12 Mac 2013, Nilai, Negeri Sembilan
Hari
ini, lebih 500 pekerja asing dari kilang RECRON, di Nilai telah
berpiket di hadapan hostel mereka kerana majikan gagal mengimplimentasi
gaji minima RM900 mulai Januari 2013. Hari ini merupakan hari kelima
mereka mogok kerana Majikan kaya enggan membayar gaji minima RM 900.
Kilang
Recron merupakan satu syarikat antarabangsa yang mengeluarkan produk
tekstil, mempunyai cawangan di kebanyakan negara di dunia. Di Malaysia,
terdapat dua kilang, satu di Nilai, dan lagi satu di Melaka. Di Nilai,
jumlah pekerja adalah 6800 di mana 800 pekerja tempatan, 6000 pekerja
asing. Majoriti pekerja Recron adalah pekerja asing dari Nepal,
Bangladesh dan Vietnam.
Syarikat Antarabangsa ini main pecah dan perintah. Bayar pekerja tempatan gaji minima tetapi enggan bayar untuk pekerja asing.
Apakah keadaan yang menjurus seramai 3000 pekerja asing ini membuat tindakan drastic ini?
- Majikan gagal melaksanakan Gaji Minima
- Kerja 30 hari SELAMA 12 JAM SETIAP HARI
- Gaji yang rendah untuk bertahun-tahun
- Slip gaji yang mempunyai informasi yang KELIRU
- Tempat tinggal (hostel) dalam keadaan teruk
Keadaan
inilah yang membawa mereka ke jalanraya hari ini. Syarikatnya terkenal
di antarabangsa. Bosnya antara terkaya di dunia (by Dhirubhai H.
Ambani), tetapi dari segi menjaga pekerja dan hak pekerja, menjadi
antara yang terburuk.
Walaupun
pekerja asing ini mempuyai risiko yang tinggi berbanding dengan pekerja
tempatan, walaupun ada halangan bahasa, walaupun tiada sokongan
mana-mana organisasi, mereka dengan berani sudah ambil keputusan untuk
memperjuangkan hak mereka.
“Biar
hantar kami pulang, tapi fight itu mesti”, itulah semangat yang nampak
hari ini di kalangan pekerja-pekerja. Kami dari PSM turut hadir untuk
memberi sokongan solidarity kepada pekerja-pekerja asing ini.
Mengikut
wakil pejabat buruh yang hadir ke kilang, mengatakan bahawa wakil dari
kedutaan Bangladesh dan Vietnam ada hadir dan sedang beri penjelasan
kepada pekerja mereka, akan tetapi wakil pejabat buruh nampak tidak
tegas pendirian untuk selesaikan isu gaji dengan majikan Recron.
Pihak
Polis hadir memantau keadaan ini. Aktivis dari PSM turut membantu dalam
membantu pekerja ini. Pekerja ini berasa kecewa dengan kedutaan yang
hadir kerana gagal menyelesaikan isu mereka.
Nampak
jelas di sini kerajaan gagal untuk menggunakan kuasa politik dalam
menyelesaikan masalah pekerja yang terbabit walaupun undang-undang sedia
ada. Itulah, dalam sistem kapitalis ini, kuasa sebenar adalah di
tangan majikan. Kuasa pekerja perlu digasak untuk menentang kuasa
majikan supaya kita boleh menikmati satu sistem yang saksama dan adil.
Walaubagaimanapun,
pekerja-pekerja yang berpiket hari ini bersetuju untuk mengadakan
perbincangan selepas piket untuk menyusun strategi bagi melawan majikan
sehingga mendapat satu penyelesaian.
Pekerja
Recron sudah bangkit; Tetapi banyak lagi majikan yang masih belum
laksana gaji minimum. Dulu berjuang untuk dapat undang-undang gaji
minima, sekarang perjuangan perlu diteruskan untuk pelaksanaan.
Jika syarikat anda gagal laksanan gaji minima, hubungi kami. Kami sedia membantu anda!
No comments:
Post a Comment