ShareThis

Sunday, March 17, 2013

MPR di Bandar Rinching Sek 3

Hari ini, Majlis Perundingan Rakyat (MPR) telah diadakan di Bandar Rinching Sek 3 di rumah En. Rajan. En. Rajan adalah wakil penduduk Bdr Rinching Sek 3 yang hadir ke mesyuarat MPP. Beliau telah menerangkan mengenai kerja-kerja yang dilakukan oleh Sdr. Arul serta perkembangan terhadap aduan-aduan yang dikemukan kepada para penduduk yang hadir. Menurut beliau, banyak aduan telah diselesaikan seperti lampu, papan tanda, dan sebagainya.

Turut hadir ke mesyuarat ini adalah pemaju SP Setia. Para penduduk telah mengadu ketiadakpuasan mereka mengenai kerja-kerja SP Setia. Antara aduan adalah, para pekerja SP Setia sering menceroboh kawasan perumahan para penduduk, kerja dilakukan pada hari Ahad yang sepatutnya hari bercuti, kerosakan jalan akibat laluan lori serta tekanan air semakin kurang akibat penggunaan air dari tangki ari di Bdr. Rinching Sek 3. Wakil SP Setia memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap isu-isu yang dikemukan kepadanya.

Isu yang penting dikemukan adalah pembinaan jalan alternatif ini dan para penduduk amat bimbang akan keselamatan mereka. Sdr. Arul memaklumkan akan melihat isu ini dan akan memajukan perkara ini kepada pihak MPKj.

Selain itu, para penduduk juga telah memberikan aduan-aduan baru kepada Sdr. Arul seperti pembinaan kawasan jogging, penambahan lampu, papan tanda utama yang telah hilang dan pemotongan rumput di kawasa lapang.






No comments: