ShareThis

Saturday, March 27, 2010

11 Mac 10 - Cokelat akan dikenakan cukai GST



Hari ini saya telah menghadiri satu sidang meja bulat yang dianjurkan oleh YB Charles Santiago dan Teresa Kok dari DAP. Sidang meja bulat ini diadakan di Hotel Armanda, PJ dan dihadiri oleh pelbagai pihak seperti Ahli Akademik, Kesatuan Pengguna, Kesatuan Sekerja, Kesatuan Majikan, NGO, Parti politik dan lain-lain.

Perbincangan yang cukup hangat ini memperlihatkan ada pihak yang menyokong dan ada pihak yang menolak GST. Saya bercakap mengenai keburukan GST dan mengatakan cukai ini akan membenankan rakyat, bersikap regresif dan meningkatkan lagi jurang pendapatan antara kaya dan miskin.

Apabila saya bertanya mengapa orang miskin tiada hak makan cokelat kerana selepas ini, mereka akan dikenakan cukai GST. Persoalan tersebut menimbulkan pelbagai kegusaran dihati hadirin. Di akhir sesi meja bulat ini, nampaknya semakin ramai orang yang mula berasa tidak senang hati dengan GST.

No comments: