ShareThis

Sunday, October 7, 2012

Bengkel Manifesto Pekerja

Apakah Tuntutan Pekerja untuk PRU ke 13??

Jaringan Pekerja Malaysia telah menganjurkan satu bengkel untuk merangka Manifesto Pekerja untuk PRU ke 13. Seramai lebih kurang 30 wakil dari kesatuan-kesatuan sekerja dari Terenganu, Seremban, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur telah mangambil bahagian . Bengkel ini diadakan selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Oktober di Pusat Latihan NUBE di Port Dickson.
 Sdr. Arul turut dijemput ke bengkel ini. Sdr. Arul telah menerangkan mengenai kepentingan manifesto pekerja serta perjuangan-perjuangan yang telah dijalankan oleh pihak kesatuan sejak tahun 1945. Slot beliau juga telah menjelaskan bagaiman pihak kerajaan mengubal akta-akta kesatuan untuk menyekat perkembangan kesatuan sekerja di Malaysia.

Sebahagian peserta bengkel


 Para pekerja yang hadir ke bengkel ini merasakan adalah penting untuk para pekerja mengemukakan manifesto pekerja ketika PRU ke 13. Lebih-lebih lagi pihak kesatuan serta para pekerja semakin kehilangan hak mereka akibat pindaan-pindaan yang berat sebelah dan menghakiskan hak mereka. 



Para pekerja giat mengadakan perbincangan

Antara isu-isu yang disertakan adalah berhubung sistem perundangan, gaji, keselamatan sosial dan isu-isu umum seperti penswataa, kenaikan harga barang dan sebagainya. Para pekerja juga telah merancang beberapa aktiviti untuk mempopularkan manifesto pekerja ini.



Tema manifesto pekerja
PEKERJA KUASA PERUBAHAN!

No comments: