Hari ini Mesyuarat Infrastruktur diadakan disebelah petang dan berlangsung sehingga 6petang. Isu penting adalah keputusan untuk membuka Jalan Pakis di Cheras untuk membolehkan kajian TIA dibuat. Bonggol jalan juga akan dikenakan untuk memperlahankan kelajuan kenderaan di kawasan tersebut.
Dibawah adalah isu-isu yang diungkitkan oleh saya
S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791
14 Oktober 2010 DENGAN TANGAN
Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI OKTOBER 2010
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini
i) Bandar Tasik Semenyih
• Lampu jalan tidak ada sepanjang jalan ke Broga. Ada kawasan yang masih gelap sahaja.
• Jalan Keluar Broga/ Semenyih berhampiran Dengan Lampu Isyarat Semenyih/Broga Berlubang.Mohon Untuk Baiki Jalan Tersebut
-
ii) Bandar Rinching
Seksyen 1
• Papan Tanda Di Fasa 1 Masih Belum Dibaik Pulih walaupun di fasa lain sudah dibuat
Seksyen 3
• Semua paip bomba tertanggal dan tidak berfungsi
• Lampu Jalan Tidak Bernyala Dari kalan Utama Seksyen 2 Sehingga Seksyen 3
• Container-Kontainer kosong diletakkan di kawsan tanah lapang seksyen 3.
Seksyen 4
• Jalan Di Lorong 4/8 Perlu Dibaiki.
iii) Pelangi Semenyih
• Bonggol di simpang 3 telah dihapuskan dan satu bonggol baru telah dibina berhampiran dengan simpang Aman Villa. Mohon memasang kembali bonggol di simpang 3 berdekatan dengan tangki air ( 10 kaki dari simpang villa aman)
Sekian Terima Kasih
S.Arutchelvan
Ahli Majlis
No comments:
Post a Comment