Diskusi Kiri: Gaji Minima RM900 untuk Siapa?
24 Jan 2013, Pustaka Kiri
Sivaranjani JERIT menghujah satu poin utama |
Tetamu jemputan:Penyelaras Jaringan Pekerja Malaysia - Saudari Sivaranjani dan ahli jawatankuasa pusat PSM serta pegawai IR MTUC – Saudara Selvam untuk menjawab soalan-soalan :
- Berapa ramai majikan yang enggan mahu laksanakan Gaji Minima? Betulke mereka itu tak mampu @ sekadar tamak?
- Gaji minima sama dengan gaji pokok ke?
- Berapa ramai majikan yang telah memohon untuk tunda pelaksanaan?
- Jika saya diberi gaji minima RM900, bolehkah majikan menarik faedah yang diberi sebelumnya seperti tempat tinggal, elaun…?
- Sebagai pekerja kontrak, layak ke saya menerima gaji minima?
- Saya tidak akan menerima bonus lagi, jika gaji minima dilaksanakan?
- Macamana kalau ada CA di antara majikan dan kesatuan, dimana gaji pokok lebih rendah dari RM900?
Macam-macam kekeliruan, macam-macam persoalan – inilah perbincangan yang diadakan bersama 25 orang pekerja migrant, tempatan, ahli kesatuan dan aktivis dari PSM Kajang. Saudara Arutchelvan selaku Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia turut bersama kami. Satu soalan penting yang dibawa dalam perbincangan ialah apakah sentimen pekerja-pekerja tempatan dengan akta gaji minima yang menjanjikan gaji minima yang sama kepada pekerja tempatan dan pekerja migrant. Aktivis kata mesti sama kepada semua; pihak pekerja pula kata RM900 tak cukup – biar pekerja asing dapat RM900, pekerja tempatan mesti diberi lebih e.g. RM1,500!
Kesimpulan yang dibuat hasil dari perbincangan: sebagai pekerja kita adalah satu kaum dan perlu bersatu untuk memperjuangkan hak kita – musuh kita adalah kapitalis bukan pekerja migran atau Cina, Melayu dan sebagainya. Seperti mana Karl Marx (1824)berkata Workers of the world must unit, we have nothing to loose but the chains.
7 Feb 2013: JERIT dan PSM akan berjumpa dengan Menteri menuntut penjelasan.
No comments:
Post a Comment