Ini mungkin soalan yang paling banyak yang telah saya kemukakan dalam mesyuarat Infrastruktur. Jawapan dari pihak JKR mengenai lampu jalan dari Semenyih ke bandar Rinching masih kurang memuaskan.
13 soalan saya adalah
15 September 2009 DENGAN TANGAN
Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP - Fadilah Binti Razalli,Pemangku Pengarah,Jabatan Kejuruteraan,)
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI SEPTEMBER 2009
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini
i) Taman Desa Kenanga – Tembok Runtuh
• Kes rumah di SA7, Taman Desa Kenanga dimana tembok jatuh kedalam longkang.(no tel – 87238524)
• Ada dakwaan MPKJ ada melawat tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan
ii) Kontroversi Bil Lampu Tidak dibayar – Taman Sri Tanjung
• Isu bil lampu awam tidak dibayar di fasa 1 dan 2
• Dakwaan Pemaju yang MPKJ yang sepatutnya bayar dan sebaliknya
• Fasa 1 masih belum dibayar dan lampu awam masih tidak dipulihkan walaupun tempoh 14 hari sudah berakhir
• Penduduk menuntut isu diselesaikan sebelum Hari Raya
• Selain itu Penduduk Sri tanjung meminta cermin sisi di jalan 11 kerana amat merbahaya
iii) Jambatan Sungai Semenyih – Dekat Petronas
• Tidak ada lampu dan ruang untuk pejalan kaki
• Merbahaya dan meminta garisan kuning
iv) Kampung Sentosa , Semenyih
• Tidak ada paip bomba. Bomba menderita kerana tidak ada paip bomba semasa kebakaran baru-baru ini
v) Jambatan Pejalan kaki – Sekolah Kebangsaan Semenyih
• Mesyuarat MPP menyarankan Jambatan Pejalan kaki untuk Sekolah Kebangsaan Semenyih bersebelahan Masjid atau sebarang langkah alternative untuk menyeberang jalan untuk kanak-kanak sekolah
vi) Penurapan Jalan – Bandar Rinching Seksyen 4
• Penurapan jalan tidak dibuat dengan sepenuhnya dan kawasan yang disarankan JK Penduduk tidak diikut tidak diikut
• Jalan 4/7 hanya separuh diturap manakala jalan 4/2 langsung tidak diturap
vii) Air tak boleh mengalir – Taman Manikavasagam
• Aduan masalah longkang menyebabkan air tidak boleh mengalir di Jalan 2/1
viii) Taman Tasek Semenyih
• Meminta bonggol/bump di jalan-jalan (seperti lampiran)
• Masalah dengan Road curb dimana ada paip tetapi tidak sampai ke longkang
• Kolam memancing yang penduduk mendakwa tidak ada lesen
ix) Longkang Pecah – Taman Sahabat , Semenyih
• Jalan 2, taman Sahabat, longkang pecah dan belum dibaiki (016-6929738)
x) Taman Delima, Kajang
• Dua taman permainan di Taman ini ada bangunan di padang menyebabkan ruang untuk Taman permainan tidak ada. Taman permainana di jalan 10 dan Jalan 2 Taman Delima
• Tidak ada papannam untuk jalan Masuk, Bt 13 Cheras, Shell Simpang Balak
xi) PKNS Semenyih
• Tidak ada lampu jalan di JBT A/2 6 PKNS F3 & JBT ½ 5/1 PKNS F5 walaupun sudah buat aduan
xii) West Country, Kajang
• Tiada perhentian Bas disepanjang Jalan Reko, selepas Taman Sri Langat sehingga ke West Country
• Longkang tersumbat terutamanya di persimpangan jalan-jalan berikut : Jln 5/1, 5/3, 5/4, 5/5, 5/6, 5/7, 5/7B, Jln 5, Jln 5/11, Jln 5/17B
• Lampu jalan kuraang dan malap :Jalan 5/1, 5/3, 5/5, 5/6, 5/7, Tiada lampu di hadapan dewan orang ramai dan taman permainan
v) Pekan Semenyih
• Air tidak mengalir di pekan lama Semenyih
• Perlu dibersihkan dekan dengan Klinik Fatimah dan kedai sekitar
Sekian Terima Kasih
S.Arutchelvan
Ahli Majlis
No comments:
Post a Comment