ShareThis
Friday, April 9, 2010
8-4-10 - Bila longkang tidak diurus
Saya dan Rajan hari ini meneliti longkang di depan kedai-kedai dihadapan Masjid Semenyih disimpang jalan Sungai Lalang. Setiap kali hujan lebat, air dilongkang melimpah keluar menyebabkan banjir dikawasan kedai. Penelitian saya mendapati bahawa air dilongkang tersebut sudah sangkut habis dan longkang tersebut juga ditutup oleh sebahagian pekedai yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan tidak ada tempat mengalir, air melimpah keluar dan inilah masalah utama.
Walaupun kita sudah mengenalpasti masalah, namun demikian disebabkan ini adalah jalan JKR, maka terpaksa ada episod tarik tali nanti siapa yang akan bertanggungjawab - MPKJ atau JKR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment