Sempena hari wanita sedunia pada
8 Mac, PSM dan Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas) menganjurkan diskusi dengan wanita-wanita
yang berpengalaman dalam perjuangan rakyat bersama wanita-wanita di peringkat
akar umbi di Semenyih untuk mendapat tahu aspirasi wanita bagi PRU13.
Saudari Rohana dari Parti Rakyat
Malaysia (PRM), Kak Norlaila dari Gabungan Mansuhkan ISA dan Saudari Irene
Xavier dari Sahabat wanita Selangor dijemput sebagai panellist istimewa bagi memberi
latarbelakang perjuangan wanita di dunia dan apakah rintangan-rintangan yang
dihadapi oleh wanita serta kejayaan yang dicapai oleh wanita pada zaman
sekarang.
Apakah sejarah hari wanita? Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun
yang lalu, satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang
menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok
kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi
keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang
panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima
puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa
telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 ,
Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.
Dalam diskusi ini, beberapa isu
seperti wanita masih menerima gaji yang rendah, diskriminasi di tempat kerja,
gangguan seksual juga turut diutarakan oleh Saudari Irene Xavier dari Sahabat
Wanita. Manakala, peranan wanita dalam politik hari ini serta peratus perwakilan
wanita di politik masih rendah turut dibincang oleh Saudari Rohana. Sebagai seorang
wanita, apakah cabaran yang telah dihadapi semasa suaminya ditahan di bawah ISA
dihurai oleh Saudari Norlaila.
Maka, input-input dari panelis
terang menunjukkan perjuangan wanita ke atas ketidaksaksamaan masih relevan
hari ini dan hari wanita ini menjadi satu platform untuk mengingatkan sejarah
dan menguatkan semangat perjuangan ke atas segala kezaliaman yang berlaku.
Selepas ini, sesi di buka kepada
para wanita akar umbi untuk mengutarakan aspirasi mereka bagi PRU13. Wanita
perlu diberi lebih insentif untuk memulakan perniagaan, perlu ada unang-undang
ketat bagi kegaganasan terhadap wanita, dan juga kemudahan awam di tempat
tinggal seperti perkhidmatan bus awam dari tempat tinggal untuk wanita berulang
alik ke sesuatu tempat dan ini adalah penting untuk wanita berdikari dan banyak
lagi isu dibincang.
Lelaki juga turut meluahkan isu
hak wanita dalam diskusi ini. Apabila seorang rakan yang mengatakan
wanita-wanita banyak berjuang untuk kemerdekaan di negara ini seperti Samsiah
Fakeh, Suriani dan lain-lain tidak dipopularkan, sifat-sifat begitulah yang
kita perlu tanamkan dalam diri wanita.
Segala aspirasi wanita dicatitkan
oleh Saudara Arul untuk mengambil inisiatif bagi melaksanakan aspirasi wanita
di DUN Semenyih. Dalam akhir kata Saudara Arul juga menekankan pendirian PSM
iaitu PSM akan terus mendidik rakyat bagi pendidikan gender.
Sesi diskusi berjalan dengan
semangat yang tinggi tertamanya di kalangan wanita yang hadir dan moga-moga semangat
ini akan terus membara untuk membina dunia yang saksama.
No comments:
Post a Comment