24 Mac 2013, Semenyih
Team PSM telah turun ke kawasan perumahan Kajang Prima bersama saudara Arul, calon DUN Semenyih PRU13 (N24) untuk edaran risalah PRU13.
Satu seruan yang kuat kepada pengundi Semenyih iaitu "Ini Kali Lah, Perubahan Pasti di DUN Semenyih". Sambutan dari pengundi untuk perubahan menggalakkan, dan kami menekankan bahawa PRU13 ini sangat penting dan akan menentukan masa depan Malaysia. Maka, setiau undi adalah bernilai, dan pastikan undi untuk ABU (Asalkan Bukan UMNO).
Calon PSM, saudara Arul yang terus berkhidmat secara konsisten, dan sentiasa turun padang turut turun bersama team edaran risalah hari ini.
No comments:
Post a Comment