang hadir diingatkan bahawa bercakap sahaja tak cukup, kita perlu memprotes FTA. urun beramai-ramai membantah FTA semasa rundingan pada 28 Februari 2011 nanti . Ayuh ! Hentikan FTA - Selamatkan Rakyat dan Negara.

No comments: