ShareThis

Tuesday, October 19, 2010

3 Oktober - Sambutan Hari Habitat Sedunia di Kg Bengali, Sungai Siput












Hari Habitat Sedunia tahun ini dianjurkan di Kampung Bengali, Sungai Siput bersama dengan kerjasama PSM Sungai Siput. Acara bermula dengan satu perarakan kecil dan kemudian disajikan dengan ucapan-ucapan peneroka dan aktivis politik. JUga dilancarkan poster baru kempen perumahan iaitu menuntut perumahan selesa. Dibawah adalah kenyataan rasmi JERIT sempena dengan Hari Habitan sedunia.

KENYATAAN AKHBAR HARI HABITAT:HAK PERUMAHAN HAK RAKYAT!
Monday, 04 October 2010

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) seperti tahun-tahun yang lepas menyambut Hari Habitat Sedunia pada 3hb Oktober ini sempena menuntut perumahan selesa untuk rakyat Malaysia. Setiap tahun isnin pertama dalam bulan Oktober akan dijadikan sebagai Hari Habitat Sedunia. Pada tahun ini Hari Habitat Sedunia akan disambut pada 4hb Oktober 2010.

HARI HABITAT SEDUNIA: SEMANGAT DEKLARASI ISTANBUL 1986

Hari Habitat Sedunia ini lahir akibat daripada semangat Deklarasi Agenda Habitat di Istanbul, Turkey pada tahun 1986 yang memberikan keutamaan kepada Perumahan yang mencukupi dan selesa yang perlu disediakan oleh kerajaan masing-masing. Ini adalah kerana isu perumahan khasnya tidak mencukupi menjadi isu global sejak bertahun-tahun. Maka, Deklarasi Istanbul diusahakan untuk mengingatkan kerajaan sesebuah negara untuk membina rumah yang mencukupi dan selesa untuk rakyat mereka supaya satu kehidupan yang nurani dapat dinikmati oleh rakyat disesebuah negara.

Tema antarabangsa Hari Habitat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) “ Better City Better Life’.

SAMBUTAN HARI HABITAT DI MALAYSIA: KEMPEN HAK PERUMAHAN HAK RAKYAT


Kempen Hak Perumahan Hak Rakyat telahpun dimulakan oleh Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang(JSML) dan Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan pada pertengahan tahun ini dengan melakukan roadshow kesedaran di negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pinang.

JERIT berpandangan bahawa isu perumahan pekerja Ladang dan Penghuni flat khasnya tidak mendapat satu perhatian dan penyelesaian daripada pihak kerajaan walaupun banyak kali isu mereka sudah diutarakan kepada kerajaan Malaysia.

Pekerja ladang sehingga hari ini tidak mempunyai sebarang undang-undang untuk melindungi mereka daripada di usir oleh syarikat-syarikat perladangan dan pemaju. Walaupun ada Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang yang dimulakan oleh Perdana Menteri ke 2, dan kerajaan telah beri Dana 10 juta untuk implementasinya namun sehingga hari ini skim ini tidak berjaya keseluruhannya. Kerana ianya satu SKIM dan bukannya Undang-Undang maka skim Perumahan ini bergantung sepenuhnya kepada keinginan syarikat perladangan.

Manakala, penghuni flat pula menghadapi pelbagai masalah khasnya dari segi rumah yang bersaiz kecil (650 kaki persegi untuk rumah flats), penyelengaaraan yang tidak memuaskan dan kos penyelenggaran yang tinggi, masalah kemudahan yang infra dan sosial yang lemah ,kepadatan yang tinggi dan sebagainya. Penduduk flats dikenakan dua jenis bayaran untuk penyelengaraan, iaitu duit penyelengaraan bulanan dan cukai taksiran tahunan. Malah, penduduk yang tinggal di Flats Kos Rendah terpaksa membayar bayaran maintenance yang tinggi berbanding dengan penduduk yang tinggal di rumah teres kos medium.

Mantapkan Kempen

Maka untuk memantapkan lagi kempen perumahan maka JERIT pada hari ini secara rasminya melancarkan Poster kempen Hak Perumahan Hak Rakyat. JERIT sebagai sebuah Gerakan rakyat akan meneruskan kempen di peringkat kebangsaan..

Maka sempena dengan Hari Habitat Sedunia 2010, kami ingin menuntut kepada Kerajaan Malaysia untuk bersama-sama memastikan isu perumahan rakyat diselesaikan dengan segera. Kami menuntut,

1. Pengubahan Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang kepada Undang-undang

2. Sekiranya ladang dijual, kerajaan ( Pusat & Negeri) harus memastikan pekerja ladang diberi perumahan alternative sebelum tanah itu dibangunkan

3. Kerajaan harus mengambil alih penyelenggaraan bagi Flat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia.

4. Penghuni flats tidak dibebankan dengan bayaran berganda penyelenggaraan dan cukai .

5. Perumahan mampu milik yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti

No comments: