ShareThis

Wednesday, March 13, 2013

Pelajar-pelajar digantung kerana tidak hadir ke program pada 16-3-2013



12 Mac 2013, SMK Engku Husain, Semenyih

Lebih kurang pukul 11 pagi, saudara Arul (Ahli Majlis Zon 18) menerima panggilan dari seorang bapa yang mengadu bahawa anaknya digantung dari sekolah dan meminta saudara Arul hadir ke sekolah untuk berunding dengan pihak sekolah. 

Pada amnya, isu pelajar gantung sekolah bukan sesuatu yang baru, dan lebih kepada masalah disiplin. Tetapi, hari ini satu scenario yang baru berlaku. 

Latarbelakang pelajar-pelajar digantung sekolah
Pihak SMK Engku Husain menganjurakan satu program “Kem Keilmuan Kampung” pada 16 dan 17 Mac 2013. Semua pelajar diberi surat untuk meminta kebenaran ibu bapa bagi menghadiri program tersebut.
Pada masa yang sama, pihak sekolah telah mengatakan program ini adalah wajib dan semua pelajar harus bayar RM20 untuk hadir ke program tersebut. Pihak sekolah juga sudahpun memberi tanda amaran jika pelajar gagal bayar dalam tempoh yang ditentukan, maka akan di gantung dari sekolah. 

Hari  ini, pelajar-pelajar yang hadir ke sekolah, yang belum menjelaskan RM20 digantung dari sekolah serta merta dan disuruh balik rumah dengan alasan tidak hadir ke program Kem Keilmuan Kampung” pada 16 dan 17 Mac 2013.

Pelajar-pelajar digantung sekolah untuk program yang belum jalan – Keadaan yang pelik
Saudara Arul hadir ke sekolah dan mengadakan perundingan dengan pengetua sekolah, Puan.Hjh Maziyah binti Haji Hasan dan Penolong kanan hal ehwal murid (HEM), Puan.Arpah binti Ali bersama dengan ibu bapa pelajar-pelajar yang digantung sekolah. Beberapa persoalan yang diutarakan oleh saudara Arul semasa perbincangan:


  1.  Apakah undang-undang yang digunakan untuk menggantung pelajar-pelajar ini? 
  2. Apabila surat kebenaran ibu bapa diberikan, maka ini bukan satu program wajib. Oleh itu, bagaimana tindakan menggantung pelajar boleh diambil?
  3. Mengapa pelajar-pelajar dihantar balik ke rumah hari ini serta merta?

Semua persoalan ini tidak memihak kepada pihak sekolah dan tindakan pihak sekolah tidak dinafikan oleh Pengetua dan Penolong kanan HEM sekolah tersebut. Pada masa yang sama, mereka juga menjelaskan bahawa program pada 16 dan 17 Mac 2013 adalah satu program yang akan memanfaatkan pelajar-pelajar, maka bagi memastikan kehadiran pelajar, taktik ini telah digunakan. Walaubagaimanapun, pengetua sekolah meminta maaf pada akhirnya ke atas tindakan extreme ini dan menekankan niat ikhlas mereka. 
 

Dengan bantuan saudara Arul, perundingan dapat diadakan dengan baik dan penggantungan pelajar-pelajar dibatalkan.

No comments: