ShareThis

Monday, April 19, 2010

9-4-2010 JMC Baiduri sedia ambilalih dari Agenda Istimewa



Hari ini saya diminta mempengerusikan mesyuarat antara JMC Pangsapuri Baiduri di Kesuma Lake dengan pihak Pemaju iaitu Agenda Istimewa oleh pihak Pesuruhjaya Bangunan (COC-MPKJ) . Baru-baru ini masalah timbul apabila kedua-dua pihak JMC dan Pemaju membuat kutipan wang penyelenggaran pada bulan April. Pihak Pemaju mendakwa mereka belum menyerah tanggungjawab kepada pihak JMC secara sah kerana mereka dalam proses ambil tindakan mahkamah terhadap mereka yang belum membayar wang penyelenggaran yang jumlahnya adalah jutaan ringgit. Pihak JMC pula berpendapat pihak pemaju memberi khidmat yang teruk dan ini juga punca mengapa penduduk tidak mahu membayar.

Mesyuarat yang agak rumit ini akhirnya mendapat beberapa rumusan setelah saya merayu kedua pihak untuk mencari jalan penyelesaian atau jalan tengah daripada terus berkeras dengan pendirian asal. Akhirnya JMC yang diketuai oleh Cikgu Mohd. Ali bersetuju dengan pihak Pemaju yang diketuai oleh Pengurus Besar iaitu Encik Ng. Antara persetujuan adalah kedua pihak akan membuat kutipan tetapi wang penyelengaran baru adalah RM 25 dan bukan RM 30. Penyerahan sepenuhnya akan dibuat pada akhir bulan ini oleh pihak pemaju. Selain itu, beberapa amsalah lain juga akan diselesaikan melalui rundingan bersama.

Selain itu ada beberapa permintaan penduduk yang akan diambil kira oleh pihak MPKJ dan antaranya ada permintaan JMC untuk membuka satu lagi pasar malam pada hari jumaat dan permintaan untuk perhentian bas di kawasan tersebut.

No comments: