ShareThis

Monday, March 8, 2010

7 Mac - FORUM RAKYAT kembali





Setelah tidak begitu menonjol untuk satu tahun, setelah kayuhan bersejarah JERIT pada 2008, akhirnya beberapa langkah penting telah diambil dan hasilnya adalah Forum Rakyat - Forum tertinggi JERIT ini berjaya dianjurkan di bumi Sosialis Kota Damansara dan dihadiri oleh lebihkurang 70 delegasi dari gabungan Pekerja Kilang, Ladang, Peneroka Bandar dan Pelajar. Beberapa aktiviti penting dibincang seperti kajian Pekerja dibawah GPKK, Hari Habitat bersama oleh JSML dan GPBR di Parlimen sempena habitat, Kempen Pendidikan percuma dan sebagainya. Adakah menjadi harapan bahawa JERIT dapat membina balik Gerakan rakyat.

Tiga perkara penting untuk JERIT.
1) Gerakan itu mesti berlandaskan perjuangan kelas dan merupakan gerakan yang dapat menyatukan kelas pekerja dan rakyat marhaen dibawah satu bumbung
2) Gerakan itu mesti membina kuasa dari bawah dan tidak menjadi berat diatas sahaja
3) Pemimpin-pemimpin JERIT harus bekerja kuat, gigih dan mengorbonkan masa dan tenaga untuk membina gerakan ini sehingga ia kuat dan dapat menjadi gerakan rakyat yang sebenar.

HIDUP JERIT !

No comments: