ShareThis

Wednesday, August 4, 2010

Mesyuarat MPP Jun 11, 2010 - Bandar Rinching Seksyen 3 sertai MPP dan taklimat Alam Flora




Mesyuarat MPP hari ini jatuh semasa upacara pembukaan Piala Dunia. Namun pada hari ini, ada penyertaan dari JK baru dari Bandar Rinching Seksyen 3. Mesyuarat kali ini juga kurang kehadiran dan kemungkinan besar adalah ia diadakan semasa hari pembukaan sukan Piala Dunia tersebut di Afrika Selatan

Pada mesyuarat MPP kali ini, Ahli Majlis telah memjemput wakil daripada Alam Flora untuk memberikan sedikit taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh Alam Flora. Wakil daripada Alam flora iaitu En. Reduan Abdul Rahman telah memberikan penerangan berkaitan dengan peranan yang dimainkan oleh jabatan ini antaranya mengenai jadual pengambilan sampah. Kerja mereka juga meliputi pemotongan rumput dan sapu longkang yang akan dilakukan 1 kali sebulan di setiap taman perumahan.

Manakala hal berkaitan dengan jadual pengangkutan sampah pula, en. Reduan menerangkan bahawa sampah akan diambil sebanyak 3 kali seminggu di taman-taman perumahan, manakala pengambilan sampah di kawasan perumahan flat adalah 6 kali seminggu juga sampah kedai. Manakala jadual pemotongan rumput pula, dilakukan sebanyak sekali sebulan dan begitu juga dengan pembersihan longkang.

Banyak isu diungkitkan oleh pendatang baru ke mesyuarat MPP iaitu dari Bandar Rinching Seksyen 3. Antara isu yang diungkitkan adalah Longkang tersumbat dan setiap kali hujan lebat air akan naik ke permukaan jalan. Selain itu, ketiadaan lampu di Padang Permainan membahayakan. Selain itu, mereka juga memohon papan tanda . Seksyenn 4 pula merungkut pasal tekanan air rendah.

No comments: