ShareThis

Sunday, April 24, 2011

23 April 2011 - Aduan Polis Solidariti di Balai Polis Kajang



Hari ini PSM Semenyih bersama cawangan PSM Kajang, JERIT dan Pusat pembangunan masyarakat CDC membuat aduan polis di balai Polis Kajang untuk menuntut hak asasi bekas Pekerja ladang Bukit Jalil tidak akan tercabul dan mereka akan mendapat perlindungan hak asasi.

Dibawah adalah satu laporan dari JERIT.

Aduan Polis Serentak Seluruh Negara: Jangan Cabul Hak Asasi Penduduk Ladang Bukit Jalil!

Hari ini (23 April 2011), sebanyak 9 buah aduan polis telah dibuat oleh wakil-wakil NGO dan Parti politik pembangkang di Penang, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pahang, Kuala Lumpur , Negeri Sembilan dan Johor. Aduan polis serentak ini dibuat terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Menteri Wilayah Persekutuan da kerana enggan menyelesaikan masalah perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil yang menetap di Jalan Puchong untuk 4 generasi.

Aduan polis ini juga dibuat untuk meminta pihak polis campurtangan dan memastikan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil tidak diusir secara paksa dan hak mereka sebagai manusia dihormati dan dijamin sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Negara.

Penang:


Aduan polis dibuat oleh SUARAM bersama dengan aktivis pelajar dari USM di IPD Timur Laut di Jalan Pattani.

Kelantan:

Aduan telah dibuat pada jam 2.00pm,di Balai Polis Pengkalan Chepa. Di hadiri oleh wakil daripada PSM,NGO PEKA (pengundi Kelantan) dan anak muda yang menyokong perjuangan penduduk Ladang Bukit Jalil.

Selangor (Kajang):

Aktivis daripada Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan PSM dari cawangan Semenyih dan Kajang telah membuat aduan polis di IPD Kajang. Turut hadir adalah Setiausaha Agung PSM, Sdr. Arutchelvan.

Kuala Lumpur :

Seramai 10 orang telah membuat aduan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur . Kumpulan yang hadir termasuk dari SUARAM, PSM, KOMAS, DEMA, LLG dan wakil penduduk ladang Bukit Jalil. Pada awalnya, pihak polis dihadapan pintu masuk memberikan masalah dengan meminta media dan kumpulan yang hadir untuk beredar dari tempat tersebut. Namun, kumpulan yang hadir tidak beredar malah meminta pihak atasan untuk memberikan alasan yang munasabah untuk menyuruh kami beredar .

Selepas itu, apabila aktivis cuba memasuki kawasan dalam untuk membuat aduan polis, kami telah diberhentikan oleh seorang sarjan yang bernama Nasir yang menghalang delegasi dan memberitahu hanya 3 orang yang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis. Selepas membuat bantahan akhirnya kesemua aktivis dibenarkan masuk dan diberikan layanan khas apabila dibawa ke bilik khas untuk membuat laporan polis.

Pahang:


Aktivis daripada PSM dan DAP dari cawangan Cameron Highlands telah membuat aduan polis di IPD Berinchang, Cameron Highlands.

Kedah

Aktivis-aktivis dari Human Rights Party (HRP) telah membuat laporan polis di IPD Kuala Muda, Sungai Petani sebagai tanda sokongan kepada perjuangan penduduk ladang Bukit Jalil.

Perak:

Aktivis daripada semua cawangan PSM di Perak telah membuat laporan polis di IPD Ipoh. Aduan polis di Ipoh telah dipimpin oleh Saudari Saraswathy, Timbalan Pengerusi PSM.

Johor:

Seramai 14 Aktivis dari PSM, PKR, PSM, DAP, dan Semparuthi telah membuat laporan polis di IPD Nusa Jaya, Skudai sebagai tanda sokongan mereka terhadap perjuangan peduduk ladang Bukit Jalil untuk mendapat 4 ekar tanah yang dituntut oleh mereka.

Aduan polis serentak seluruh Negara ini adalah usaha Penduduk Ladang Bukit Jalil untuk memberikan tekanan kepada DBKL dan Kerajaan Malaysia. Ini adalah amaran kepada Kerajaan dan DBKL, sekiranya mereka masih mahu meneruskan perobohan dan pengusiran secara paksa. JERIT berharap lebih ramai rakyat akan menyokong tindakan bekas pekerja ladang ini untuk berjaya dalam perjuangan mereka.

Dikeluarkan oleh,

Nalini.E
JERIT

No comments: