ShareThis

Saturday, March 27, 2010

15 Mac- 19 Mac 2010 - Perbicaraaan Kes Protes kenaikan harga minyak


Kes Protes kenaikan harga minyak dimana saya bersama lebihkurang 50 orang yang ditahan pada tahun 1998 terus dibicarakan. Kes ini memang membuang masa kerana kami ditahan di lokasi-lokasi berbeza dan pada hari tersebut, memang perhimpunan minyak itu tidak berlangsung. Yang turut ditahan bersama saya adalah Dr. Nasir (Pengerusi PSM), M.Saraswathy (Timbalan Pengerusi PSM), Ahli JK Pusat PSM V.Selvam, Mohanarani, M.Sugumaran dan ramai pemimpin PSM dan JERIT. Pemimpin lain yang ditahan adalah Muhamamd Sabu, Hatta Ramli, Tian Chua, Dr. Zulkifli, Kohila Y. Athirah, Nashitah, Badrul Amin dan lain-lain lagi.

Jika disabit keslaahan, maka tiga orang lagi Ahli Parlimen Pembangkang dan seorang ADUN terpaksa hilang kerusi di Parlimen dan DUN. Mungkin ini adalah matlamat Hakim kes ini ??!

No comments: