ShareThis

Tuesday, February 15, 2011

11-2-11 Broga - Penduduk Marah Bekas Ketua kampung MCA








Beberapa projek menolak tanah, meratakan tanah dibuat di Kawasan Taman Impian , Broga tanpa ada sebarang persetujuan MPKJ. Tidak ada sebarang papantanda. Kesan kerja-kerja itu, jalanraya berlumpur dan pasir masuk ke longkang-longkang menyekat aliran air.

Penduduk dikawasan sekitar marah. Mereka berdepan dengan abu dan banjir. Mereka mengatakan bahawa ini semua kerja Bekas Ketua kampung MCA yang menurut mereka mendapat banyak tanah di Broga untuk miliknya.

Sebagai Ahli Majlis dan penyelaras DUN, saya pergi kesana mendengar keluhan rakyat. Saya kemudian memberhentikan kerja kontrakter disana dan meminta mereka mendapat kelulusan terlebih dahulu. Pihak kejuruteraan MPKJ juga sudah melawat tempat tersebut. Saya meminta sebagai langkah sertamerta longkang dan jalan itu mesti dibersihakan dan dipulihkan semula.

No comments: