ShareThis

Wednesday, October 20, 2010

12 Oktober - Pindaan Akta Pekerja ditunda setelah PSM cadang buat piket 7 tempat







PSM Semenyih dan 6 kawasan lain menukar piket kepada sidang akhbar dan memberi gula-gula kepada polis dan orang awam ekoran Kerajaan BN menarik balik pindan akta pekerjaan pada saat terakhir. PSM bersama JERIT melihat ini sebagai satu kemenangan dan kuasa rakyat. PSM Semenyih membuat piket di hadapan Petronas Semenyih. Dibawah adalah kenyataan rasmi PSM.

KENYATAAN MEDIA : 12 Oktober 2010
PSM MENYAMBUT BAIK PENARIKAN BALIK PINDAAN AKTA PEKERJAAN

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut baik tindakan Kerajaan menarik balik pindaan Bil Akta Pekerjaan yang pada asalnya dijadualkan dibentang semasa sesi Parlimen ini.
Selaras dengan pindaan ini, PSM bersama JERIT menarik balik cadangan berpiket di 7 kawasan pada hari ini tetapi akan mengadakan sidang akhbar masing-masing dikawasan-kawasan tersebut.

Tindakan Kerajaan membentangkan bacaan pertama secara senyap-senyap dan kemudian tergugat untuk meneruskan bacaaan kedua ekoran bantahan pelbagai pihak menonjolkan kerajaan BN sebagai sebuah Kerajaan yang tidak mendapat pandangan rakyat pada awalnya. BN tidak mendahulukan rakyat kerana sepatutnya harus diadakan perbincangan dahulu dengan jutaan pekerja yang akan menerima kesan daripada pindaan ini daripada membentangkannya dahulu. Kini kami berharap bil tersebut yang pro-kapitalis akan dikuburkan sama sekali.

PSM melihat pembatalan pindaan ini sebagai satu lagi kemenangan rakyat dalam perjuangan menuntut kesaksaman dan keadilan. Namun demikian, kita harus sentiasa berwas-was kerana pihak koperat dan kapitalis menunggu sahaja masa untuk meneruskan agenda menindas pekerja dan mengaut keuntungan melipat kali ganda.
PSM dengan ini mengesa Kerajaan demi untuk mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin dengan serta-merta
1) Melaksanakan Akta Gaji Minima
2) Membentuk tabung pemberhentian kerja
3) Mengubal undang-undang mendaftaran Kesatuan Sekerja secara automatik
4) Tidak melaksanakan GST
5) Mengekalkan subsidi untuk golongan rakyat biasa dan mengurangkan subidi untuk golongan Koperat dan Syarikat Besar.
6) Jangan swastakan Hospital Awam dan Pendidikan Awam


S.Arutchelvan
Setiausaha Agung (0192537791)

No comments: