ShareThis

Sunday, February 6, 2011

5 Feb - Kuil Taman Muhibbah Kajang





Saya bersama Dr. Che Rosli - Ahli Parlimen Hulu Langat melawat sekejab kuil di Taman Muhibbah setelah Jawatankuasa Kuil telah menjemput kami untuk melawat kuil ini. Namun demikian, tidakamda ramai orang yang berada di kuil untuk upacara tahunan dan ini mungkin disebabkan oleh cuti panjang tahun baru Cina.

Namun demikian, Dr. Che Rosli bersalaman dengan mereka yang hadir dan juga mengadakan perbincangan dengan pihak kuil. Jawatankuasa Kuil sudah memohon tapak untuk kuil dan mereka mengatakan bahawa tidak ada sebarang kuil dikawasan sekitar kawasan tersebut.

Meninjau kawasan tersebut, kuil tersebut terletak bersebelahan dengan sungai dan dikatakan sebahagian adalah tanah Kerajaan. Kelulusan untuk kuil ini masih belum diberikan dan JK meminta bantuan kami berdua. Kami mengatakan akan menyemak dengan Jawatankuasa Bukan Islam mengenai status permohonan kuil ini.

No comments: