ShareThis
Sunday, August 29, 2010
22-8-2010 Cukup menyakitkan - Flat Sentosa , Sungai Jelok
Cukup menyedihkan, sedih dan amat merisaukan. Inilah reaksi apabila saya dan JK PSM melawat Flat Sentosa di Sungai Jelok. Sampah dan air buangan bertaburkan di tengah ruang koridor rumah, pembentungan najis tersekat, JMC tidak lagi berfungsi dan penyelesaian masalah ini amat sukar. Tinjauan saya mendapati walaupun sebelum ini ada campurtangan dari Majlis Perbandaran kajang tetapi namun isu tidak dapat diselesaiakan kerana penduduk tidak mahu membayar dan pemaju juga enggan keluarkan duit. Saya berjanji akan meminta Jabatan kesihatan campurtangan dan berbincang balik dengan COB dan Jabatan Khidmat bandar. masalah ini tidak boleh dibiarkan. Ia memerlukan komitmen dan penglibatan kerajaan tempatan dan sokongan rakyat di flat jika isu ini mahu diselesaikan. Saya sempat berjumpa beberapa orang dan berjanji akan balik dengan lebih cadangan pada masa depan. Hari ini, saya cukup sakit hati melihat keadaan flat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment