18 Feb 2013, Semenyih
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Semenyih yang dibina 50 tahun
dahulu. Kali terakhir sekolah tersebut diubahsuai 13 tahun yang lalu.
Hari ini siling sekolah tersebut runtuh sebab kayu/papan dah reput dan
kena makan anai-anai.
Para
pemimpin kita Saudara Arutchelvan selaku ahli Majlis MPKj dan
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, YB Dr.Xavier (EXCO Negeri
Selangor) dan YB Che Rosli (Ahli Parlimen Hulu Langat ) telah turun melawat tempat kejadian. Mereka diiringi oleh En. Ponnusamy, ketua PIBG Ladang Sekolah Tamil Semenyih.
Bantuan segera yang diulurkan oleh kerajaan negeri adalah RM 60,000.00 - dana untuk membaiki bangunan sekolah tersebut.
Sebuah
lagi sekolah yang menimpa masalah yang sama ialah Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Ladang Dominion, di Jalan Kacau. Ia dibina 75 tahun
dahulu!
Masalah yang sama di hadapi iaitu ancaman anai-anai. Pemimpin-peimimpin
juga telah melawat sekolah ini pada hari yang sama. Kerajaan Negeri di
bawah Pakatan menjanjikan bantuan dana sebanyak RM 30,000.00 untuk
membaikpulih sekolah tersebut.
Laporan oleh
Rajan
PSM Semenyih News Desk
PSM Semenyih News Desk
No comments:
Post a Comment