ShareThis

Sunday, April 21, 2013

Calon PSM bukan calon bebas – PSM adalah Parti Pembangkang!

20-Apr 2013 (Kajang), pada hari penamaan calon, wakil-wakil PAS dan PKR serta Unit Amal tidak mahu penyokong-penyokong PSM berdiri bersama mereka. Wakil polis pula berkata PSM bukan sebahagian dari Pakatan, maka perlu berdiri di  kawasan ‘Calon Bebas’. Bila kami menegaskan PSM adalah satu parti politik berdaftar dan merupakan pembangkang- masih mereka tak faham!
Apa maksud calon bebas?
Dalam politik, calon bebas adalah seorang individu yang berkecuali (nonpartisan) atau tidak bergabung dengan  mana-mana parti politik atas sebab-sebab tertentu. Dalam prosedur SPR Malaysia, seorang calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.
PSM Parti Berdaftar
Seperti mana PAS, DAP dan parti-parti lain, Parti Sosialis Malaysia juga mendapat pendaftaran dari Kerajaan Malaysia. Cuma PSM terpaksa menanti lebih 10 tahun. Itupun selepas perjuangan dijalanraya dan dimahkamah barulah pada bulan Ogos 2008, parti didaftarkan. Saudara Arutchelvan @ Arul adalah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia yang sah sejak pendaftaran parti dilulukan. Jadi Arul bukan calon bebas, dia mewakili sebuah parti politik yang menjiwai prinsip-prinsip sosialisme.
PSM boleh guna Logo Gengaman Tangan dalam Pilihanraya
Menurut SPR, seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.  Dalam satu kenyataan akhbar yang di buat oleh barisan pimpinan PSM pada 30 Apr 2009,  diumumkan bahawa SPR telah bersetuju meluluskan symbol parti PSM mengikut kehendak peraturan 11(1)(c) Peraturan-peraturan Pilihanraya 1981.Dalam kenyataan tersebut juga Saudara Arul telah mengatakan bahawa PSM kini boleh menggunakan symbol ini dalam pilihanraya yang akan datang, kerana dalam tiga Pilihanraya umum sebelum ini, PSM telah menggunakan simbol parti pembangkang DAP -1999, PKR-2004 dan 2008.
berhati-hati
PSM adalah Parti Pembangkang
Parti Sosialis Malaysia adalah sahabat (setia) Pakatan Rakyat sejak penubuhan PR selepas Pilihanraya Umum 2008. Kemudian, atas kehendak dan aspirasi rakyat PSM telah membuat permohonan menyertai PR sejak bulan Jun 2012, malangnya masih tiada jawapan dari PR. Begitu juga dari segi rundingan kerusi yang telah pun diketahui umum, PSM telah mula membuat rundingan sejak 2011 untuk kekalkan status-quo 2008.
Kami juga ingin merujuk kepada kenyataan akhbar Saudara Arutchelvan pada 19 Apr 2013 bahawa PKR “membuat keputusan matang dan bijak untuk tidak mentiga penjurukan PSM di dua kerusi iaitu di DUN Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput yang sebelum ini dimenangi oleh PSM”.
bersaraPSM juga telah membuat kempen ‘Udahlah…Bersaralah BN’ pada tahun Jun 2012 di mana 6 orang kepimpinan utama PSM telah di tahan di bawah akta EO kerana BERSIH 2.0 selama satu bulan.
Jadi, jelas PSM adalah parti pembangkang yang bermatlamat untuk menjatuhkan BN dalam pilihanraya demi membawa perubahan untuk kesejahteraan rakyat biasa.
Ini kalilah!
Anwar  tiada halangan Arul bertanding di SemenyihDalam kenyataan akhbar tersebut juga diumumkan, “PSM telah diberikan kepastian oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim tengahari ini bahawa PKR tidak akan meletakkan sebarang syarat dan membenarkan PSM bertanding di DUN Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput menggunakan logo parti PKR.”
Ini jelas menunjukkan Majlis Tertinggi PKR telah merestu saudara Arul untuk bertanding di Semenyih menggunakan logo PSM sendiri.   PKR telahpun mengeluarkan surat watikah kepada Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM untuk DUN Kota Damansara dan Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Pusat PSM untuk kerusi Parliament Sg. Siput.
Dua calon Pakatan di satu kerusi DUN
Saudara Arul dan En. Hamidi adalah 2 calon Pakatan untuk DUN Semenyih yang akan melawan calon BN En. Johan di Semenyih (N24).
Jika Pilihanraya berjalan dengan BERSIH tanpa sebarang manipulasi, korupsi dan salahgunakuasa, pasti calon yang terbaik akan menang.
manifestoSaudara Arul dan PSM telah berkhidmat di kawasan Semenyih lebih 20 tahun, sejak 2008 telah ada Pusat Khidmat PSM di Semenyih untuk membantu rakyat. Sebagai ahli Majlis MPKj sejak 2009, beliau juga telah memulakan Majlis Perwakilan Rakyat untuk memperkasakan jawatankuasa-jawatankuasa penduduk. Saudara Arul juga ada manifesto untuk Semenyih untuk dilaksanakan jika dipilih sebagai wakil oleh penduduk Semenyih dalam pilihanraya ke 13.
Semakin dekat tarikh pilihanraya, semakin banyak khabar angin dan maklumat palsu disebarkan untuk mengelirukan orang-ramai.
Kami yakin dengan kewibawaan pengundi.  Harap calon terbaik – yang bersih, berani dan berprinsip menang.
kuasa rakyat
Salam Mengundi
dari Meja Media PSM Semenyih


No comments: