Hari ini dalam mesyauarat Task Force Suruhanjaya Bangunan atau COB - isu penting yang hebat didebat adalah samaada MPKJ patut mengambilalih penyelenggaran flat kos rendah dari segi pemotongan rumput dan pembersihan longkang.
Isu yang sibuk didebat oleh Ahli Majlis adalah samada MPKJ mempunyai kapasiti kewangan yang cukup untuk melaksanakan penyelenggaran tambahan ini.
Saya bersama Chandramohan mendebat untuk pangsapuri atau flat kos rendah mesti diselenggaran oleh MPKJ berdasarkan
1. Mereka juga membayar cukai pintu tetapi perkhidmatan yang mereka dapat berbanding dengan rumah taman adalah kurang dan ini adalah diskriminasi
2. Mereka adalah golongan berpendapatan rendah dan susah untuk mengeluarkan wang seperti apartmen sederhanan atau mewag lain dan maka membantu mereka adalah satu kewajiban kerajaan tempatan
3. Memotong rumpun dan cuci longkang akan mengurangkan beban keapda golongan ini
Secara prinsip mesyuarat bersetuju tetapi masih menanti kertas kerja dari Bahagian Kewangan. Namun demikian, kita berharap ini dapat diimplemtasi pada 1 Jun 2011.
No comments:
Post a Comment