Mesyuarat MPP Zon 18 yang kedua bagi tahun ini telah diadakan seperti biasa di Pejabat Ahli Majlis MPP Zon 18, pada 15hb.Februari 2013 pada pukul 9 malam. Sdr. Arutchelan, selaku Pengerusi MPP Zon 18 telah mengalu-alukan kedatangan wakil-wakil MPP.
Beliau turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Puan Khaironi bt.Idris dari Jabatan Penguatkuasa MPKj yang diundang khas untuk memberi taklimat tentang fungsi dan peranan jabatan Penguatkuasaan MPKj kepada wakil-wakil MPP.
Mesyuarat juga membincang beberapa isu dan masalah semasa seperti prestasi kontraktor-kontraktor yang tidak memuaskan dan aduan-aduan baru yang diungkitkan oleh para penduduk di kawasan MPP Zon 18. Sdr. Arul turut memberi maklumbalas berhubung aduan-aduan yang diutarakan semasa mesyuarat yang lepas serta mengambil aduan-aduan baru dari ahli-ahli MPP Zon 18.
No comments:
Post a Comment