Wednesday, 30 May 2012
Hari ini, 41 keluarga dari Ladang Bukit Jalil telah hadir ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Tujuan mereka adalah untuk berjumpa dengan PM Najib Tun Razak dan mengutarakan isu perumahan mereka yang masih tidak selesai.
Para penduduk juga bertekad untuk tidak berganjak dari sini sehingga mendapat maklum balas dari pejabat PM. Malangnya, hari ini para penduduk sangat kecewa kerana mereka tidak mendapat sebarang maklum balas dari pejabat PM. Para penduduk menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat banner, mengedar risalah sementara menunggu dan di sebelah malam, vigil diadakan dan ceramah solidariti diadakan untuk memberi semangat kepada para penduduk. Penduduk bermalam di pejabat PM.
Thursday, May 31, 2012
Wednesday, May 23, 2012
Mesyuarat Bersama Penduduk Ldg Bangi
Tuesday, 22 May 2012
Satu mesyuarat telah diadakan bersama penduduk ladang Bangi. Mesyuarat ini diadakan berikutan surat lawyer yang diterima penduduk. Apa yang meragukan penduduk adalah, pihak lawyer tidak mengatakan mereka menghantar bagi pihak siapa.
Menurut surat ini, satu mesyuarat akan diadakan pada 24 Mei untuk membincangkan isu perumahan para penduduk dan jika tiada kata sepakat dipersetujui maka legal action akan diambil.
Satu mesyuarat telah diadakan bersama penduduk ladang Bangi. Mesyuarat ini diadakan berikutan surat lawyer yang diterima penduduk. Apa yang meragukan penduduk adalah, pihak lawyer tidak mengatakan mereka menghantar bagi pihak siapa.
Menurut surat ini, satu mesyuarat akan diadakan pada 24 Mei untuk membincangkan isu perumahan para penduduk dan jika tiada kata sepakat dipersetujui maka legal action akan diambil.
Tuesday, May 22, 2012
AGM PSM Semenyih ke-5
Sunday, 20 May 2012
Hari ini, mesyuarat tahunan kelima PSM Semenyih telah berjaya diadakan. Seramai 43 orang termasuk pemerhati luar telah hadir bersama dan menjayakan AGM kali ini. Tahun ini tidak mempunyai pilihanraya, maka, ajk yang dipilih tahun lepas kekal jawatan mereka. Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian lagu International.
Ahli-ahli menyanyikan lagu International dengan penuh semangat |
Sdr. Ramalingam adalah pejuang ldg Sg. Rinching |
Ini diikuti dengan ucapan Sdr. Ramalingam, Pengerusi PSM Semenyih. Walaupun tidak berapa sihat, Sdr. Ramalingam tetap hadir ke AGM dan telah memberikan ucapan yang bersemangat. Beliau mengatakan bahawa perjuangan harus diteruskan hingga perubahan tulen dicapai.
Acara diteruskan dengan ucapan Sdr. Arul, Setiausaha Agung PSM dan seterusnya sesi pembentangan laporan setiausaha oleh Sdr Rajan dan laporan bendahari oleh Sdr. Ganesan.
AGM menjadi lebih hangat apabila isu pilihanraya dibincangkan. Ahli-ahli serta pemerhati yang hadir ke AGM telah meluangkan serta berkongsi pandangan mereka mengenai pilihanraya.
Wednesday, May 16, 2012
6 soalan di Kawasan Semenyih untuk Mesyuarat Infra
S.Arutchelvan
Zon 18
No 12,
Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791
16 Mei 2012 DENGAN TANGAN
Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN
DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ - MEI 2012
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan
isu yang telah dibawa
kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini
i) Bandar
Rinching
Bandar Rinching Sek.1 (En.Kamal 012-2423822)
·
Jalan masih yang berlubang sepanjang jalan masuk
dari jalan masuk ke Sek.3 dan sepanjang jalan ke sek.1.
·
Minta lampu limpah utk taman permainan takraw di
sek.1
Bdr.Rinching Sek (En.Halim-
019-2115669)
- Perlu ada lampu di taman permainan.
- Memohon bekalan lektrik(TNB) dan air (syabas) untuk pondok komuniti & belia di taman bdr.rinching sek.2.
Bdr.Rinching Sek.3 (En.Rajarathnam-019 2097575)
·
Dua lampu limpah baru dipasang tetapi tidak
berfungsi
Bdr.Rinching Sek.5
(En.Ramachandran- 013-3300684)
·
Jalan utama ke seksyen 5 teruk dan perlu diturap
·
Jalan di Seksyen 5 hanya sebahagian kecil sahaja
diturap dan ini menimbulkan persoalan dikalangan penduduk samada kawasan lain
macamana?
·
Ada satu lubang besar di jalan 5/11 setelah
bonggol
ii) Taman Bukit Semenyih
·
Bekalan
air sering tiada pada hujung minggu dan ini terlalu kerap
·
Banyak
aduan sudahpun dibuat dan tiada penyelesaian setakat ini
iii) Taman Sri Tanjung (En.Karim
-016-2432710)
·
Jalan utama masuk ke Taman Sri Tanjung rosak
minta diturap
·
Bonggol – bonggol di taman perlu dicat
·
Mohon bonggol di jalan 19.
·
Mohon dibina pentas kekal di perkarangan gerai
MPKj bagi aktiviti penduduk.
iv) Kampung Sentosa (En.Hj.Khairuddin – 019-3939204)
·
Tempat buang sampah di jalan 6 perlu diratakan
dengan simen.
·
Mohon turap tar keliling padang takraw di jalan
7
v) Taman Pelangi Semenyih (En.Norazlani
012-3104130)
·
Mohon dibaik pulih 4 tiang lampu tidak berfungsi
ditaman permainan Jln 4/5.
·
2 tiang lampu tidak berfungsi di jalan persiaran
pelangi berhampiran fasa 6 dan 7.
·
En.Noazalani mengadu tentang tempoh lampu
isyarat keluar dari Tmn.Pelangi terlalu cepat berubah dan hanya 4 buah kereta
yang dapat melepasi lampu tersebut.minta di ubah tempoh isyarat supaya lebih
kereta dapat melepasi untuk mengurangkan kesesakan dalam taman tersebut.
vi) Taman Tasik Semenyih (En.Ahmad – 013 6790496)
·
Perlu
lampu limpah untuk mengelakkan gejala tidak sihat di kawasan semi-D,jalan 4 dan
galakkan aktiviti sihat pada waktu malam.
·
Terdapat
banyak rumah yang semakin hari mengubahsuai rumah untuk dijadikan asrama dan
jika tidak ditangani akan menyebabkan banyak masalah sosial dan keselamatan
Sekian Terima Kasih
S.Arutchelvan
Ahli Majlis
Tuesday, May 15, 2012
Soalan dari Sdr Arul dalam Mesyuarat JK Pengindahan Bandar
S.Arutchelvan
Zon 18
No 12,
Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791
15 Mei 2012 DENGAN
TANGAN
Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis
Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka
Putih,
Off Jalan
Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah
Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)
ADUAN UNTUK
DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN
BANDAR BAGI MEI 2012
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini
pernah diutarakan sebelum ini
1. Taman Pelangi Semenyih (En.Nor Azlani – 012 310 4130)
·
Sampah
pukal MASIH tidak dikutip oleh kontraktor walaupun sudah diadu banyak kali.
Laporan Pegawai MPKj dengan Persatuan
Penduduk sering bercanggah.
·
En.Norazlani mengadu bahawa kualiti kerja
kontraktor baru di taman Pelangi Semenyih tidak mengalakan berbanding tahap
kerja yang dibuat oleh kontraktor lama.Perlu Majlis menyiasat aduan ini.
·
Mohon dibersihkan semak samun di Jln 4/12 dan di
Jln 4/1.
2. Taman
Tasik Semenyih (En.A.Rahim – 017 2497538)
·
Jalan
6/9 Taman Tasik Semenyih pokok –pokok yang tinggi melebihi kabel letrik,akar
pokok tersebut telah memecahkan struktur longkang menyebabkan longkang pecah
dan tersumbat.
·
Rumah
– rumah kosong terbiar dengan semak samun didepan dan belakang rumah.
3. Bandar Rinching
i. Bdr.Rinching Sek 1 (En.Kamal
012-2423822)
·
En.Kamal meminta anjing-anjing liar ditangkap
yang mengganggu anak-anak yang pergi ke sekolah Bdr.Rchg sek.1
·
Mohon potong pokok besar dan landskap yang
teratur di kawasan simpang masuk sek.1,2 dan 4
·
Kabin usang di persimpangan masuk 1,2 dan 4 di
beri notis oleh MPKj untuk dibaiki atau dibuang kerana tida digunakan
ii. Bdr.Rinching Sek 2 (En.Halim –
019-2115669)
·
Longkang Longkang di Rumah Kos Rendah dan Sederhana Sek.2 tidak dikorek dan
dibersihkan.
·
Sampah
pukal tidak dikutip mengikut jadual dan tarikh
iii. Bdr.Rinching Sek.3 (En.Rajarathnam-019 2097575)
·
Meminta iklan besar KPJ di hadapan jalan masuk
di Bandar Rinching ditanggalkan kerana tiada lessen dan mencemar permandangan
4. Taman Sri Tanjung (En.Karim -016-2432710)
·
Mohon Tanam pokok bunga di sepanjang jalan
utama masuk ke taman.
·
Minta kontarktor kutip sampah untuk menutup
balik pintu tempat letak sampah di kawasan rumah dua tingkat.
5. Pekan Semenyih
·
En.Norazlani juga meminta agar majlis
perbandaran untuk memantau kawasan medan selera dekat Petronas dimana keadaan
disitu tidak bersih dan sampah-sampah tidak dikutip dan dibersihkan.
Sekian Terima
kasih
S.Arutchelvan
Ahli Majlis
Saturday, May 12, 2012
TiTisan Peluh tahun ke 26
Lebihkurang seribu orang menghadiri program Titisan Peluh yang diadakan di kawasan Parlimen Sungai Siput.program disajikan dengan lagu-lagu perjuangan pekerja dan ucapan. Sebuah drama mengenai Pilihanraya yang amat bermakna juga telah dipersembahkan oleh anakmuda PSM Sungai Siput. Program beraklhir 1230 tengahmalam.
Harijadi Setiausaha PSM Semenyih
Saturday, May 12, 2012
Sambutan Harijadi Setiausaha PSM Semenyih
Kek khas berwarna biru |
Hari ini, Harijadi Setiausaha PSM Semenyih, Sdr Rajan telah disambut secara ringkas dan dengan penuh senyuman. Tahun ini, beliau menyambut harijadi yang ke-45.
Sdr. Rajan sebenarnya adalah seorang yang pemalu, asyik senyum sepanjang sambutan harijadinya. Sebenarnya, Sdr. Josephine isteri sdr Rajan yang telah membuat segala perancangan untuk menyambut harijadi ini.
Rakan-rakan serta komrad-komrad dari PSM Kajang turut bersama untuk memeriahkan sambutan harijadi ini.
Friday, May 11, 2012
Mesyuarat MPP zon 18 bincang BERSIH
Thursday, May 10, 2012
Gerai burger luar rumah Ambiga
Bercakap pada akhbar - Ambiga tidak gentar |
Ambiga sedang bercakap dengan pihak akhbar |
Hari ini sekumpulan peniaga mendakwa dari Persatuan Peniaga kecil memakai Baju Ikhlas cuba buat publisiti murah hadapan rumah Ambiga - Penyelaras BERSIH. Yang anihnya, tiada anggota polis yang hadir di kawasan perumahan tersebut walaupun jelas tindakan peniaga kecil ini untuk menimbulkan kecoh. Namun Peguam Ambiga cukup cool dan beani. Beliau datang untuk membuat kenyataan akhbar dan berkata jika peniga ada tuntutan, maka beliau meminta mereka membuat tuntutan di mahkamah daripada saja ganggu keluarga beliau. Yang anihnya, peniaga yang mendakwa kehilangan mata pencarian ini didapati memberi burger percuma kepada mereka disana. Ramai penyokong Ambiga dan wartawan yang benggang dengan tingkahlaku peniaga-peniaga ini.
stall Burger luar rumah Ambiga |
Dua Orang yang niata datang untuk publisiti murah |
Wednesday, May 9, 2012
Hentikan salahguna kuasa terhadap Khalid Ismath
Hari ini saya menyertai satu sidang akhbar yang dipanggil oleh Mahasiswa untuk membidas sikap polis yang menahan dan mendera secara mental pemimpin mahasiswa Khalid Ismath. Khalid telah ditahan pada 5hb.
Yesterday morning, Khalid Ismath went to the Kuala Lumpur police
headquarters as the police wanted his cooperation. He voluntarily went
to IPK KL only to find himself being arrested on the spot. He was then
remanded overnight at the Dang Wangi Police Station. This morning, 6th
May 2012, the police attempted to get a four day remand but it was
turned down by the magistrate at the Jinjang Police Lock-up Center.
Latheefa Koya who represented Khalid Ismath said that the court felt
there was no necessity to remand him further and ordered his release.
In spite of Khalid being released by the magistrate, the police continued to delay his release. There were also indication that the police frustrated with the Magistrate decision, wanted to make a rearrest. This attempt by the police to make a rearrest is a serious human rights violation and is in contempt of the court decision this morning.
PSM calls upon the police to act professionally. If the police want Khalid Ismath to assist in further investigation, they can easily summon him using a 111 notice under the Criminal Procedure Code. In spite of assurance by the IGP that the police will act professionally, this is not seen on the ground.
PSM calls upon the police to stop all harassment on civil society groups and students who have been championing for a free and fair election as well as free public education.
Released by
S.Arutchelvan
Secretary General
Khalid bersama mahasiswa lain dalam sidang akhbar |
Itu bukan saya - Khalid Ismath menafikan |
Khalid dan Sapuan |
RESPECT COURT DECISION TO RELEASE KHALID ISMATH ! 6 may 2012
In spite of Khalid being released by the magistrate, the police continued to delay his release. There were also indication that the police frustrated with the Magistrate decision, wanted to make a rearrest. This attempt by the police to make a rearrest is a serious human rights violation and is in contempt of the court decision this morning.
PSM calls upon the police to act professionally. If the police want Khalid Ismath to assist in further investigation, they can easily summon him using a 111 notice under the Criminal Procedure Code. In spite of assurance by the IGP that the police will act professionally, this is not seen on the ground.
PSM calls upon the police to stop all harassment on civil society groups and students who have been championing for a free and fair election as well as free public education.
Released by
S.Arutchelvan
Secretary General
Saturday, May 5, 2012
5 May - Hari jadi Karl Marx
Karl Marx telah dianugerahkan ahli Falsasah paling berpengaruh abad ke 20. Hari ini ekononis Kapitalis merujuk kepada beliau untuk memahami mengapa kemelesetan ekonomi berlaku.Satu jamuan ringkas untuk bincang dan sembang.
Tuesday, May 1, 2012
Menyambut Hari pekerja di Segambut
Hari ini saya mengucapkan tahniah kepada DAP Segambut kerana merayakan Hari pekerja. Pekerja adalah nadi pembangunan negara tetapi mereka tidak mendapat penghargaan dan sering ditindas. Program ini turut dihadir oleh Prof P.Ramasamy, Manikavasagam dan adalah jemputan dari Ahli Parlimen DAP Segambut Sdr Lim Lip Eng. Hujan lebat di luar tetapi ramai juga yang dapat hadir.