ShareThis

Thursday, August 5, 2010

27 Jun 2010 - Keselamatan di Pelangi Semenyih

Hari ini saya dijemput untuk memberikan sedikit taklimat mengenai keselamatan di Fasa 6 & 7 Pelangi Semenyih. Namun disebabkan PA sistem, tidak bekerja maka program bermula agak lambat. Penyertaan dari penduduk memang mengalakkan. Saya mengucapkan tahniah kepada Encik Azlan selaku Pengerusi kerana usaha membuat dialog mengenai cadangan menambahkan keselamatan di pelangi Semenyih. Saya memberitahu bahawa konsep kawalan memerlukan kerjasama semua penduduk dan polis Semenyih tidak mempunyai anggota yang cukup untuk menjaga keselamatan. Hanya ada 19 anggota untuk menjaga populasi Semenyih sebanyak 100,000.

Saya juga berkata bahawa keselamatan adalah tanggungjawab bersama tetapi hidup kita menjadi rumit apabila keselamatan itu bermakna membina pagar dan tembok disekeliling kita.Maka kita harus mencari jalan baru untuk menyelesaikan isu keselamatan ini.

No comments: